Awas Laman Web Isa Dan Islam Yang Menyesatkan

Bulan Ramadhan, cabaran berada di dalamnya bukan sekadar lapar dan dahaga. Tetapi ia berkaitan akidah juga. Sebelum ini, umat Islam di Malaysia didatangkan dengan hadith-hadith palsu berkaitan Ramadhan, mengenai ibadah yang dilakukan di dalam bulan mulia ini termasuklah juga mengenai malam Lailatul Qadr. Begitu mudahnya umat Islam di Malaysia terpedaya kerana ramai yang cetek ilmu pengetahuan dan ambil jalan mudah untuk mempercayai mengenai sesuatu yang nampak indah di mata mereka.

Musuh Islam tidak pernah berhenti, samada yang nyata mahupun yang tersembunyi. Banyak agenda mereka yang umat Islam tidak tahu. Kadang sampai kita sendiri terkeliru mana yang betul, mana yang salah.

Di bulan Ramadhan yang dipenuhi seribu satu keberkatan ini, ada golongan yang cuba mengambil kesempatan. Nak-nak lagi apabila ramai blogger Malaysia yang menulis dan bercerita mengenai Islam serta mengenai Ramadhan di dalam blog mereka.

Awas Laman Web Isa Dan Islam Yang Menyesatkan

Dengan kata kunci tertentu, ada golongan yang memanipulasi kata kunci tersebut untuk mempertontonkan iklan yang boleh mengelirukan.

Baru-baru ini, saya dapati ada beberapa iklan yang mempromosikan Kitab Injil, Isa, Kristien muncul di beberapa blog dan laman web di Malaysia. Dan jika anda klik, ia akan membawa ke satu laman web yang jika dipandang sekali lalu, tiada apa yang salah .. tetapi setelah meneliti isi kandungannya, sah ia cuba memancing umat Islam kepada kepercayaan yang menyalahi akidah sebagai seorang Muslim.

Antara laman web yang dapat saya jejaki muncul di dalam iklan-iklan di blog dan laman web (khususnya menerusi Google Adsense) ialah laman web 'Isa dan Islam'. 
Awas Laman Web Isa Dan Islam Menyesatkan
Awas Laman Web Isa Dan Islam Menyesatkan
Laman web ini sah menyesatkan dengan cuba memutar-belit apa yang telah terkandung di dalam Al Quran, dan cuba mengangkat kitab Injil sebagai wacana ikutan akidah. Paling menakutkan ialah, cara ia disampaikan sama dan hampir sama dengan apa yang cuba disampaikan oleh agama Islam ... andai tersilap langkah, orang yang kurang ilmu mengenai Islam, pasti boleh terjebak dan mempercayai apa yang disampaikan oleh laman web 'Isa dan Islam' ini.

Guna Nama Islam Untuk Menyesatkan

Dengan menggunakan nama Islam pada laman web ini, tidak mustahil ia telah dikunjungi oleh jutaan manusia dari seluruh dunia yang beragama Islam tanpa sebarang sekatan.

Laman web ini sangat konprehensif untuk menyesatkan, dengan dalil-dalil yang disalahtafsir, serta kandungan-kandungan video yang menolak Al Quran dan juga hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W.

Awaslah. Jika anda ternampak atau terpandang iklan-iklan seperti ini, laporkan dengan klik pada bahagian hujung iklan untuk memadamkannya, semoga ia tidak muncul lagi di blog atau laman web yang anda lawati.

Semoga kita semua selamat dan terhindar dari fitnah-fitnah yang dibuat oleh golongan ini.

{ 7 comments.. read them below or add one }

Julia Johari Julia Johari July 02, 2016
Terima kasih...akan ingat iklan ni nanti...takut dunia skrg mcm2 nak hasut
afzalsukasuki afzalsukasuki July 02, 2016
Hmm kita mungkin alert, tapi yg kita risaukan anak2 kecil kita, kawan2 kita yg cetek ilmu agama
Khir Khalid Khir Khalid July 02, 2016
Risau bila perkara2 mcm ni berleluasa dan ramai yg terpedaya... kena hati2 dakyah ni. Thanks sharing HH.
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz July 03, 2016
pasti akan ada yang terpesong bila baca website ni
reezluv reezluv July 04, 2016
ramai yang lagi percaya apa yang ada kt internet daripada rujuk kepada yang benar-benar pakar
Junaidy Jaimi Junaidy Jaimi July 04, 2016
Dunia sekarang macam-macam boleh berlaku.. agak bahaya jika tiada yang mengambil tindakan terhadap hal-hal sebegini sudah semestinya ramai yang akan terpesong jika cetek ilmu agama ni..
Amirul Video Editor Amirul Video Editor July 05, 2016
Risau dengan sebaran-sebaran ilmu-ilmu yang terpesong ni. Niat kita nak belajar tapi nasib tak baik terbelajar dari sumber yang tak sahih. Eloknya bergurulah dengan seseorang yang kita yakin ilmunya.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.