Nama beliau asalnya Ravichandran, tetapi kini lebih dikenali sebagai Omar. Beliau adalah salah seorang sahabat saya seorang Mualaf, sudah lama memeluk agama Islam. Saya dan isteri dah kenal lama sahabat ini, sejak dari sekolah menengah lagi. Emak saya pun kenal sebab Omar pernah beberapa kali datang ke rumah saya untuk berhari raya. Beliau seorang tauke kerbau, dan ada mengusahakan kebun kelapa sawit sekitar Tronoh, Perak.

Omar seorang sahabat yang baik. Dulu, dia seorang yang agak panas baran .. tetapi selepas mendalami lebih banyak mengenai Islam, dan selepas berumahtangga .. kehidupannya semakin baik, malah dia sudah nampak lebih kemelayuan. Alhamdulillah.

Berhari Raya Dengan Tauke Kerbau, Sahabat Saya Seorang Mualaf

Berhari Raya Dengan Tauke Kerbau, Sahabat Saya Seorang Mualaf
Banyak kisah suka duka Omar dikongsikan dengan saya dan isteri. Itu belum masuk lagi kisah isterinya yang turut memeluk agama Islam. Saya tak mahu cerita kisah suka dukanya, sebab Omar bukan jenis yang mahu menjaja cerita kisah sedih. Biarlah saya dan isteri simpan kisahnya, yang penting Omar adalah seorang mualaf yang pandai dan bijak berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa - walaupun di saat beliau memerlukan.

Omar nampak garang, bertubuh besar macam bouncer tapi hatinya baik, serius baik. Masa bujang dulu, sanggup ziarah saya yang dok jauh ni, dan semasa raya pernah berikan duit raya RM50 untuk anak saya. Emak saya pun sukakan Omar sebab Omar pandai ambil hati orang tua.

Omar dulunya seorang kelasi ... bekas penuntut Politeknik Ungku Omar ini dah belayar banyak ribuan kilometer nautika di laut lepas. Tetapi, Omar ambil keputusan untuk tidak lagi belayar, dan mahu menumpukan keringatnya pada bisnes yang sedang diusahakan iaitu ternakan kerbau dan juga penanaman kelapa sawit.

Omar adalah sahabat saya yang susah payah dengan saya mencari ilmu mengenai trading komoditi. Kami sama-sama pergi ke syarikat yang sediakan kursus dan kononnya kerja trading untuk kami .. naik bas turun bas tu dari Batu Gajah ke Ipoh setiap hari. Makanan pun saling kongsi sebab masing-masing tak ada duit.

Omar Sudah Mempunyai Keluarga Bahagia Sendiri

Berhari Raya Dengan Tauke Kerbau, Sahabat Saya Seorang Mualaf
Hari raya Aidil Fitri baru-baru ini, saya dan isteri serta Maira (anak saya yang bongsu) serta diikuti seorang anak saudara berpeluang untuk ziarah raya di kediaman Omar di Seri Iskandar. Omar menyewa di situ walaupun telah mempunyai rumah sendiri. Rumahnya sederhana sahaja tetapi alhamdulillah, semua kemudahan cukup untuk sebuah keluarga.

Omar kini sudah mempunyai tiga orang anak. Hahaha .. walaupun baru berkahwin tetapi sangat produktif ... syabas. Omar baru sahaja menerima cahayamata ketiga iaitu seorang perempuan, dan isterinya baru sahaja berhabis pantang. Saya dan isteri seronok melihat Omar sudah mempunyai keluarga sendiri ... paling best bila tahu anak sulongnya bercakap loghat Parit .. adehh .. hahaha ...

Kami dihidangkan dengan Mee Kari yang merupakan kesukaan saya. Alhamdulillah, isteri Omar memang pandai masak. Malah, isteri saya yang bukan penggemar Mee Kari pun suka makan hidangan yang tersedia.
Berhari Raya Dengan Tauke Kerbau, Sahabat Saya Seorang Mualaf
Omar adalah merupakan sahabat saya yang agak rapat. Semoga Omar serta keluarga akan terus diberkati Allah S.W.T, dikurniakan rezeki melimpah ruah, anak-anak yang sihat dan cergas dan kesihatan yang baik. Saya juga mendoakan agar iman dan taqwa Omar terus melindungi dirinya dari segala keburukan, fitnah dan kejahatan samada yang nampak mahupun tersembunyi, in Sha Allah.

Nak Cari Kerbau?

Kepada sesiapa yang mahu mencari kerbau untuk dijadikan haiwan Qurban mahupun Aqiqah, atau untuk kenduri kendara mahupun untuk dijadikan ternakan, bolehlah berhubung dengan sahabat saya ini - Omar Ravichandran di WhatsApp - 0125629811

Tak kira di mana, in Sha Allah, Omar akan cuba sediakan perkhidmatan terbaik.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tokey kerbau memang kaya. seekor kerbau boleh jual sekitar RM4k. Kalau musim cuti sekolah dan hari raya korban lagi sakan. Tokey lembu pun sama.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...moga jeluarga beliau sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang Allah SWT :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement