11 Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya

Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya. Perkara yang paling ngeri di hari raya dan musim perayaan ialah terlibat dengan kemalangan jalanraya. Setiap tahun, ada sahaja berita yang tidak best berkaitan kemalangan semasa pulang berhari raya. Yang menyentap rasa ialah kemalangan maut yang melibatkan kehilangan nyawa. In Sha Allah, menerusi blog post ini ... saya nak kongsikan beberapa tips keselamatan jalanraya sebelum memandu.

Sebagai salah seorang bekas penyelidik yang ada kaitan dengan keselamatan jalanraya; saya sering melihat statistik serta gambar berkaitan kemalangan jalanraya yang menyanyat hati. Malah, diri saya sendiri pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya yang hampir meragut kesemua anggota keluarga termasuk ibu saya sendiri. Jika anda seorang pembaca tegar blog ini, tentu sudah mengetahui akan kesah ini yang berlaku ketika isteri saya mengandungkan anak sulong kami.
Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya
Sejak dari itu, saya agak skeptikal dengan keselamatan sebelum pemanduan. Adalah sangat penting kita memastikan diri dan juga kenderaan berada di dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Meh baca 11 tips berkaitan keselamatan sebelum memandu kenderaan, terutama ketika musim perayaan seperti hari raya.

11 Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya

Periksa Kenderaan Anda Sebelum Memulakan Perjalanan

Rancang Perjalanan Anda

Adalah penting untuk merancang laluan dan jalan yang perlu diikuti sebelum memulakan perjalanan. Anda dinasihatkan untuk fikirkan lokasi berhenti rehat jika perlu (rehat dan rawat). Sebagai tips tambahan, ambil masa untuk berehat selepas memandu selama 2 jam. Carilah kawasan rehat dan rawat yang selesa untuk anda beristirehat. Dengan merancang perjalanan, anda tidak akan teragak-agak sekaligus menjimatkan masa perjalanan anda, selain memastikan bahawa anda tiba ke lokasi dalam keadaan selamat. Gunakan peta jika perlu.

Dapatkan Rehat Secukupnya

Cuba elakkan memandu kenderaan pada lewat malam atau awal pagi kerana waktu tersebut merupakan waktu untuk merehatkan tubuh (waktu tidur). Memandu selepas makan terlalu kenyang, atau selepas bekerja boleh menyebabkan anda cepat merasa letih dan mengantuk. Jika mahu merancang perjalanan lewat malam atau awal pagi, pastikan tubuh sudah mendapat rehat secukupnya - tidur dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Elak Ambil Minuman atau Ubat Boleh Beri Kesan Mengantuk

Cuba elakkan dari mengambil minuman serta ubat-ubatan yang boleh memberikan kesan mengantuk sebelum memandu. Makanan yang terlalu berlemak serta minuman yang terlalu manis dipercayai akan membuatkan diri anda mudah terasa mengantuk dan letih.

Hindarkan Perasaan Negatif

Jangan memandu dalam keadaan marah
Jangan sesekali anda memandu dalam keadaan emosi yang tidak menentu, terutama perasaan negatif seperti dalam marah, dalam kekecewaan dan sebagainya. Nasihat saya, tenangkan diri anda sebelum memandu dengan mengambil wudhuk atau melakukan sholat. Seandainya anda memandu dalam perasaan negatif, anda berkemungkinan besar akan memandu dengan cara melulu, melanggar peraturan jalanraya dan memandu dengan laju. Anda bukan sekadar membahayakan diri dan keluarga, tetapi juga pemandu yang lain.

Periksa Kenderaan Sebelum Memulakan Perjalanan

Aspek yang penting agar perjalanan anda lancar. Periksalah kenderaan anda untuk perkara berikut - minyak pelincir (minyak hitam), air bateri, angin tayar kenderaan, air radiator, tali kipas (radiator dan aircond). Pastikan juga semua lampu isyarat termasuk lampu brek dan lampu kecemasan menyala dengan baik. Brek kenderaan juga mesti diperiksa supaya berfungsi dan berkeadaan baik. Jangan dilupa untuk lihat pengelap cermin kenderaan anda. Anda tentu tidak mahu bermasalah memandu dalam hujan.

Tempat Duduk Pemandu

Pastikan tempat duduk pemandu dalam keadaan di mana anda boleh melihat dengan jelas pemanduan anda.

Cermin Pandang Belakang serta Sisi

Pastikan kesemua cermin kenderaan, terutama cermin pandang belakang, serta sisi berada di dalam keadaan baik. Bersihkan ia, dan elakkan ia berkabus.

First Aid Kit dan Pemadam Api

Ramai pemandu dan pemilik kenderaan tidak menyediakan alat bantuan kecemasan ini. Malah, saya pasti tidak ramai yang meletakkan alat pemadam api mini di kenderaan masing-masing. Ia mungkin tidak akan digunakan, tetapi elok dari bersedia daripada kalut andai berlaku kejadian tidak diingini. Saya sendiri menyediakan first-aid-kit dan alat pemadam api untuk kenderaan yang boleh anda beli di pasaraya dan kedai seperti DIY. Harganya pula dari serendah RM10 - RM200 satu set lengkap.

Tayar Gantian

Tayar gantian adalah sama penting dengan tayar yang sedang digunakan oleh kenderaan anda. Kena pastikan tekanan angin yang mencukupi, dan bunga tayar dalam keadaan elok. Ada di antara kita yang pernah menggunakan tayar gantian sebelum ini, tetapi terlupa untuk menukarkannya dengan tayar yang baik. Ini antara banyak kesilapan pemandu yang suka ambil mudah mengenai keselamatan kenderaan.

Minyak/Petrol Kenderaan

Pastikan minyak kenderaan mencukupi
Pastikan kenderaan sudah terisi dengan minyak atau petrol yang mencukupi untuk perjalanan anda. Jangan sesekali anda assume bahawa ia mencukupi. Anda tentu tidak mahu terkandas dalam perjalanan semata-mata kerana kenderaan anda kehabisan minyak.

Servis Kenderaan

Mahu pastikan kenderaan dalam keadaan tip top, diperiksa oleh mereka yang bertauliah .. maka pastikan kenderaan anda diservis dengan baik terlebih dahulu. Jangan tangguh-tangguh untuk servis kenderaan anda secara berjadual, mungkin anda akan selamat dalam perjalanan .. tetapi sanggupkah anda berhabisan ribuan ringgit seandainya kenderaan anda rosak di tengah jalan terutama semasa musim perayaan ini? Servislah kenderaan anda di pusat servis berdekatan.

[Baca] Promosi Servis Kenderaan oleh Carama

Begitulah tips keselamatan memandu di hari raya yang ingin saya kongsikan.  Malah, tips ini perlu anda ikuti sepanjang masa seandainya mahu memandu untuk perjalanan jauh. Jangan abaikan kerana keselamatan dan nyawa bukanlah sesuatu yang murah. Sekali terkena ... uhh ...

Beringat sebelum terpaksa melalui masalah yang boleh anda elak.


1 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.