Pengalaman Berbuka Puasa Dalam ETS

Pengalaman berbuka puasa bersama anak-anak di dalam ETS. Baru-baru ini, selepas menghadiri beberapa jemputan berbuka puasa, dan mencuba promosi buffet ramadhan di Kuala Lumpur, saya dan anak-anak ambil keputusan untuk pulang ke Parit Buntar menaiki ETS waktu petang.

Mulanya nak ambil tren KTM ETS waktu pagi, tetapi bila fikir tidak mahu terburu-buru .. maka, saya telah tempah tiket ETS untuk perjalanan waktu petang. Lagipun, saya perlu pulangkan kereta KLEzCar di stesen bas Putrajaya Sentral pada tengahari.

Pengalaman Berbuka Puasa Dalam ETS

Ikut asal perancangan, isteri saya akan berikan bekal untuk kami berbuka puasa di dalam tren ETS. Tetapi disebabkan isteri saya perlu ulangkaji untuk peperiksaan akhir, maka ... saya tidaklah mendesak sangat. Lagipun, cukup sahaja batalkan puasa dengan sebiji kurma dan air mineral.

Terima kasih pada isteri yang sanggup hantarkan saya dan anak-anak pulang naik tren ETS petang tu.

Dalam tren memang tidak terasa sangat perut lapar dan dahaga sebab puasa. Al maklumlah, keadaan di dalam koc tren ETS yang selesa berhawa dingin. Malah, anak saya yang sulong sempat buat kerja sekolah di dalam tren lagi ... hehehe...
Pengalaman Berbuka Puasa Dalam ETS
Walaupun isteri saya tidak sempat nak sediakan bekalan kami untuk berbuka puasa, tetapi sebelum naik tren ETS di platform dua KL Sentral, saya dah siap-siap belikan air dan pop corn ... benda-benda mudah je. Tambahan lagi, saya tak perlu risau soal makanan sebab di dalam tren ETS ada koc kantin yang menjual makanan.

Bila dah naik tren, terfikir juga bila waktunya nak berbuka puasa, yelah .. tren ETS sikit punya laju tu .. leh capai kelajuan sehingga 142km/jam. Sekejap je dah bertukar lokasi ... hoho.

[Baca] Tips Untuk Travel Naik ETS KTMB

Tapi, rupanya sebaik sahaja masuk waktu berbuka puasa, pemandu tren akan umumkan di siaraya bahawa waktu berbuka puasa telah masuk. Ketika diumumkan, tren ETS yang saya naik sedang berhenti di Stesen KTM Ipoh. Jadi, berbukalah kami anak beranak dengan air dan pop corn .. huhu .. cari juga buah kurma yang saya sangka dibawa dalam beg, tapi tak jumpalah pula.

Tengah menunggu waktu berbuka, ternampak iklan Aman Palestin ni ... nak sedekah bulan Ramadhan?
Pengalaman Berbuka Puasa Dalam ETS
Saya ingat nak beli makanan di koc kantin ETS, tetapi ... saya tukar fikiran sebab memikirkan mesti ramai penumpang lain yang akan beli makanan di situ. Jadi, saya ambil keputusan untuk berbuka puasa ringkas dengan anak-anak, dan kemudian sambung makan di restoran apabila tiba ke destinasi kami, iaitu Parit Buntar.

[Tips] Kalau nak beli makanan berbuka dalam tren ETS, pastikan anda beli makanan 30 minit lebih awal.

Setibanya di Stesen KTM Parit Buntar, saya dan anak-anak pun menuju ke restoran yang best di Parit Buntar untuk makan malam, iaitu di Restoran Sri Dayang. Restoran ni ada menu sedap iaitu Mee Bandung Udang Seri Dayang dan Tomyan Seri Dayang. Tapi, saya tak orderlah pulak makanan ni .. hehehe...
Pengalaman Berbuka Puasa Dalam ETS
Alhamdulillah, perjalanan kami naik ETS memang selesa di bulan Ramadhan walaupun tempat duduk kami berkongsi dengan orang bukan Islam. Nyata, walaupun mereka tidak berpuasa, mereka tahu menghormati orang Islam yang sedang berpuasa.

Jika anda nak mencuba naik tren ETS samada Ramadhan dan Hari Raya, pastikan anda tengok dulu - Jadual KTM ETS Terkini 2016.html ye .. tempah siap2 .. in Sha Allah, tempahan kini dibuka untuk tempoh perjalanan dua bulan.


{ 10 comments.. read them below or add one }

JMR JMR June 23, 2016
tak pernah lagi naik ETS..dr penceritaan, memang terbaik fasilitinya
PeRdU cINta PeRdU cINta June 23, 2016
Alhamdulillah anak anak Bro HH tidak cerewet...mudah untuk brrgerak...
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar June 23, 2016
alhamdulilah..pengalaman buat anak-anak tu..itu jugalah yang akan menjadi cerita buat mereka bila dah besar nanti..hehehe..

sifu, warna blog dah berubah ya? nampak lain..hehehe
Hasrul Hassan Hasrul Hassan June 23, 2016
Ada zakiah ... tapi makanan dia terhad... :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan June 23, 2016
Trylah Raya ni naik ETS gi jenjalan kat sebelah utara ni .. gi Padang bBesar pun boleh. Kalau naik ke Butterworth, terus ke jeti, leh naik feri
Hasrul Hassan Hasrul Hassan June 23, 2016
Hmm mudah memang mudah, siap main2 lagi dalam ETS tu .. haishhh ..
Puan Wawa Puan Wawa June 23, 2016
bestnya, selesa je nampak..
abdul nashar abdul nashar June 24, 2016
Ok ja cuma elok beli awal sebab beratur lama dekat cafe tu.melalui info blog tuan saya dapat cuba naik ets 2 kali hehehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.