Alhamdulillah, setelah saya sekeluarga berpeluang hadiri majlis preview untuk Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort sebelum puasa... kami ambil keputusan untuk merasai sendiri kemeriahan berbuka puasa di Bangi Golf Resort 2016. Saya sendiri telah menempah pada hari Khamis, hari keempat puasa dalam minggu pertama Ramadhan 2016.

Ini merupakan salah satu daripada program awal minggu pertama Ramadhan yang dirancang bersama keluarga di Kuala Lumpur. Kalau ada yang tidak tahu, emak, adik dan ipar saya semuanya berada di Kuala Lumpur; dan menjadi tradisi dan amalan dalam keluarga untuk berbuka bersama di dalam minggu pertama Ramadhan.

Buka Puasa Bangi Golf Resort 2016

Buka Puasa Bangi Golf Resort 2016
Buka Puasa Bangi Golf Resort 2016
Dengan menyewa perkhidmatan kereta sewa KLEzCar Rental di Putrajaya, saya telah bawa anak serta isteri berbuka puasa di Bangi Golf Resort yang letakknya kurang 20 minit dari Presint 8 tempat kami menumpang tidur.

Kami tiba agak lewat, kerana dewan berbuka puasa yang kami tempah untuk dua dewasa dan tiga kanak-kanak nampaknya sudah penuh dengan warga kota beragama Islam untuk berbuka puasa. Kalau tidak silap saya, kami sampai dalam jam 7:00 malam ... dan dewan berbuka puasa di Bangi Golf Resort telah hampir penuh semuanya.
Buka Puasa Bangi Golf Resort 2016
Untuk makluman, terdapat tiga dewan dan kawasan untuk orang ramai berbuka puasa ... yang semuanya dikelilingi oleh pelbagai juadah berbuka dihidangkan dalam bentuk buffet.

Dalam kelibat ramai orang tersebut, saya juga perasan ada beberapa orang bukan Islam turut memenuhi ruang. Mungkin mereka datang dari luar Malaysia untuk mencuba suasana berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Kalau tidak silap, mereka adalah pelancong dari Singapura ... dan saya juga perasan ada beberapa kumpulan kecil, mungkin warga korporat yang turut memenuhkan beberapa meja tetamu di dalam dewan.

Pelbagai Juadah, Tradisional, Western Malah Chinese Disediakan

Seperti diwarkan sebelum ini dalam preview Buffet Ramadhan BGR 2016, semua makanan dan hidangan tersedia dalam keadaan menyelerakan. Saya nampak ada stesen untuk menu istimewa Nasi Kerabu, Kambing Bakar, dan bahagian dessert yang hidangkan pelbagai kuih muih tradisional yang sedap-sedap. Tak lupa stesen ABC dan Cendol, selain pelbagai aneka air yang menyegarkan termasuk Air Tebu, Air Soya, Air Jagung dan beberapa lagi.

Ada juga juadah hidangan barat seperti Spageti disediakan.
Buka Puasa Bangi Golf Resort 2016
Buka Puasa Bangi Golf Resort 2016
Buka Puasa Bangi Golf Resort 2016
Buka Puasa Bangi Golf Resort 2016
Pengalaman buka puasa di Bangi Golf Resort 2016
Pengalaman buka puasa di Bangi Golf Resort 2016
Pengalaman buka puasa di Bangi Golf Resort 2016
Pengalaman buka puasa di Bangi Golf Resort 2016

Pembaziran Berlaku di Kalangan Tetamu

Tetapi, agak malang pada saya apabila melihat kelibat orang Islam yang berbuka puasa penuh dengan juadah di atas meja, yang akhirnya terbiar tidak berusik. Sedikit kecewa di situ ... kerana akhirnya makanan tersebut terpaksa dibuang begitu sahaja.

Malah, saya diberitahu .. boss BGR sendiri agak kurang senang dengan makanan yang kurang mendapat sambutan di atas meja. Pembaziran berlaku dengan sengaja.

Ini mungkin situasi biasa yang berlaku di mana-mana majlis Bufet Ramadhan yang ada. Tetapi, ia sepatutnya boleh dielakkan andai tetamu diperingatkan bahawa makanan tidak seharusnya dibazirkan begitu sahaja. Saya agak kecewa dengan mentaliti mereka yang mengambil makanan secara melulu dan mengikut nafsu, walhal ia boleh dielakkan.

Apapun, secara amnya kemeriahan berbuka puasa di Bangi Golf Resort memang nampak nyata. Semua orang enjoy dengan juadah yang disediakan, walaupun ada menu yang tidak begitu baik dari segi rasa dihidangkan .. hoho.

Teguran Untuk Buffet Ramadhan BGR 2016

Pengalaman buka puasa di Bangi Golf Resort 2016
Beberapa teguran ikhlas dan cadangan daripada saya, isteri dan anak-anak:
  1. Meja makan antara tetamu sepatutnya dijarakkan dalam keadaan selesa, bagi mengelakkan kesesakan dan mungkin kemalangan.
  2. Diletakkan tanda ingatan kepada tetamu agar tidak membazirkan makanan.
  3. Benarkan tetamu yang hadir untuk bawa makanan yang berlebihan di atas meja untuk elak pembaziran, tetapi di dalam kuantiti yang dibenarkan. Mungkin tetamu yang hanya bawa bekas sendiri sahaja boleh bawa lebihan makanan buffet yang diambil sahaja.
  4. Perbaiki keadaan tandas.
  5. Perbaiki keadaan surau ... kerana saya dan anak-anak merasakan keadaan surau agak menyedihkan dan kurang selesa untuk orang Islam menunaikan solat Maghrib.

Alhamdulillah ... tahun depan mungkin pihak BGR akan fikirkan cara lebih baik, dan ketemukan hidangan yang lebih sedap lagi dari tahun ini. Saya percaya sebagai sebuah resort yang diberikan sijil halal dalam penyediaan makanan dan dapur akan berusaha ke arah kebaikan .. khususnya menjadikan BGR sebagai salah satu pilihan berbuka puasa terbaik di Lembah Klang, in Sha Allah.

Terima kasih kepada pihak BGR yang sudi mempelawa saya dan keluarga ke majlis prebiu sebelum ini, dan terima kasih atas layanan yang diberikan semasa kami hadir berbuka puasa tempoh hari. BTW, Rendang Daging Taik Minyak BGR memang sedap ... :)

Kepada anda yang mungkin mahu membuat tempahan berbuka puasa dan merasai menu yang ada di Buffet Ramadhan BGR 2016, boleh hubungi rakan saya di bahagian pemasaran BGR:

  • Bangi Golf Resort Restaurant, 
  • No: 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor. 
  • GPS: 2.95716N,101.76518E 
  • www.bgrrest.com
  • Rohani : 03-82100265 atau 011-12558589 
  • Wani : 016-9645544 atau 016-2678284


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yup, salah satu perkara yg menyedihkan bila pergi buffet ialah pembaziran makanan tu. Bagus juga kalau dibenarkan tapau bawa balik suapya tak membazir

    BalasPadam
  2. Cara saya elak pembaziran, bukan tapau bawa balik tetapi ambil makanan untuk diri sendiri sahaja, ambil sikit untuk makan, bila sudah habis baru ambil yang lain. Ahli keluarga dan kawan-kawan yang turut serta kena faham perkara seperti ini, tidak perlu ambil banyak-banyak konon mahu share. Masing-masing ambil mengikut keperluan kan lebih mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak sukar bila mereka fikir makanan itu PERLU berbaloi dengan harga yang mereka bayar.

      Padam
    2. Begitulah resamnya Tuan Hasrul, tetapi Adi tidak bersetuju ambil bertimbun sebelum makan, rasa dulu, lepastu ulang la sampai puas (berbaloi la tu). Biasanya buffet sehingga pukul 10, ada masa hampir 3 jam untuk makan.

      Padam
  3. Wahhh.. bestnye dapat makan sedap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. bayar .. kenalah pastikan sedap .. huhuhu

      Padam
  4. Pernah Iftar kat sini tahun lepas kot. Memang crowded sangat mejanya sampai nak jalan pun susah. Part surau tu rasa sedih sangat. Ramai orang Iftar tapi keadaan surau tidak memuaskan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement