Skip to main content

Tren KTM Khas Raya ke Pantai Timur Mula Dijual 14 Jun 2016

Satu informasi menarik daripada pihak KTM Berhad. Sukacita dimaklumkan bahawa tren KTM khas Raya 2016 untuk perjalanan ke Pantai Timur akan mula beroperasi pada 30 Jun 2016, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tren khas Raya untuk ke sektor Pantai Timur ini akan beroperasi dari Kuala Lumpur - Tumpat - Kuala Lumpur sehingga 11 Julai 2016.

Sebagai permulaan, perkhidmatan keretapi atau tren khas Raya 2016 untuk ke Pantai Timur ini akan dikenali sebagai Eastern Holiday Train. Ia merupakan keretapi persiaran dengan menyediakan atau diberikan dua set makanan serta cenderahati kepada para penumpang yang menaiki tren ini.

Tren KTM Khas Raya 2016 Untuk Pantai Timur

Tren KTM Khas Raya Untuk Pantai Timur
Tiket untuk tren ini akan mula dijual mulai 14 Jun 2016 di semua stesen keretapi KTM dan juga secara online.

Tambang, Jenis Koc KTM Eastern Holiday Train

Tambang dan harga tiket untuk tren khas ke Pantai Timur sempena Raya 2016 ini dijual pada harga bermula dari RM82 hingga RM132 seorang. Perkhidmatan Eastern Holiday Train ini menawarkan tiga pilihan koc iaitu:
  1. Koc Tempat Tidur Kelas Dua
  2. Koc Tempat Duduk Kelas Dua
  3. Koc Tempat Duduk Kelas Satu 
Tren KTM Khas Raya Untuk Pantai Timur
Tren KTM khas Raya 2016 untuk perjalanan ke Pantai Timur ini melibatkan 12 buah stesen iaitu:
  1. Stesen Kajang
  2. Stesen Bandar Tasek Selatan
  3. Stesen Seremban
  4. Stesen Tampin/Pulau Sebang
  5. Stesen Jerantut
  6. Stesen Kuala Lipis
  7. Stesen Gua Musang
  8. Stesen Dabong
  9. Stesen Kuala Krai
  10. Stesen Tanah Merah
  11. Stesen Pasir Mas
  12. Stesen Wakaf Bharu

Jadual Perjalanan Tren KTM Khas Raya Untuk Pantai Timur

Berikut adalah jadual perjalanan bagi tren Eastern Holiday Train, perkhidmatan khas keretapi KTM ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidilfitri, bermula dari 30 Jun sehingga 11 Julai 2016.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat laman web KTMB atau telefon 03-2267 1200.

Comments

  1. belom pernah lagi naik train g jauh2 .

    ReplyDelete
  2. laku keras.. kena book awal.. time raya, memang cepat habis..

    ReplyDelete
  3. Belum pernah naik keretapi lagi... huhuhu

    ReplyDelete
  4. lama dah tak naik train ni...seingat saya paling jauh pun dari kl ke johor bahru tahun 1997 kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm saya lak, paling jauh dari kampung saya di Batu Gajah ke Penang ... siap leh jumpa kawan semasa tren berhenti di Ipoh.

      Delete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.