Baju Raya Sama Dengan Kaler Perodua Bezza

Ehh .. tak sangka pula warna biru begitu laris di hari raya. Nyata ia pilihan ramai di Aidil Fitri 2016, malah ia menjadi antara pilihan warna untuk kereta terbaru daripada Perodua, iaitu Perodua Bezza. Warna biru diperkenalkan pada varian kereta sedan Perodua Bezza 1.3L, sama pula dengan warna baju raya kami anak beranak .. hehehe...

Ramai yang kata tahun 2016 adalah tahun biru. Bukan bermaksud ia ada kaitan dengan mana-mana parti politik di Malaysia, tetapi kerana mungkin warna ini lebih menyerlah pada tahun ini. Ramai rakan saya samada rakan blogger, rakan IM, rakan FB serta rakan-rakan di Instagram yang berkongsi gambar baju raya berwarna biru.

Baju Raya Sama Dengan Kaler Perodua Bezza Premium

Baju Raya Sama Dengan Kaler Perodua Bezza
Warna Perodua Bezza versi Premium
Walaupun biru itu ada pelbagai variasinya, ia tetap biru .. blue kaler.

Kalau ikut kajian psikologi dan ilmu insan, warna ada maksud tersendiri, untuk warna biru bagi menunjukkan karektor, berikut dinyatakan rahsia di sebalik warna tersebut:

Rahsia Warna Biru Pada Watak

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

Maksud warna biru pada karektor
Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman. Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.

Lagi maksud tersirat dari warna biru ...

Perodua Bezza Premium

Biru Lembut

  • Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
  • Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
  • Teliti dalam teguran.
  • Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
  • Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
  • Ingin suasana selamat dan mendamaikan.

Biru Gelap

  • Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
  • Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
  • Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
  • Mudah terganggu dengan keadaan bising.
  • Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan. 
Jadi, sekarang .. anda sudah tahu apa makna tersirat pada warna biru yang menggambarkan karektor dan peribadi. Pada pandangan peribadi sayalah, apa yang diungkapkan di atas ada sedikit sebanyak kebenarannya, memandangkan saya memang suka dengan warna biru sejak dari sekolah lagi.

[Jamu Mata] 20+ Gambar Perodua Bezza Advance 1.3

Walaupun baju dan pakaian saya banyak warna gelap seperti hitam (sebab kulit saya gelap), saya tetap menyatakan bahawa warna biru adalah warna kegemaran saya... ekekek...

Anda pakai baju raya warna biru jugak ke? Kalau ada .. cuba lihat rahsia warna biru di atas tu .. ada apa-apa persamaan tak dengan diri anda?

Kredit Gambar: Careta.my

2 comments.. read them below or add one

Azwar Syuhada Azwar Syuhada July 22, 2016
Nampak besar Perodua Bezza ni ;)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.