20 Jun 2016

Wanita Kaki Shopping dan Suka Boros

Fuh .. tajuk macam statement tak hingat. Anda kaki shopping? Anda lelaki atau perempuan? Betul tak kalau saya cakap yang perempuan lebih boros dalam bershopping dari lelaki? heh .. uhhh ada yang angkat2 kening nampak. Bukan apa, saya suka nak tahu pendapat anda. Anda nak tahu apa pendapat saya?

Saya fikir perempuan atau wanita memang paling obvious nampak sebagai kaki shopping namun adakah wanita itu boros .... ia bergantung pada apa yang dibeli. Sebabnya bila pembelian itu sekadar suka-suka atau hanya ingin melihat 'benda' itu menjadi miliknya. Beza dengan lelaki yang selalunya beli belah atas sebab. Lelaki lebih suka berfikir dahulu sebelum membeli. Dan di zaman serba canggih ini, lelaki lebih suka untuk buat research dulu mengenai sesuatu barang sebelum membuat pembelian - dan tidak semestinya berakhir dengan pembelian!

Wanita Kaki Shopping dan Suka Boros

Wanita Kaki Shopping dan Suka Boros
Bagi wanita, apa yang dilihat, apa yang diinginkan .. kejap2 tu juga akan beli. Dah tak ingat dah .. lebih 2 lagi kalau wallet bersusun dengan kad kredit yang menjadi tiket untuk berbelanja lebihan dari pendapatan. Ya, jika anda dikategorikan boros - ini bermakna anda berbelanja melebihi pendapatan dan anda membeli tanpa ada tujuan yang betul

Tak salah beli baju atau pakaian anak-anak tapi janganlah sampai 10 pasang sekaligus walaupun ia tengah sale! Niat nak beli tu dah betul, dan pembelian pun untuk benda perlu; tetapi bila dah lebih dari apa yang sepatutnya, ia dah kira boros.

Lelaki selalu membeli barang yang memerlukan ia berjimat dahulu. Lelaki akan kumpul dana dulu .. buat research dan cari benda tersebut dengan harga yang paling munasabah ... pastu baru membuat keputusan membeli. Jika perempuan .. jalan2 kat pasar malam pun .. leh bawak makanan berbungkus2 sedangkan nak makannyer sorang je. Belum lagi tengok kat shopping complex... pantang ada perkataan SALE .. terus je nak masuk kedai tu .. dan .. akhirnya membeli tanpa sedar walaupun tahu ... kat rumah berderet dan bersusun benda yang sama (walaupun bezanya hanya jenama dan warna).

Tetapi, dari segi nilai .. lelaki selalu membeli barang yang jauhhhh lebih mahal dari wanita sebab barang2 lelaki memang selalunya begitu. Contoh kasut: kasut lelaki harga mungkin lebih dari RM50 tetapi kasut perempuan boleh dapat rega RM10 . Ada lelaki tak kisah jika pasangannya suka bershopping .. beli itu dan ini tetapi .... di akhirnya ... please .. jangan minta si lelaki keluarkan duit .. :P


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen

aah, stuju jugak tuh, slalu barang murah memang lagi murah, tapi dorang beli banyaaaakkk..hahaha

itulah keistimewaan perempuan..terimalah seadanya...hahahha

Masalah nye sye pun boros.. hehe..

jadi lelaki harus menjadi pembimbing agar tidak begitu. ngehngeh.

kuasa membeli sememangnya di pegang oleh wanita.. :-)


EmoticonEmoticon