Dapat Duit Jawab Survey

Jana income dan dapat duit menjawab survey bukanlah perkara baru. Kadang kalau anda pergi ke pasaraya, ada juga yang jawab survey yang berikan hadiah. Survey ini sebenarnya penting untuk pengiklan, syarikat, pemilik bisnes, malah individu tertentu untuk mendapatkan profile, data dan informasi mengenai pelanggan. Ia penting untuk tujuan pemasaran.

Jika di internet, anda boleh dapat duit dengan menjawab survey seperti ini secara online. Tak perlu nak download atau cetak survey tersebut, hanya terus jawab menerusi laman web yang disediakan. Apa perlu anda lakukan hanya klik pada pautan diberikan, dan jawab semua soalan diberikan. Abis dan selesai, anda perlu isi butiran yang diminta .. in Sha Allah anda akan dibayar; dan dalam kebanyakkan kes ... anda dibayar serta-merta terus ke akaun anda.

Apabila anda telah mendaftar dengan mana-mana laman web yang menyediakan servis dapat duit jawab survey ini, ia akan dari semasa ke semasa memberikan tawaran terus ke dalam email anda. Anda boleh pilih mana-mana jenis survey yang anda rasa boleh jawab, dalam tempoh masa diberikan, dan akan dibayar setelah lengkap survey tersebut.

Dapat Duit Jawab Survey

Ada dua laman web popular untuk dapat duit menjawab survey ini, iaitu Panel Place dan juga Toluna. Survey pula merangkumi banyak pilihan antaranya sektor hiburan, makanan, pemasaran, automotif dan pelbagai lagi. Di bawah adalah antara contoh jenis survey online yang saya terima menerusi email. Setiap minggu, anda akan menerima email-email seperti ini untuk anda menjawab survey.
Pendaftaran untuk menjawab survey online adalah percuma, namun anda perlukan satu panduan yang lengkap bagi membantu anda untuk menjawab survey yang benar-benar boleh berikan income online yang anda inginkan. Al maklumlah, ada juga laman yang tawarkan kerja sampingan menjawab survey ini, tetapi .. gagal dari segi membuat pembayaran .. huhu.

Untuk itu, saya syorkan untuk anda daftarkan diri di sini - Task.MY - Peluang Kerja Sambilan.

Menerusi beberapa tips dan petua yang disediakan dalam bentuk video, anda bukan sahaja akan mengetahui 1001 peluang untuk buat duit dengan kerja sampingan online seperti menjawab survey, malah banyak lagi.

Semoga berjaya.

5 comments.. read them below or add one

Mek Zumbie Mek Zumbie June 25, 2016
Pernah juga ni...Tapi kita kene bayar amaun tertentu macam register gitu baru ada soalan kene email n kite jawab...Last2 tak peduli dah uhuuuu
Hasrul Hassan Hasrul Hassan June 25, 2016
Ada yang kena bayar ntuk kategori yang bayaran dia mahal, tapi sekali byr je. Macam teknologi, leh dapat bayaran sampai USD10 untuk satu survey. Juga bergantung dengan lokasi.
Kim Chaa Kim Chaa June 26, 2016
Tak pernah try lg niih. Teringin jugak nak try
Blogger Blogger November 29, 2016
ClixSense is a very popular work from home website.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.