5 Perkara Best Dilakukan Dengan Microsoft Wise Pad W7. Saya bukanlah seorang yang gila atau obses dengan gajet dan peranti, tetapi saya seorang yang serius seandainya mahu memilih satu-satu gajet untuk kegunaan seharian. Dan baru-baru ini saya diperkenalkan dengan gajet terbaru daripada Microsoft, sebuah Phablet dikuasakan oleh Windows 10, dinamakan Microsoft Wise Pad W7.

Secara jujurnya, tangan saya belum lagi menyentuh phablet ni. Untuk info, phalet adalah seperti telefon pintar tetapi dengan saiz yang lebih besar dari telefon pintar tetapi kecil sedikit daripada peranti tablet. Secara amnya, phablet adalah sebuah peranti dengan skrin yang bersaiz antara 5 - 7 inci.

5 Perkara Best Dilakukan Menerusi Microsoft Wise Pad W7

5 Perkara Best Dilakukan Microsoft Wise Pad 7
Microsoft Wise Pad W7 adalah sebuah peranti phablet dengan skrin yang bersaiz 7 inci, dengan cirian terkini beroperasi di dalam persekitaran Windows 10 yang terbukti dapat meningkatkan produktiviti dalam banyak aspek. Melihatkan spesifikasi yang ada padanya, saya fikir banyak perkara yang best dan menarik boleh dilakukan dengan Microsoft Wise Pad W7 ini. In Sha Allah, dalam blog post ini, saya teruja untuk berkongsi dengan anda mengenai 5 perkara yang dirasakan paling mantap dilakukan dengan Microsoft Wise Pad 7 (W7) ini ....

Mari lihat senarai lima perkara tersebut, mana tahu ... ia juga akan menjadi pilihan untuk anda.

Kemaskini Blog

Sebagai blogger sepenuh masa, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk kemaskini kandungan blog agar terus mendapat kunjungan daripada pengunjung. Trafik adalah penting untuk blog. Jadi, dengan menggunakan W7 ini, saya boleh kemaskini atau update blog saya di mana sahaja dengan mudah - samada secara online atau offline. Jika online, boleh terus buka dashboard blogspot saya, dan jika offline, saya boleh draftkan artikel atau blog post saya dalam Microsoft Office terlebih dahulu.
Update blog dengan mudah dan tanpa sekatan
Untuk info, phablet ini mampu menerima 4G LTE dan disokong oleh Wifi. Jadi, akses internet bukan menjadi masalah kepada peranti ini dan juga saya. Manakala, dengan sokongan Bluetooth 4.0, saya boleh sambungkannya kepada peranti sokongan seperti keyboard dan mouse secara wireless bagi memudahkan kerja-kerja sebagai seorang blogger sepenuh masa. Tak ke awesome tu?

Membaca Ebook Pilihan

Membaca ebook pilihan dengan W7
Saya kerap mendapatkan dan memuat-turun ebook untuk dibaca. Jadi, menerusi W7 yang mempunyai paparan jelas berskrin 7 inci, ia menjadi sesuatu yang sangat seronok dan best untuk melakukannya. Saya boleh membaca ebook pilihan saya berkaitan tips blogging, panduan blogger, tips hartanah, tips pemasaran dan ebook menarik yang lain dengan mudah. Apatah lagi W7 ini mempunyai storan 16GB dan 2GB RAM serta kebolehan USB On-The-Go. Jika fikir storan terbina dalam tidak cukup, saya boleh sahaja tambah dengan keupayaan slot Micro-SD sehingga 64GB. Ehh ... ok sangatlah kan?
Microsoft Wise Pad 7 dengan fungsi USB On-The-Go
Kadang saya menyimpan ebook pilihan di dalam pen-drive. Maka, dah ada W7 ini, mudahlah saya untuk baca ebook dari pen-drive dengan adanya USB On-The-Go. Dengan sekali cucuk, anda tidak terlepas apa yang anda suka baca ... produktif tak?

Release Stress Dengan Video dan Game

Tonton video, movie dan bermain game dengan Wise Pad 7
Apabila saya tiada idea untuk menulis sesuatu di blog, pastinya saya akan memilih untuk menonton video atau bermain permainan online. Dua-dua perkara ini boleh saya lakukan menerusi W7 ini. Peranti ini dipercayai tiada masalah untuk penuhi permintaan saya.

Peranti Microsoft Wise Pad W7 dihidupkan dengan kuasa pemproses Qualcomm 1.3GHz MSM8909 GPU Adreno 304 400MHz serta sistem pengoperasi Windows Mobile 10 yang cukup memberikan kepuasan dan mampu memberikan prestasi terbaik ketika menonton video serta bermain permainan pilihan saya. Jadi, kalau saya rasa stress .... apalagi .... sambil melepak, sambil tonton dan main game dengan W7 tanpa sebarang masalah.

[Promosi]  Peranti Microsoft Wise Pad W7 Boleh Ditempah dengan Harga Pengenalan RM599 (Asal RM999). Terhad. Percuma screen protector dan casing premium untuk 1000 tempahan terawal.

Menguruskan Kerjaya Blogger

Nak upah Personal Assistant (PA) setiap bulan memang tidak mampu. Nak harapkan diri sendiri, kadang boleh terlupa. Jadi, dengan adanya W7 ini .. sedikit sebanyak saya boleh urus kerjaya sebagai blogger dengan lebih baik. Ia ibarat planner bergerak yang mudah untuk saya kemaskini mengenai aktiviti dan keperluan kerjaya sebagai seorang blogger sepenuh masa. Apatah lagi andai ada kerja seperti advertorial atau post berbayar yang perlu menepati dateline tertentu. Kalau tidak diingatkan, silap haribulan .. saya pula yang kena bayar kepada advertiser .. haha.

Menjadi Blogger Up-To-Date

Cabaran menjadi seorang blogger bukan lagi seperti dulu. Saya perlu bersaing dengan ramai blogger hebat di Malaysia yang sering mencari sumber untuk ditulis di dalam blog. Adalah sangat penting bagi saya menjadi seorang blogger yang peka dengan keadaan, situasi dan cerita semasa. Apatah lagi, internet khususnya laman sosial ada sahaja cerita dan kisah yang menjadi viral yang memerlukan pencerahan dan sedikit ulasan. Al maklumlah, kadang ada pembaca yang mudah sangat percaya dan mislead dengan apa yang dipaparkan.
Blogger aktif dengan Microsoft Wise Pad 7
Sebagai blogger, saya pastinya mahu mencari info dengan lebih tepat dan sentiasa up-to-date sebelum menulis sesuatu. W7 ada kebolehan ini, yang pasti sangat membantu saya agar menjadi seorang blogger yang terbaik di dalam menyampaikan sesuatu di blog.

Awesome Tak 5 Perkara Pilihan Yang Boleh Dilakukan oleh Wise Pad W7?

Yeah .... itulah lima perkara paling best yang boleh saya fikirkan apabila menggunakan Microsoft Wise Pad W7 ini. Ia mungkin pilihan biasa ... tetapi sangat penting bagi seorang blogger sepenuh masa seperti saya. Pada orang lain, mungkin W7 lebih daripada apa yang saya paparkan ini. Yelah, setiap satu peranti itu adalah berkait rapat dengan lifestyle.. dan saya fikir, apa yang disediakan oleh peranti Microsoft ini adalah sangat sesuai dan best bagi diri saya - sebagai blogger dan juga house husband.

Oh ya, sebagai tambahan  .. peranti W7 ini  juga dilengkapi dengan kamera auto fokus 5MP dengan flash di bahagian belakang dan juga kamera 2MP di bahagian depan. Manakala keboleh-harapannya adalah bergantung dengan bateri 3200mAh, yang saya fikir boleh menghidupkan peranti ini agak lama dalam mode siap-sedia.

Microsoft Wise Pad W7 kini boleh didapati dengan harga cukup menarik di Lazada.com.my ... untuk tempoh terhad sahaja ye. Kalau berminat nak mendapatkan peranti ini, dan melakukan segala perkara best dengannya, boleh klik pada banner di bawah ini.


Video Microsoft Wise Pad W7 - Phablet Pertama Asia Pasifik dengan 4G LTE

Mahu tahu lagi? Boleh tonton video mengenai peranti ini - Microsoft Wise Pad W7 di bawah:


Mengujakan? Mahu jadi antara yang pertama di Asia Pasifik menggunakan peranti ini? Pastikan anda mendapatkannya dengan tawaran harga terbaik di Lazada Malaysia.

Untuk tempahan, boleh klik pautan ini - Promosi RM599 Lazada Malaysia .. tersedia eksklusif untuk anda.

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY Blogger Contest. Microsoft Wise Pad W7 sponsored by Lazada Malaysia and Shopcoupons.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement