8 Perkara Perlu Tahu Mengenai Free Seat Air Asia

Setiap tahun, malah apabila ada perayaan tertentu pihak syarikat tambang murah terkenal dari Malaysia, iaitu Air Asia pasti akan menawarkan tempat duduk percuma atau Free Seat. Kadang bagai nak terbeliak biji mata apabila ada tawaran tempat duduk percuma tidak masuk akal bagi penerbangan ke luar negara.

Jangan mudah terus ambil kesimpulan mengenai tiket dan tempat duduk percuma yang ditawarkan oleh Air Asia ini, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu supaya tidak merasa kecewa kemudiannya.

8 Perkara Perlu Tahu Mengenai Promosi Free Seat Air Asia

8 Perkara Perlu Tahu Mengenai Promosi Free Seat Air Asia
Jadi, di dalam blog post ini, saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan mengenai apa yang ada di sebalik tawaran Free Seat Air Asia ini. Buat mereka yang sudah berpengalaman travel dengan Air Asia menerusi promosi dan segala bentuk tawaran oleh syarikat penerbangan tambang murah in ... rasanya dah maklum dan dah tahu. Artikel ini untuk mereka yang belum tahu, dan jika ada fikir ada perkara mahu ditambah dan diperbetulkan, jangan segan untuk beritahu saya ye .. huhu...
  1. Apa maksud tambang percuma atau Free Seat atau Zero Fare Air Asia? Tambang untuk harga tempat duduk adalah percuma, tetapi anda perlu dan wajib membayar cukai lapangan terbang yang dikenakan iaitu dari serendah RM26 seorang. Malah, ada cukai lain yang perlu anda bayar selain yang dinyatakan.
  2. Untuk mudahkan anda menempah tiket atau tambang percuma daripada Air Asia, adalah sangat penting untuk anda mendaftar menerusi portal tempahan online. Pastikan butiran anda lengkap, rancangan perjalanan penerbangan dan anda perlu jelas berapa tempat duduk yang ingin anda tempah, kerana Free Seat Air Asia bukan diberikan untuk semua orang, dan bukan untuk semua perjalanan.
  3. Anda akan rasa sukar untuk menempah tiket dan tempat duduk percuma Air Asia kalau dilakukan pada waktu puncak. Nasihat saya ialah, buat tempahan di awal pagi - seawal jam 3 pagi untuk memastikan anda dapat membuat tempahan yang sempurna.
  4. Untuk mendapatkan Free Seat atau Zero Fare Air Asia, perjalanan penerbangan selalunya adalah enam bulan sehingga setahun dari tempoh membuat tempahan. Jadi, penting untuk anda merancang destinasi penerbangan anda supaya boleh mendapatkan Free Seat Air Asia yang ditawarkan.
  5. Seperti yang saya sebutkan di awal tadi, bukan semua perjalanan akan ada tambang murah, tambang percuma, tempat duduk percuma .. jadi, sila sediakan pelan alternatif untuk destinasi. Jika destinasi A tiada tambang murah, jangan tunggu .. terus cari untuk destinasi B dan seterusnya. Ingat ye, Free Seat Air Asia bukan untuk semua destinasi .. hoho.
  6. Bersabar ketika membuat tempahan. Ada orang ingat .. lepas tekan itu ini, masukan semua butiran .. akan terus dapat booking. Wallaweihh .... bukan anda seorang sahaja yang teruja nak dapatkan tambang dan tempat duduk penerbangan percuma Air Asia ni ye .. huhu. Elak daripada refresh sistem tempahan anda ... kalau tidak anda akan menyesal tak sudah .. hoho.
  7. Selesai sahaja proses memilih destinasi dan mendapatkan tempat duduk; buat bayaran segera. Anda mungkin akan kehilangan tempat duduk percuma ini andai syarat-syarat asas ini tidak dipenuhi. Oh ya .. kena bayar cukai ehh .. bukan tiket penerbangan.
  8. Apabila berjaya membuat tempahan, sila semak ... dan pastikan ianya seperti yang anda mahukan! Perkara penting untuk semakan ialah, destinasi perjalanan (pergi-balik), tarikh perjalanan, bayaran dan berat bagasi yang dibenarkan.

Perkara Perlu Tahu Mengenai Tempat Duduk Percuma Air Asia
Harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan manfaat dan mungkin juga tips untuk anda mendapatkan tempat duduk percuma - Free Seat Air Asia ... ketika tempoh promosi berlangsung. Perkara-perkara ini perlu anda tahu supaya anda faham akan perjalanan sistem tempahan untuk mendapatkan promosi oleh Air Asia.

Dah dapat tempahan tiket dan tempat duduk percuma Air Asia .. jangan lupa untuk ucap Alhamdulillah, tanda syukur .. sebab ada beribu orang seperti anda juga sedang cuba sedaya upaya bagi mendapatkan peluang ini.


0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.