Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar

Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar. Kalau difikirkan, agak malang umat Islam zaman masa kini sebab nyawa dan umur amat pendek jika nak dibandingkan dengan umat-umat zaman terdahulu. Umat akhir zaman, rata-rata punyai umur sehingga 60-70 tahun.... itupun dalam keadaan yang uzur, ada sakit-sakit yang perlu penjagaan rapi.

Nak dibandingkan dengan umat sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W, sebelum hadirnya kitab Al Quran; umat sebelum itu rata-rata umur memang cecah ratusan dan ribuan tahun. Adakah umat Muhammad S.A.W tidak layak untuk memberikan ketaatan kepada Allah SWT sehinggakan dipendekkan umurnya?

Dari sudut ibadah kepada Allah Taala, nampaknya satu kerugian sebab usia yang tak cukup panjang ini akan menyebabkan amalan baik yang dilakukan pun tak cukup setara dengan umat sebelum ini, walhal Allah S.W.T menyebut umat Islam di zaman ini adalah umat terpilih. Jadi, mana kelebihannya?

Tips Ulama Mencari Malam Lailatulqadar

Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar
Dek kerana inilah, Baginda S.A.W memohon kepada Allah S.W.T memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah S.W.T telah menyediakan satu bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang penuh hebat, penuh berkat, penuh mulia... malam yang cukup special yang dinamakan Lailatul Qadar.

Maksud al-Qadar

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah S.W.T mula mentakdirkan agamaNYA dan memerintahkan NabiNYA bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.

Mari singkap beberapa pendapat dari ulama yang boleh dijadikan panduan dan tips untuk mencari malam Lailatul Qadar ini.
Sholat Terawih Berjemaah

Ulama Berbeza Pandangan Mengenai Bila Malam Lailatul Qadar

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.

Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan.

Menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam sama setiap Ramadhan iaitu malam 27 Ramadhan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, yang bermaksud:

"Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan."

Namun, dalil paling kuat mengenai Lailatul Qadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, yang bermaksud:

"Carilah sedaya upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadhan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan membawa kita, sebagai umat Islam sebagai umat yang tahu bersyukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan ini. Ia tidak didatangkan kepada umat sebelumnya, maka seharusnya Lailatul Qadar itu dicari, tetapi tidak mengabaikan amalan terbaik sepanjang Ramadhan.

Sumber: Buku Adab Ramadan
Kredit Foto: Malaysian Big Pictures

*p.s: Terima kasih Allah kerana memanjangkan umurku setahun lagi ... terima kasih dan syukur ke hadratMU.


1 comment... add one now

Ahmad Hasif Ahmad Hasif June 23, 2016
Alhamdulillah.. terima kasih atas maklumat ni.. :)
jadi terakhir 10 ramadhan ni sama-sama la kita perbanyakkan amal ibadah..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.