Langkau ke kandungan utama

Iklan TM Hari Raya 2016 - Menyentuh Rasa Peribadi Saya

Semakin meriah pula Raya 2016 dengan pelbagai iklan menarik. Sebelum ini, saya dah kongsikan beberapa video iklan best untuk raya 2016, dan saya fikir iklan TM Hari Raya 2016 ini antara yang terbaik bagi diri saya. Sebab apa? Sebab ia ada kena mengena dengan perkara yang telah saya bangkitkan sejak awal Ramadhan lagi di Facebook peribadi saya - iaitu soal bungkus makanan bawa balik untuk elak pembaziran.

Serius, iklan TM Hari Raya 2016 kali ini sangat dekat dengan hati saya. Ia ada kaitan dengan status FB saya yang ini - Pendapat Korang Kalau Aku Bawa Bekas Sendiri ke Buffet Ramadhan dan yang ini - Tapau Makanan Dari Buffet Ramadhan

Malah, ia juga sangat kena mengena dengan luahan yang saya tonjolkan di FB, boleh baca sini - Perkara Paling Sedih Bila Berbuka Buffet Ramadhan

Iklan TM Hari Raya 2016

Iklan TM Hari Raya 2016
Terima kasih kepada pihak TM yang menyediakan iklan TM Raya 2016 yang memberikan sesuatu kepada saya Ramadhan ini. Yelah, sebagai blogger .. saya ada kala diundang ke majlis berbuka puasa ala buffet yang meriah dengan makanan dan minuman.

Meh tonton iklan TM Hari Raya 2016 ini yang menyentuh jiwa saya dan dekat di hati saya .... huhu...

Video Iklan Raya TM 2016 - Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati


Walaupun saya bukan seperti Sofea, tetapi iklan ini menunjukkan banyak perkara yang sepatutnya masyarakat seharusnya tidak memandang serong atas kelakuan yang mungkin tidak begitu senang di mata mereka.

Saya mungkin 'tapau' makanan yang berlebihan yang telah tidak sengaja diambil dalam majlis berbuka puasa ala buffet, namun adakah kelakuan saya itu salah dengan niat tidak mahu membazirkan makanan?

Saya berhasrat menjadi seperti Sofea di dalam iklan TM Hari Raya 2016 ini, in Sha Allah .. jika Allah S.W.T panjangkan umur saya kelak. Saya mungkin tidak kaya raya untuk bersedekah dari poket sendiri, tetapi ... ada sumber yang bagus untuk buat dua kebajikan dalam satu-satu masa dari mereka yang mungkin rezeki dah melimpah-ruah. Kebajikan pertama - elakkan makanan dibazirkan. Kebajikan kedua - bersedekah makanan kepada mereka yang tidak seperti saya (dan mungkin anda).

Masyarakat Muslim di Malaysia patut contohi Sofea. Saya tahu .. saya mesti jadi sepertinya. Anda? Apakah sumbangan anda Ramadhan ini untuk mereka yang bukan seperti anda?


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Meleleh airmata tgok iklan ni. Memang terkesan sungguh...harap ramai lah yg jadi macam sofea..

    BalasPadam
  2. Meleleh airmata tgok iklan ni. Memang terkesan sungguh...harap ramai lah yg jadi macam sofea..

    BalasPadam
  3. alaaaa...ada habuk masuk dalam mata huhu

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum Bro HH..sangat terkesan..

    BalasPadam
  5. Mnarik iklan Dr Tm thun ni..

    BalasPadam
  6. sangat terkesan..sedang kita enak makan sedap2,ramai lg sedang bergelut mencari sesuap nasi.Allahu:-(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …