Car Service Carama Promotion Ramadhan 2016

Car Service Castrol Carama Promotion Ramadhan 2016. Promosi besar-besaran servis kenderaan untuk pemilik-pemilik kenderaan persendirian seluruh Malaysia oleh Carama Castrol sempena balik kampung raya 2016. Buat tempahan untuk servis kereta anda dengan baucer yang disediakan, dan nikmati secara percuma oil filter dan juga 10 pemeriksaan percuma untuk kenderaan anda.

Apabila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri, pastinya ramai antara kita akan ambil peluang untuk pulang ke kampung halaman. Dan kebanyakan daripada kita akan menggunakan kenderaan untuk perjalanan yang jauh. Nak tak nak, kena pastikan kenderaan berada di dalam keadaan memuaskan, tip top .. agar perjalanan pulang ke kampung menjadi lancar tanpa sebarang masalah terhadap kenderaan.

Car Service Carama Promotion Ramadhan 2016

Carama Castrol menerusi promosi Safe Balik Kampung Promotion sedia memberikan servis kenderaan sempena Ramadhan dan Raya 2016 untuk semua pengguna kenderaan persendirian.

Bagaimana Nak Dapatkan Tawaran Promosi Ini?

Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tawaran promosi servis kenderaan Carama Promotion Ramadhan 2016 ini ialah dengan mendaftar atau membuat tempahan secara online menerusi laman web Carama. Kemudian masukkan kod baucer yang disediakan. Ada dua kod baucer yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan promosi ini, dibezakan dengan jenis minyak pelincir yang anda mahukan gunakan bagi kenderaan anda:
  • Ramadan150 - Penukaran minyak pelincir enjin semi-sintetik
  • Ramadan250 - Penukaran minyak pelincir enjin sintetik 
Kedua-dua kod baucer promosi ini termasuk atau merangkumi:
  1. Minyak pelincir enjin 40liter
  2. Upah pekerja
  3. 10 point pemeriksaan keselamatan kenderaan
  4. Penuras minyak percuma
Setiap tempahan online menggunakan baucer promosi yang disediakan akan dimaklumkan menerusi email dan SMS. Anda perlu tunjukkan butiran tempahan itu di lebih 500 bengkel servis kenderaan terlibat seluruh Malaysia. Boleh klik imej di bawah ini untuk mendapatkan senarai bengkel terlibat.
Car Service Carama Promotion Ramadhan 2016 sah untuk tempahan servis kereta bermula dari 1 Jun sehingga 31 Julai 2016. Semua servis yang ditempah perlu dilakukan dalam tempoh tersebut.

Untuk butiran dan tempahan servis kenderaan menerusi promosi ini, boleh klik pada pautan di bawah ini:

[+] Tempahan Online Car Service Carama Promotion Ramadhan 2016

Model Kenderaan

Oh ya, servis penukaran minyak pelincir kenderaan ini, hanya melibatkan model-model kenderaan berikut sahaja:
  • Semua model Proton
  • Semua model Perodua
  • Honda: ACCORD, CITY, CIVIC, CR-V, CR-Z, INSIGHT, JAZZ/FIT, ODYSSEY, STREAM
  • Hyundai: ACCENT, ATOS, ELANTRA/130, GETZ, I10, MATRIX, SONATA/I40, SANTAFE (Petrol only), TUCSON
  • Kia: CARNIVAL, CERATO,OPTIMA, PICANTO, RIO, SPECTRA, SPORTAGE
  • Nissan: ALMERA, FAIRLADY Z, GRAND LIVINA, LATIO, SENTRA, SERENA, SLYPHY, TEANA
  • Toyota: ALTIS 1.6/1.8, ALTIS 2.0, AVANZA, CAMRY, COROLLA, ESTIMA 2.4, HILUX, INNOVA, PRIUS, RUSH,VELLFIRE 2.4, VIOS, WISH 1.8, WISH 2.0.

Jangan lepaskan peluang untuk memastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sempena perayaan 2016 ini. Beringat sebelum kena, hindarkan kecelakaan dan elakkan sebarang musibah dan masalah ...

Moga bermanfaat.

1 comment... add one now

emalin mohd emalin mohd June 17, 2016
Tak semua jenis kereta rupanya ya.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.