#Sarikatahati - Iklan Raya Maxis 2016 Untuk Mereka Yang Taksub Dengan Teknologi. Itulah yang terlintas di fikiran saya apabila mahu kongsikan iklan terbaru raya 2016 daripada Maxis ini. Kalau ikutkan apa yang diterbitkan Maxis di laman YouTube, #sarikatahati bukanlah satu iklan raya Aidil Fitri 2016, tetapi ia lebih daripada sekadar itu.

Dewasa ini, kita melihat teknologi telah mengambil hampir separuh kehidupan kita, samada sebagai anak, cucu, ayah, ibu ... Teknologi telah mengambil peranan yang selama ini dimiliki oleh insan, dek kerana ada di antara kita yang taksub dengan teknologi; saya juga secara jujurnya mengakui perkara ini.

Kita tidak lagi bergelak ketawa bersama isteri dan anak-anak, tetapi menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook Messenger. Kita tidak lagi berkongsi cerita sesama keluarga, tetapi lebih suka melihat cerita dan filem bersendirian di laman YouTube dan laman web video dan filem. Kita tidak lagi berkomunikasi dengan orang terdekat di sekeliling kita, tetapi suka bersembang borak dengan rakan-rakan FB yang tidak pernah bersua-muka.

Inilah kehidupan kita sekarang, sehingga ada yang terabai.

#Sarikatahati - Iklan Raya Maxis 2016 Untuk Mereka Yang Taksub Dengan Teknologi

#sarikatahati - bukan iklan raya 2016 daripada Maxis

Menerusi iklan raya Maxis - #sarikatahati .. ia menunjukkan sudut lain teknologi yang boleh menterjemahkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah saya katakan. Jadikan teknologi itu pengerat hubungan, dan bukan yang memisahkan. Teknologi itu dicipta untuk kebaikan, tetapi apabila kita terlalu taksub dengannya, ia boleh memberikan efek yang tidak baik untuk kita semua.

Ibu dan ayah selalu bertanya tentang telefon mereka – “Apa benda WhatsApp ni?”, “Saya kena pergi ke app store – jauh ke?”

Teknologi memudahkan kita untuk berhubung dengan mereka yang tersayang. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ketinggalan. Bila mereka asyik bertanya tentang itu dan ini, adakah mereka betul-betul bertanya tentang teknologi? Atau adakah udang di sebalik skrin? 

Nah .. saksikan video #sarikatahati, sebuah iklan hari raya daripada Maxis. Moga ada manfaat dan kebaikan dengan menonton iklan raya ini.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Komen anda:

Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.