Teknik Percuma Untuk Promosi Produk di Facebook. Salah satu cara saya menjana income online adalah dengan menjual produk affiliate. Dah macam-macam produk affiliate yang saya jual. Kebanyakkannya adalah ebook berkaitan bisnes online dan pemasaran. Ada di antaranya saya beli untuk tambahkan ilmu pengetahuan dan salah satu cara saya nak mempromosi produk tersebut secara online.

Cabaran besar apabila anda menjadi seorang agen affiliate ialah untuk bersaing dengan agen-agen lain yang lebih hebat. Memang susah, apatah lagi mereka merupakan agen-agen yang berpengalaman dan telah mempunyai pengikutnya sendiri. Macam-macam cara saya lakukan untuk mempromosikan produk affiliate ini. Dan salah satu cara yang telah saya gunakan dengan baik ialah teknik percuma mempromosi di Facebook.

Teknik Percuma Mempromosi Produk di Laman Facebook

Teknik Percuma Promosi Produk Facebook
Saya akan kongsikan cara dan bagaimana nak lakukan teknik promosi percuma menerusi Facebook ini kepada anda semua. Manalah tahu, sedikit perkongsian ini akan memberikan impak pada bisnes anda .. lebih baik daripada saya, yang hanya seorang blogger biasa. 

Anda Perlu Jadi 'Pakar' Produk

Untuk membolehkan diri saya berjaya mempromosi dan menjual produk menggunakan teknik percuma promosi di Facebook, saya perlu menjadi seorang yang arif dan serba tahu mengenai produk tersebut. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan agar menjadi arif lagi bijaksana:
  • Dapatkan atau beli produk tersebut - samada menerusi link affiliate sendiri atau secara terus.
  • Gunapakai produk tersebut - samada ilmu, teknik, rahsia, cara ... bergantung kepada jenis produk. 
  • Jika tak beli dan tak gunakan, cari sumber maklumat dan info yang tulen untuk mengetahui tentang produk. Belajar mengenai produk tersebut daripada sumber luar.
  • Buat pertanyaan, soalan atau ikuti mereka yang menjadi pengeluar produk tersebut. Korek rahsia mengenai produk yang boleh anda ketengahkan untuk promosi.
  • Ikuti juga agen affilliate lain yang berjaya buat sale kencang menjual produk tersebut ... lihat cara dan ayat-ayat digunakan untuk memudahkan anda faham apa yang anda perlu jual dan promosi.

Mudah-mudahan, dengan cara dan teknik di atas, anda akan mengetahui banyak perkara tentang produk yang mahu dijual. Orait, sekarang anda sudah ada pengetahuan yang cukup untuk menulis sesuatu di wall Facebook anda untuk mempromosikan produk affiliate.

Susun Strategi

Tapi, sebelum itu .. susun strategi ...
  1. Tulis kelebihan produk. Senaraikan dari sebesar impak, mahupun sekecil kesan.
  2. Tulis manfaat khusus produk untuk golongan tertentu. Setiap golongan, manfaatnya berbeza. 
  3. Tulis siapa harus gunakan produk.
  4. Berapa harganya. Siapa yang ada duit untuk bayar harga tersebut.
  5. Tulis emosi-emosi yang ada kaitan dengan produk - marah, sayu, terkejut, gembira, teruja .. ia mungkin menjadi perkataan 'menjual' anda.

Anda kena senaraikan kelebihan produk, sebab anda tidak boleh terus menjual di Facebook. Anda perlu mempromosi secara halus dengan pendekatan perkongsian manfaat. Selalunya perkara yang boleh berikan sesuatu dan mengesan pada emosi mudah untuk mendapat perhatian. Untung-untung post di wall boleh jadi viral .... hoho

Secara amnya, anda perlu tulis masalah dan penyelesaian bersandarkan kepada kekuatan dan kelebihan produk yang mahu anda promosi tersebut. Tetapi, masalah tersebut bukan ditulis secara direct, mungkin secara penceritaan santai.

Ebook Percuma Untuk Bantu Anda Ketahui Teknik Percuma Ini

Untuk lebih tahu mengenai teknik percuma mempromosi produk menerusi Facebook ini, anda boleh muat turun secara PERCUMA ebook berikut:
Teknik Percuma Promosi Produk Facebook

 
[+] Teknik dan Strategi Percuma Bagaimana Nak Promosi Produk di Facebook Peribadi - http://bit.do/freefesbuk

Dengan menggunakan teknik ini, saya berjaya menjadi antara top afiliate platform Ashadee dan buat duit secara online dari beberapa produk affiliate, ada di antaranya tu berharga RM500!, tanpa sebarang kos, tanpa sebarang modal.
Teknik Percuma Promosi Produk Facebook

Penting apabila gunakan teknik ini, anda perlu menjadi seorang yang jujur, telus, bertanggungjawab kerana kewibawaan anda inilah yang akan memberikan jualan untuk apa jua produk yang anda jual di Facebook - walaupun dengan menggunakan teknik percuma promosi di FB.

Semoga bermanfaat.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement