4 Adab Berinternet di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan atau bulan puasa, bulan yang penuh barakah untuk semua orang, tak kira usia, tak kira pangkat, tak kira kedudukan ... malah ia tidak mengira agama. Semua orang dapat merasai akan kelebihan yang ada di bulan penuh mulia untuk umat Islam ini. Allah S.W.T sediakan pelbagai ganjaran hebat untuk umatnya yang berpuasa sebulan Ramadan, dan menjaga kemuliaan bulan puasa itu sendiri.

Berbeza dengan bulan-bulan yang lain, Ramadhan mengajar manusia untuk bersabar menghadapi kesusahan dan cabaran hidup. Ia juga mengajar manusia untuk beramanah dalam memegang tanggungjawab dan memenuhi niat berpuasa di bulan Ramadan. Dan kerana Ramadan itu dikurniakan 1001 kelebihan, seharusnya pengisiaannya terpelihara dengan kebaikan, hatta sewaktu menggunakan internet.

4 Adab Berinternet di dalam Bulan Ramadhan

Adab Guna Internet Bulan Ramadan
Internet adalah satu medium informasi yang bahaya. Ia tidak tahu apa itu Ramadan. Dan ia tidak pernah anggap Ramadan itu istimewa. Maka, ia bergantung kepada pengguna untuk menggunakan internet itu dengan betul. Salah satu caranya ialah menerusi adab... haha .. makan pun ada adab, takkan guna internet di bulan Ramadan tak gunakan adab ye tak? Ia sekadar panduan supaya kita tidak langgar tembok dan mengaduh ... huhuhu

Jom lihat dan in Sha Allah praktikkan adab berinternet berikut. Mungkin bulan biasa main langgar je, tapi cubalah untuk bulan Ramadan ini, kita sebagai pengguna internet yang prihatin dan bertanggungjawab untuk ikuti dan patuhi.

Adab Bersosial Secara Online (Social Media)

  • Elak menulis sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain di laman sosial.
  • Elak berkongsi gambar tanpa caption yang betul, bagi mengelakkan orang salah tafsir dan menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan untuk bergossip, serta menimbulkan fitnah.
  • Fikir dulu sebelum Like atau Share sesuatu yang ada di laman sosial.
  • Komen yang positif, dan kalau rasa 'geram' .. diam sabar dan unfollow/unfriend terus. Elakkan diri dari membuat musuh atau mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.
  • Gunakan perkataan yang mudah difahami dan sedap didengar, bukan perkataan lucah, merendahkan keyakinan, berunsur bongkak takbur, negatif dan seumpamanya.

Adab Menulis Artikel Secara Online (Blogging/New Media)

  • Pastikan penulisan anda berfakta betul dan benar. Ada yang sanggup jaja cerita sensasi yang tidak tentu kebenarannya di bulan Ramadan semata untuk mendapatkan trafik.
  • Jika mahu berkongsi hadith, pastikan ia hadith sahih dan benar; kalau boleh letakkan sumber dan sanad hadith tersebut untuk elak kekeliruan.
  • Tulislah sesuatu yang positif dan boleh memberikan kebaikan di bulan Ramadan, bukan untuk pembaca sahaja, tetapi untuk diri anda sebagai penulis.
  • Gunakan perkataan yang baik, dan seringlah berpandulah agama sebagai panduan untuk menuturkan kata. 
  • Sediakan gambar yang sesuai dan tidak berunsur lucah untuk artikel yang ditulis. Kalau boleh biarlah yang patuh syariah 100 peratus. Berusaha sehingga boleh.

Adab Mencari Maklumat di Internet

  • Cari maklumat yang boleh berikan kebaikan dunia dan akhirat, dan manfaat dalam bulan Ramadan.
  • Elakkan mengunjungi laman web yang mencurigakan isi kandungannya, terutama yang terlalu banyak iklan keluar sebelum dapat membaca informasi yang dicari.
  • Gunakan fungsi Safe Search yang ada di pelayar internet anda untuk tapis segala kandungan yang tidak sesuai, terutama untuk kanak-kanak. Kalau nak mudah, boleh gunakan Salam Browser, pelayar internet patuh syariah yang boleh dimuat turun percuma di http://www.salambrowser.com
  • Taip dengan betul kata kunci maklumat yang ingin anda cari. Jika nak mencari mengenai jadual waktu, tulis dengan betul 'jadual waktu' .. bukan 'jadwal' ... bukan 'jdual wktu' .. sebab hasil yang akan diberikan adalah berbeza. 
  • Jika terbuka laman web yang ada gambar yang tidak menyenangkan, atau terbuka laman web lucah, judi dan berunsur maksiat, cepat-cepat tutup klik (x) atau dengan tekan alt-f4 pada keyboard pc.
  • Pastikan bahawa informasi dan maklumat yang anda cari itu benar dan sahih, kalau boleh biar dari beberapa sumber berbeza.

Adab Bervideo di Internet

  • Elakkan diri dari nampak tergedik-gedik semasa menampilkan diri dalam video.
  • Berpakaianlah dengan sebaik-baik pakaian yang telah disyariatkan dalam Islam, dan sesekali tidak menjolok mata.
  • Alert dengan teguran dan komen yang diberikan oleh orang lain.
  • Tuturlah dengan kata-kata yang baik, serta positif yang boleh berikan kebaikan kepada orang lain. Elakkan mencarut, memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.
  • Bersolek untuk nampak cantik dan indah, namun jangan sampai berlebihan.
  • Kawal intonasi supaya apa yang dilontarkan itu sedap didengar dan tidak menyakiti halwa telinga orang lain.
Begitulah 4 adab berinternet di bulan Ramadan yang mungkin boleh dijadikan panduan asas untuk semua. Mungkin kita tak boleh nak bendung segala info, maklumat, sumber, video, gambar, kata-kata yang tersebar menerusi internet. Apatah lagi laman web porno, lucah, berkaitan perjudian, pro-kelakuan-zina, adalah diluar kawalan dan sentiasa wujud .. tak kira bulan .. tak kira tahun.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna kita patut serah bulat-bulat internet ini digunakan tanpa pengawasan. Di bulan Ramadan ini, bolehlah cuba gunakan Salam Browser sebagai alternatif untuk memastikan internet digunakan dengan penuh adab yang betul, mengikut lunas agama Islam. Ia sudah siap untuk digunakan secara patuh syariah dan dengan adab berinternet untuk seorang Muslim. Hanya install, dan gunakan secara percuma - www.salambrowser.com



{ 17 comments.. read them below or add one }

yang baik yang baik June 07, 2016
Kita memang selalu perlu diingatkan mengenai adab... walaupun sudah besar kerana kita ini mudah lupa dan kadang-kadang mudah alpa.
Amanda Suria Amanda Suria June 07, 2016
Terima kasih HH diatas perkongsian di atas..sangat2 berguna..bukan untuk diri sendiri aje malah boleh forward kepada anak2
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar June 07, 2016
terima kasih atas perkongsian ini sifu..betul apa yang dikongsikan tu. kadang, ada blogger yang hanya melihat pada trafik walaupun cerita yang dia kongsikan tu tak betul. hmm
Custom MY Custom MY June 07, 2016
Setuju tuan! Masa bulan puasa ni, bukan kira siang je. Malam pun kene jaga adab berinternet. Ramadhan sebulan, siang dan malam. Jangan lepas berbuka je, abis dilanggarnye..hihihi
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad June 08, 2016
semoga kita boleh jaga adab2 tu.
farenova farenova June 09, 2016
Reminder yang sangat baik. Tq sifu
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit June 09, 2016
Perkongsian yang bagus. Nak jaga pahala puasa kan. Terima kasih panduan ini bro HH.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah June 09, 2016
Panduan yang bagus di bulan puasa.
Nur Fannun Nur Fannun June 10, 2016
kalau pakai salam browser, senang nak jaga mata masa bulan puasa ni.
emalin mohd emalin mohd June 10, 2016
Patuhi syariah. Itu peringatan yang sangat baik dan browser yang dinyatakan pun boleh membantu kita semua menjaga adab
Abdullah Idris Abdullah Idris June 11, 2016
Apa yang dapat saya rumuskan dengan 4 adab di atas ialah pokok pangkalnya kitalah yang menentukan bagaimana cara kita menggunakan internet terutamanya di bulan Ramadhan.

Sebaiknya, 11 bulan sebelum masuk nya bulan Ramadhan kita perlulah persiapkan diri kita untuk mencari pahala sebanyak2nya di dalam bulan Ramadhan.
kak gojes kak gojes June 12, 2016
tq dgn peringatan ini HH..
Afif Rayyan Afif Rayyan June 13, 2016
Pperkongsian yang amat bagus sekali.. satu inovasi terbaik dari salam browser
onlajer onlajer June 13, 2016
Terima kasih untuk artikel peringatan ini tuan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.