Inilah kuasa viral laman sosial, apabila ada isu diketengahkan .. lalu ditambah pula dengan segala rencah komen; ia nampaknya memberikan impak. Memang hebat kuasa viral ni, malah ramai blogger yang ambil kesempatan dengan kehebatan kuasa viral laman sosial untuk mendapatkan trafik blog.

Baru-baru ini meledak viral kisah yang berkait dengan laluan kecemasan di lebuhraya. Dari post yang biasa-biasa sehinggalah ke post yang bergambar. Dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Dari cerita sakit hati, sehingga ke kisah sedih yang melibatkan kematian. Semuanya kerana rakyat Malaysia sebelum ni buta tuli pekak badak tidak ambil tahu mengenai fungsi sebenar laluan kecemasan.

Kuasa Viral - Pengguna Jalanraya Takut Guna Laluan Kecemasan

Apabila ada hati sudah panas berapi kerana isu ini .. maka muncullah pula tindakan yang diambil oleh mereka yang dianggap wira oleh segolongan. Walau sebenarnya ia satu tindakan yang agak kurang wajar, tetapi ada kesan yang nampak. Ramai yang puji, malah berkempen untuk melakukannya lagi dan lagi .. biar yang dulunya tak ambil kesah, supaya sedar dan tahu.

Dan ia berjaya!!
Apa yang saya nampak ialah rakyat Malaysia tidak takutkan undang-undang yang sudah termaktub, tidak patuh dengan peraturan yang telah tersedia .. malah tidak ambil kisah pun soal betul atau salah. Tetapi apabila ada orang yang diluar bidang kuasa undang-undang melakukan sesuatu tindakan yang pada mereka menggerunkan, maka ... mereka mula tahu rasa takut .. mula sedar bahawa tindakan mereka itu tidak disukai oleh orang lain.

Dulu, mungkin mereka buat tak tahu dengan kereta yang ditutup cermin, kemudian dipasang cermin gelap sehingga tak tahu rupa paras, lelaki perempuan di dalamnya .. sekarang, nak bunyikan hon pun berfikir dua tiga kali.

Seorang rakan saya, seorang blogger yang hebat dan telah menang banyak anugerah - Norhailmi Andul Mutalib  ... telah berkongsi impak daripada kuasa viral ini. Pada pandangan ... saya boleh katakan bahawa pengguna jalanraya sudah takut untuk menggunakan laluan kecemasan. Dulu, mungkin ramai yang akan selamba mencelah dan memecut di ruangan laluan kecemasan untuk memecut dan memotong barisan kereta lain yang bersabar dengan karenah kesesakan jalanraya .. tetapi kini .. tidak lagi.


Rakyat Malaysia secara amnya lebih suka belajar cara barbarik .. cara kasar, cara on-the-street dari belajar dari undang-undang yang telah mereka bayar ketika nak ambil lesen memandu. Bak kata seorang kawan saya ... "Selagi hang tak pulasss telinga depa sampai tercabut .. sampai bila-bila depa takkan dengar ..."

Ehem .. ramai yang ada duit tak ada otak yang selalunya gunakan laluan kecemasan di lebuhraya ni .. mungkin sebb fikir nak kena kuar duit untuk repair cermin sisi, maka mereka dah risau dan takut. Jadi fobia pulak bila nampak motor lalu dari arah belakang kereta .. hoho...

Maka .. bermulalah alkisah takutnya pengguna jalanraya dengan penunggang motorsikal pula .. huhu.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

Lepasni kena viralkan pemandu yang nak belok tak bagi signal. Yang ni pun sakit hati besar kecik je tengok depan mata..hahhaa

Reply

eloklah.... viral kan isu untuk kebaikan semua supaya menjadi ingatan. Jangan dok asyik viral isu artis jer. :D

Reply

mula2 masa dengar pasal tendang side mirror nih tak setuju gak, tapi bila dapat tau yg side mirror tu kena tendang sebab guna laluan kecemasan macam bagus plak kempen nih....sape suruh guna laluan kecemasan kan? bagus2

Reply

mcm tu la orang nak..ikut peraturan jalan raya..tapi ada gak xleh ikut..hehe

Reply

Sebab blom kene kt diri sendiri yg emergency..tu berani buat,,sekarang senang..buat perangai je snap no flat viralkan..saman polis diorg bkn kesa..hehe..

Reply

la ni nk buat apa² pon xbrani..aku di viralkan..hihi

tapi bagus kuasa viral ni.. pakat berubah dh

Reply

Hmm betul. Saman polis derang buat tak tahu je. Dan lagipun, benda ni berlaku tak ikut masa, nak harap polis jaga lorong kecemasan je .. uhh depa pun ada benda lain nak kena buat.

Reply

Saya setuju bang. kuasa Viral memang power. even sy yang memandu di Jalan Duta yang jammed pun takut kena...

ini namanya masyarakat perlu bekerjasama dengan penguasaan utk banteras masalah :)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.