Cereka Pulang dari Zalora Menyentap Rasa Emosi

Cereka Pulang dari Zalora Menyentap Rasa Emosi. Uhh sedih sungguh tonton cereka pendek Zalora ni. Mula-mula tu tak adalah apa sangat, tapi lama .. makin lama plot cerita ni berkembang ... rasa sedih lak. Cereka pendek yang ada dimasukkan suasana berbuka puasa di kampung ni memang layan apabila dah sampai di tengah cerita.

Cereka Pulang dari Zalora Menyentap Rasa Emosi

Pulang, sebuah cereka pendek Zalora yang menampilkan pereka fesyen Rizalman Ibrahim, yang juga merupakan penerbit dan pengarah untuk cereka ini. Cereka yang difilemkan untuk Zalora ini turut menampilkan dua anak Rizalman sebagai pelakon, iaitu Umar Nail dan Aali Nail.

Turut sama menjayakan cereka pendek bertajuk Pulang ini adalah pelakon hebat Wan Hanafisu, Marlia Musa serta Fauziah Ahmad Daud.
Cereka Pulang dari Zalora Menyentap Rasa Emosi

Sinopsis pendek Pulang ...

Kisah Umar yang diambil sejak kecil oleh Rizalman dari ibu kandungnya. Manakala ibu kandung Umar yang dibintangi Marlia Musa telah diberitahu bahawa anaknya telah meninggal dunia. Mulai dari situ, Rizalman pun membesarkan dan mendidik Umar dengan sangat baik.

Sampailah satu ketika Rizalman terpanggil untuk membawa Umar bertemu ibu kandungnya di Terengganu. Apakah kesudahan kisah Pulang dari Zalora ini?

Meh tonton cereka Pulang ini ....adakah ia menyentap rasa dan emosi anda? Kongsikan apa yang anda rasa selepas tonton cereka dari Zalora ini di ruangan komen.


Dah tonton? Perasan tak pada babak 37:14 minit cereka Pulang ni ada sesuatu yang pelik... hehehe.. tak tahulah samada dialog tersilap ke apa ke .. huhuhu..

Kalau ikut pada komen-komen yang diberikan di Youtube, ramai gak ngaku nangis tengok filem cereka ni, especially babak-babak akhir bila si Umar kata bapak dia penipu .. .. nak-nak lagi dengan muzik latar yang mengiringi emosi .. uh uhh ..

Sedih. Memang sedih. Malah, ia ingatkan pada kisah realiti yang sebenarnya memang berlaku di dalam masyarakat kita.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.