30 Jun 2016

The Gift of Living - Sebuah Iklan Zakat MUIS Singapore

The Gift of Living, sebuah iklan mengenai Zakat dari MUIS Singapore. Saya tidak pernah tengok apa-apa iklan TV dari Singapore. Rumah saya tak ada Astro, rumah saya tak ada iPTV .. tapi ntah macam mana, saya boleh terjumpa iklan mengenai zakat ini terbitan Islamic Religious Council of Singapore di YouTube.

Sebuah iklan mengenai kepentingan zakat yang bagus. Malah, ia menunjukkan bagaimana kita boleh memberi sesuatu kebaikan tanpa gunakan wang ringgit, asalkan kita melakukannya dengan ikhlas. Dengan keikhlasan, kita akan gembira dengan apa yang kita buat dalam kehidupan kita.

Zakat ialah mengenai keikhlasan memberi. Ia bukan satu paksaan walaupun Islam mewajibkan umatnya untuk menunaikan zakat, terutama sekali zakat fitrah di bulan Ramadhan. Kena ingat, zakat ada banyak jenis, anda mungkin boleh baca ni - Bayar Zakat Dah Dipermudah

The Gift of Living - Sebuah Iklan Zakat MUIS Singapore

The Gift of Living - Sebuah Iklan Zakat MUIS Singapore
What binds us as a community? We believe, it starts with strong family bonds and positive values that are passed down from generation to generation. Watch Hakim's journey as he learns about kindness and giving. #givers.

Video Iklan The Gift of Living - Ikhlas dari MUIS Singapore

Meh tonton iklan The Gift of Living ini, dari MUIS Singapore.


Jom kita jadi seperti Amir ni .... in Sha Allah.



8 Julai 2016 Diumum Cuti Sempena Aidilfitri

Berita gembira untuk semua kakitangan awam. 8 Julai 2016 diumum sebagai cuti buat semua kakitangan awam, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H yang dijangka jatuh pada hari Rabu 6 Julai 2016. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) menerusi laman facebook beliau.

Berikut adalah surat rasmi berkaitan pengumuman cuti umum pada 8 Julai 2016 sempena Hari Raya Aidilfitri untuk semua kakitangan awam Malaysia.

8 Julai 2016 Diumum Cuti Sempena Aidilfitri

8 Julai 2016 Diumum Cuti Sempena Aidilfitri

Iklan Raya 2016 Daikin - Cubalah Tonton Tanpa Menangis

Iklan raya 2016 dari Daikin, uhh saya rasa inilah iklan yang paling jujur untuk raya 2016. Sebuah iklan raya yang melibatkan temuramah sebenar mereka yang menggunakan penghawa dingin Daikin. Menerusi iklan raya ini, Daikin membawa satu kumpulan untuk ditemuramah, bertanyakan mengenai sambutan hari raya buat mereka. Dan ... mereka diberikan peluang untuk meluahkan sesuatu kepada orang yang mereka sayang, tanpa sedari orang tersayang tersebut berada di satu bilik yang lain.

Iklan raya 2016 dari Daikin bukan satu iklan raya yang biasa. Ia satu iklan yang menghubungkan satu ikatan yang dulunya mungkin rapuh dan lekang. Mesej disampaikan menusuk ke jiwa, terutama sekali buat mereka yang sudah lama tidak bertemu keluarga, adik beradik yang tersayang. Ada saat yang dirindukan, ada perkara yang ingin dileraikan.

Iklan Raya 2016 Daikin - Cubalah Tonton Tanpa Menangis

Iklan Raya 2016 Daikin - Cubalah Tonton Tanpa Menangis
Meh tonton iklan raya 2016 terbaru dari Daikin ini, saya pasti ada di antara anda yang akan mengalirkan air mata .. kerana ia bukan sebuah iklan biasa, ia iklan yang tulus, ikhlas dari hati sebenar yang bukan dilakonkan.

Video Iklan Hari Raya 2016 Daikin Malaysia




11 Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya

Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya. Perkara yang paling ngeri di hari raya dan musim perayaan ialah terlibat dengan kemalangan jalanraya. Setiap tahun, ada sahaja berita yang tidak best berkaitan kemalangan semasa pulang berhari raya. Yang menyentap rasa ialah kemalangan maut yang melibatkan kehilangan nyawa. In Sha Allah, menerusi blog post ini ... saya nak kongsikan beberapa tips keselamatan jalanraya sebelum memandu.

Sebagai salah seorang bekas penyelidik yang ada kaitan dengan keselamatan jalanraya; saya sering melihat statistik serta gambar berkaitan kemalangan jalanraya yang menyanyat hati. Malah, diri saya sendiri pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya yang hampir meragut kesemua anggota keluarga termasuk ibu saya sendiri. Jika anda seorang pembaca tegar blog ini, tentu sudah mengetahui akan kesah ini yang berlaku ketika isteri saya mengandungkan anak sulong kami.
Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya
Sejak dari itu, saya agak skeptikal dengan keselamatan sebelum pemanduan. Adalah sangat penting kita memastikan diri dan juga kenderaan berada di dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Meh baca 11 tips berkaitan keselamatan sebelum memandu kenderaan, terutama ketika musim perayaan seperti hari raya.

11 Tips Keselamatan Sebelum Memandu Pulang Berhari Raya

Periksa Kenderaan Anda Sebelum Memulakan Perjalanan

Rancang Perjalanan Anda

Adalah penting untuk merancang laluan dan jalan yang perlu diikuti sebelum memulakan perjalanan. Anda dinasihatkan untuk fikirkan lokasi berhenti rehat jika perlu (rehat dan rawat). Sebagai tips tambahan, ambil masa untuk berehat selepas memandu selama 2 jam. Carilah kawasan rehat dan rawat yang selesa untuk anda beristirehat. Dengan merancang perjalanan, anda tidak akan teragak-agak sekaligus menjimatkan masa perjalanan anda, selain memastikan bahawa anda tiba ke lokasi dalam keadaan selamat. Gunakan peta jika perlu.

Dapatkan Rehat Secukupnya

Cuba elakkan memandu kenderaan pada lewat malam atau awal pagi kerana waktu tersebut merupakan waktu untuk merehatkan tubuh (waktu tidur). Memandu selepas makan terlalu kenyang, atau selepas bekerja boleh menyebabkan anda cepat merasa letih dan mengantuk. Jika mahu merancang perjalanan lewat malam atau awal pagi, pastikan tubuh sudah mendapat rehat secukupnya - tidur dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Elak Ambil Minuman atau Ubat Boleh Beri Kesan Mengantuk

Cuba elakkan dari mengambil minuman serta ubat-ubatan yang boleh memberikan kesan mengantuk sebelum memandu. Makanan yang terlalu berlemak serta minuman yang terlalu manis dipercayai akan membuatkan diri anda mudah terasa mengantuk dan letih.

Hindarkan Perasaan Negatif

Jangan memandu dalam keadaan marah
Jangan sesekali anda memandu dalam keadaan emosi yang tidak menentu, terutama perasaan negatif seperti dalam marah, dalam kekecewaan dan sebagainya. Nasihat saya, tenangkan diri anda sebelum memandu dengan mengambil wudhuk atau melakukan sholat. Seandainya anda memandu dalam perasaan negatif, anda berkemungkinan besar akan memandu dengan cara melulu, melanggar peraturan jalanraya dan memandu dengan laju. Anda bukan sekadar membahayakan diri dan keluarga, tetapi juga pemandu yang lain.

Periksa Kenderaan Sebelum Memulakan Perjalanan

Aspek yang penting agar perjalanan anda lancar. Periksalah kenderaan anda untuk perkara berikut - minyak pelincir (minyak hitam), air bateri, angin tayar kenderaan, air radiator, tali kipas (radiator dan aircond). Pastikan juga semua lampu isyarat termasuk lampu brek dan lampu kecemasan menyala dengan baik. Brek kenderaan juga mesti diperiksa supaya berfungsi dan berkeadaan baik. Jangan dilupa untuk lihat pengelap cermin kenderaan anda. Anda tentu tidak mahu bermasalah memandu dalam hujan.

Tempat Duduk Pemandu

Pastikan tempat duduk pemandu dalam keadaan di mana anda boleh melihat dengan jelas pemanduan anda.

Cermin Pandang Belakang serta Sisi

Pastikan kesemua cermin kenderaan, terutama cermin pandang belakang, serta sisi berada di dalam keadaan baik. Bersihkan ia, dan elakkan ia berkabus.

First Aid Kit dan Pemadam Api

Ramai pemandu dan pemilik kenderaan tidak menyediakan alat bantuan kecemasan ini. Malah, saya pasti tidak ramai yang meletakkan alat pemadam api mini di kenderaan masing-masing. Ia mungkin tidak akan digunakan, tetapi elok dari bersedia daripada kalut andai berlaku kejadian tidak diingini. Saya sendiri menyediakan first-aid-kit dan alat pemadam api untuk kenderaan yang boleh anda beli di pasaraya dan kedai seperti DIY. Harganya pula dari serendah RM10 - RM200 satu set lengkap.

Tayar Gantian

Tayar gantian adalah sama penting dengan tayar yang sedang digunakan oleh kenderaan anda. Kena pastikan tekanan angin yang mencukupi, dan bunga tayar dalam keadaan elok. Ada di antara kita yang pernah menggunakan tayar gantian sebelum ini, tetapi terlupa untuk menukarkannya dengan tayar yang baik. Ini antara banyak kesilapan pemandu yang suka ambil mudah mengenai keselamatan kenderaan.

Minyak/Petrol Kenderaan

Pastikan minyak kenderaan mencukupi
Pastikan kenderaan sudah terisi dengan minyak atau petrol yang mencukupi untuk perjalanan anda. Jangan sesekali anda assume bahawa ia mencukupi. Anda tentu tidak mahu terkandas dalam perjalanan semata-mata kerana kenderaan anda kehabisan minyak.

Servis Kenderaan

Mahu pastikan kenderaan dalam keadaan tip top, diperiksa oleh mereka yang bertauliah .. maka pastikan kenderaan anda diservis dengan baik terlebih dahulu. Jangan tangguh-tangguh untuk servis kenderaan anda secara berjadual, mungkin anda akan selamat dalam perjalanan .. tetapi sanggupkah anda berhabisan ribuan ringgit seandainya kenderaan anda rosak di tengah jalan terutama semasa musim perayaan ini? Servislah kenderaan anda di pusat servis berdekatan.

[Baca] Promosi Servis Kenderaan oleh Carama

Begitulah tips keselamatan memandu di hari raya yang ingin saya kongsikan.  Malah, tips ini perlu anda ikuti sepanjang masa seandainya mahu memandu untuk perjalanan jauh. Jangan abaikan kerana keselamatan dan nyawa bukanlah sesuatu yang murah. Sekali terkena ... uhh ...

Beringat sebelum terpaksa melalui masalah yang boleh anda elak.


Peluang Pendapatan Sampingan Dengan UBER

Peluang Pendapatan Sampingan Bersama UBER di Hari Raya ini. Peluang buat duit semasa raya ini terbuka sangat luas buat pemandu-pemnadu Uber. Tentu ramai pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan Uber dan juga Grabcar semasa cuti perayaan yang agak panjang bagi setengah orang. Kerana apa? Kerana kemungkinan ramai pemandu teksi (khususnya) yang akan bercuti berhari raya.

Pemandu-pemandu Uber di Johor, Kuala Lumpur dan Penang pasti tidak melepaskan peluang meraih pendapatan sampingan yang lumayan. Dan paling best, ada tawaran dan bonus istimewa disediakan untuk mereka, termasuklah mereka yang menggunakan UberDost, iaitu salah satu cara menjana income dari Uber tanpa perlu membawa kereta atau menjadi pemandu Uber. Nak tahu? Baca ni - Rahsia Uber.

Peluang Pendapatan Sampingan Dengan UBER

Peluang Pendapatan Sampingan Bersama UBER
Saya pasti ramai yang tidak tahu Rahsia Uber ini. Anda mungkin sekadar tahu, untuk mendapat peluang jana pendapatan sampingan adalah dengan menjadi pemandu Uber, tetapi sebenarnya ada dua lagi cara untuk meraih pendapatan lumayan menerusi Uber. Saya ada cerita di post berikut - Bagaimana Buat Duit dari Uber Tanpa Bawa Kereta

Untuk menjadi pemandu Uber misalnya, anda memerlukan dokumen-dokumen berikut sebagai syarat untuk mula menjana income menerusi Uber:
  1. Kad Pengenalan
  2. Lesen Memandu yang sah
  3. Cover Note insuran kereta yang mahu didaftarkan di Uber

Jika berminat untuk menjadi pemandu Uber, sila isikan borang di bawah ini untuk Pradaftar sebagai pemandu Uber, in Sha Allah, anda akan dihubungi menerusi SMS sebaik sahaja mengisi borang yang disediakan. Malah, anda akan diberikan lokasi tempat dan masa untuk pendaftaran penuh dan pengesahan sebagai pemandu Uber. (*Sila berikan masa selama 48 jam untuk menerima SMS dari Uber)

Borang Pradaftar Sebagai Pemandu Uber Malaysia



Isikan butiran di atas dengan sempurna, jika tidak .. anda akan terlepas peluang ini kerana anda boleh berjimat sebanyak RM25 untuk proses pemeriksaan latar belakang yang kini ditawarkan percuma sehingga 18 Julai 2016. Amacam? Peluang terbaik untuk dapatkan sedikit pendapatan sampingan bersama Uber di Hari Raya ini.

Jika borang di atas tidak dipaparkan, anda boleh isi (alternatif) borang tersebut menerusi pautan ini - [+] Borang Pradaftar Pemandu Uber

Jika anda merasakan anda sukar untuk dapat income sampingan sebagai pemandu Uber, boleh ketahui kaedah lain dengan mendapatkan panduan buat duit Uber tanpa bawa kereta menerusi pautan ini - [+] Rahsia Uber

Semoga anda berjaya.

Himpunan Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Himpunan Doa Murah Rezeki Dari Al Quran. Rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T. Selepas berusaha dengan sebaik-baiknya, seorang Muslim digalakkan untuk berdoa kepada Allah S.W.Y agar dipermudahkan urusan dan dikurniakan rezeki yang baik secara berterusan. Allah itu Maha Adil, in Sha Allah setiap kerja dan urusan dengan niat kerana Allah S.W.T pasti akan menerima ganjarannya.

Di bulan Ramadhan ini, memang elok sangat dipraktikan himpunan doa murah rezeki ini. Janji Allah S.W.T, terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang akan dimakbulkan segala doa, maka berdoalah untuk kebaikan, dunia dan akhirat. Doa adalah senjata umat Islam, menerusi doa ... Allah S.W.T akan bantu samada secara terus mahupun sebaliknya.

Himpunan Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Doa-doa untuk murah rezeki
Ali Imran Ayat ke 27
Ayat 36 Surah Saba' - Doa murah rezeki
Saba' Ayat ke 39
Al Maidah ayat 114 doa murah rezeki
Al Qasas Ayat ke 24
Doa rezeki dari Surah Ibrahim ayat ke 37
Doa surah Al Baqarah 126 untuk murah rezeki
Dan doa yang paling dan sering dituturkan untuk murah rezeki pastilah Ayat Seribu Dinar di bawah ini. Pastikan ayat ini dibaca dengan betul, kerana terdapat ayat yang tidak berapa jelas. Sila rujuk pada Al Quran sebelum amalkan setiap hari, khusus untuk mereka yang berniaga.
Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Doa bukan sekadar memohon, tetapi juga perlu disertai dengan perbuatan. In Sha Allah, dengan adanya himpunan doa murah rezeki ini akan dapat dijadikan sebagai penyelesaian kepada kesempitan rezeki yang diterima. Untuk info dan tips bagi membolehkan mendapat rezeki yang terus menerus dan diberkati, boleh muat turun tips dan panduan dari ebook berikut - http://bit.do/formularezeki
Himpunan Doa Murah Rezeki Dari Al Quran

Terima kasih kepada imuslimmag.com yang berkongsi himpunan doa-doa murah rezeki ini.

Semoga bermanfaat buat semua. Kongsikan kepada rakan yang lain, in Sha Allah .. kita beramal dengan perkongsian ini.

29 Jun 2016

Kontest Blogger - Percuma Microsoft Wise Pad W7 dari Involve Asia dan Lazada

Kontest Blogger - Percuma Microsoft Wise Pad W7 Dari Involve Asia dan Lazada. Peluang terbuka untuk rakan blogger yang mahu dapatkan Microsoft Wise Pad W7 percuma dari Lazada Malaysia. Yeap, tak tipu ... jika anda ada blog, anda boleh mencuba kontest yang sedang dianjurkan oleh pihak Involve Asia dan Lazada untuk menang sebuah daripada 5 buah Microsoft Wise Pad W7. Malah, hadiah RM50 turut disediakan. Ini bermakna, ada 10 hadiah menarik yang akan diberikan kepada pemenang bertuah di kalangan blogger Malaysia.

Kontest untuk blogger Malaysia ini berlangsung dari 21 Jun sehingga 11 Julai 2016. Apa yang perlu anda buat ialah dengan menulis dan menerbitkan sebuah entri dengan topik berikut - 5 Perkara Saya Boleh Lakukan Dengan Microsoft Wise Pad W7. Anda boleh tulis artikel atau entri kontest ini samada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris mahupun Mandarin. Ia mesti dalam 300 patah perkataan.

Kontest Blogger - Percuma Microsoft Wise Pad W7 Dari Involve Asia dan Lazada

Butiran lanjut mengenai kontest ini adalah seperti tertera di bawah ini.

Kontest Involve Asia Lazada 2016
Oh ya, antara syarat penting untuk sertai kontest ini dan menang percuma Microsoft Wise Pad W7 ini ialah, anda perlu memasukkan tracking link Involve Asia untuk produk ini di dalam entri berkenaan. Jadinya, anda perlu mendaftar secara percuma affiliate Involve Asia terlebih dahulu. Link tracking tersebut boleh anda ambil menerusi dashboard Involve Asia.

Perlu Mendaftar Percuma dengan Affiliate Involve Asia

Untuk daftar dengan Involve Asia, anda boleh isi borang percuma yang disediakan menerusi link berikut - [+] Daftar Affiliate Percuma Involve Asia

Jika anda hadapi masalah untuk daftar percuma, boleh baca artikel yang telah saya sediakan untuk rakan-rakan blogger di sini - [+] Cara Daftar Involve Asia @ ShopStylers

Jom sertai, mana tahu boleh menang seperti mana saya menang tempoh hari .. dapat baucer bernilai RM50 kalau tak silap ... terus gunakan untuk shopping di Lazada Malaysia.

Cara Hantar URL Penyertaan

Entri yang telah siap dengan tajuk berkaitan perlu dihantar menerusi email ke alamat berikut - campaigns@involve.asia. Anda akan terima satu email pengesahan penyertaan anda, dan jika terdapat sebarang keperluan untuk ubah entri anda (terutama link ke pautan produk di Lazada), pihak Involve Asia akan hubungi anda segera.

Semoga berjaya.

#Sarikatahati - Iklan Raya Maxis 2016 Untuk Mereka Yang Taksub Dengan Teknologi

#Sarikatahati - Iklan Raya Maxis 2016 Untuk Mereka Yang Taksub Dengan Teknologi. Itulah yang terlintas di fikiran saya apabila mahu kongsikan iklan terbaru raya 2016 daripada Maxis ini. Kalau ikutkan apa yang diterbitkan Maxis di laman YouTube, #sarikatahati bukanlah satu iklan raya Aidil Fitri 2016, tetapi ia lebih daripada sekadar itu.

Dewasa ini, kita melihat teknologi telah mengambil hampir separuh kehidupan kita, samada sebagai anak, cucu, ayah, ibu ... Teknologi telah mengambil peranan yang selama ini dimiliki oleh insan, dek kerana ada di antara kita yang taksub dengan teknologi; saya juga secara jujurnya mengakui perkara ini.

Kita tidak lagi bergelak ketawa bersama isteri dan anak-anak, tetapi menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook Messenger. Kita tidak lagi berkongsi cerita sesama keluarga, tetapi lebih suka melihat cerita dan filem bersendirian di laman YouTube dan laman web video dan filem. Kita tidak lagi berkomunikasi dengan orang terdekat di sekeliling kita, tetapi suka bersembang borak dengan rakan-rakan FB yang tidak pernah bersua-muka.

Inilah kehidupan kita sekarang, sehingga ada yang terabai.

#Sarikatahati - Iklan Raya Maxis 2016 Untuk Mereka Yang Taksub Dengan Teknologi

#sarikatahati - bukan iklan raya 2016 daripada Maxis

Menerusi iklan raya Maxis - #sarikatahati .. ia menunjukkan sudut lain teknologi yang boleh menterjemahkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah saya katakan. Jadikan teknologi itu pengerat hubungan, dan bukan yang memisahkan. Teknologi itu dicipta untuk kebaikan, tetapi apabila kita terlalu taksub dengannya, ia boleh memberikan efek yang tidak baik untuk kita semua.

Ibu dan ayah selalu bertanya tentang telefon mereka – “Apa benda WhatsApp ni?”, “Saya kena pergi ke app store – jauh ke?”

Teknologi memudahkan kita untuk berhubung dengan mereka yang tersayang. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ketinggalan. Bila mereka asyik bertanya tentang itu dan ini, adakah mereka betul-betul bertanya tentang teknologi? Atau adakah udang di sebalik skrin? 

Nah .. saksikan video #sarikatahati, sebuah iklan hari raya daripada Maxis. Moga ada manfaat dan kebaikan dengan menonton iklan raya ini.


OP Selamat 9 PDRM Aidilfitri 2016

OP Selamat 9 PDRM Aidilfitri 2016. Setiap tahun, setiap musim perayaan .. pihak berkuasa terutama PDRM akan lancarkan operasi besar-besaran untuk memantau pergerakan pengguna jalanraya semasa pulang ke kampung. Untuk raya Aidilfitri 2016, pihak polis telah melancarkan OP Selamat 9 Aidilfitri 2016 bermula pada 30 Jun sehingga 13 Julai 2016.

OP Selamat 9 bukan sekadar operasi memantau pengguna jalanraya di Aidilfitri tetapi turut menekankan keselamatan di kediaman. Dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi, pihak PDRM berharap dapat menurunkan kadar jenayah pecah rumah sepanjang cuti panjang musim perayaan.

OP Selamat 9 PDRM Aidilfitri 2016

Saya memetik makluman yang dimuat naik di laman Facebook PDRM:

Pelancaran OP Selamat 9 PDRM Aidilfitri 2016
Utamakan aspek keselamatan dan jangan mementingkan diri ketika kesesakan lalu lintas tegas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani ketika merasmikan OP Selamat Sembilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam di sini hari ini.

Beliau dalam sesi sidang media berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus komited memberi kesedaran serta memupuk nilai-nilai murni kepada pengguna jalan raya termasuk Op Perangkap Had Laju di kawasan yang seringkali berlaku kemalangan jalan-raya agar keselamatan pemandu dapat diberi keutamaan.

OP Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri Sembilan akan mula berkuatkuasa esok dan berakhir pada 13 Julai depan. Dengan mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’, PDRM turut memberi tumpuan kepada penurunan kadar jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan nanti.

“Maklum kepada pihak polis melalui Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh diperolehi di balai polis berdekatan, Portal Rasmi PDRM atau Sistem SMS Rakan COP”, tambah Pengarah JPJKK lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Dato’ Mahamad Akhir Darus, Pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi, Warga UiTM dan rakan media.

 Buat rakan-rakan pembaca, saya harap berhati-hatilah di jalanraya di Hari Raya Aidilfitri ini, dan waspadalah terhadap keselamatan kediaman rumah anda. Pastikan tiada barangan bernilai ditinggalkan atau sebaiknya simpan di tempat yang selamat.

Tips Selamat Kediaman di Musim Cuti Perayaan

Sedikit tips untuk keselamatan rumah kediaman ketika musim perayaan:
  • Jika ada jiran tidak pulang ke kampung, maklumkan kepada mereka tempoh anda tiada di rumah.
  • Maklumkan kepada pihak polis menerusi balai bolis terdekat. Isi borang makluman yang disediakan.
  • Kunci rumah anda dengan kunci baru atau asingkan kunci mangga pagar dan rumah menggunakan kunci-kunci berlainan.
  • Pasangkan sistem lampu automatik yang beroperasi mengikut tempoh yang anda tetapkan.
  • Pasang CCTV atau setidaknya dummy CCTV yang boleh anda beli di kedai peralatan seperti DIY.

Semoga raya anda akan ceria dan tidak ada sebarang kecelakaan menimpa. Beringat sebelum kena, dah kena ... nanti sengsara.

Lelaki Pedofilia Minta Hantar Gambar Kemaluan Menerusi FB Mesengger

Menjadi-jadi pula isu ini. Sejak beberapa minggu lalu, banyak kisah dan cerita mengenai gangguan seksual kepada kanak-kanak didedahkan. Saya sendiri naik risau dan takut dibuatnya. Uhh .. nasib baiklah saya tak benarkan anak-anak saya gunakan laman sosial ni, dan kalau ada pun cuma anak sulong saya yang kena buat untuk promosi laman YouTube miliknya.

Terbaru, ada kes melibatkan seorang lelaki dipercayai Pedofilia yang meminta gambar kemaluan seorang budak lelaki yang baru berusia 10 tahun. Kalau baca setiap perbualan antara lelaki itu .. uhh loya kau .... sib baik la budak lelaki ni tak pandai nak balas. Serius saya jadi seram bila baca mesej-mesej yang telah dimuat naik oleh ibu budak lelaki tu ke laman Facebook.

Lelaki Pedofilia Minta Hantar Gambar Kemaluan Menerusi FB Mesengger

Screenshot lelaki pedofilia fb messengger budak lelaki 10 tahun
Dan saya difahamkan satu laporan polis telahpun dibuat, dan kisah ini telahpun dimuat naik di laman Berita Harian Online. Berikut adalah laporan yang dimuatkan di Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my/node/169641) :

Seorang ibu terkejut apabila anak lelakinya yang berusia 10 tahun menjadi mangsa gangguan seksual oleh pedofilia melalui aplikasi Messenger Facebook ketika berada di rumah di sini, baru-baru ini.

Nurulainey Ab Halim, 29, berkata dia menyedari perkara itu apabila anak sulungnya itu bertanya mengenai permintaan tidak senonoh lelaki terbabit yang membahasakan diri sebagai abang. "Lelaki itu meminta anak saya menghantar gambar kemaluannya melalui aplikasi itu, selain kerap bertanya banyak soalan yang tidak senonoh ketika mereka berbual melalui aplikasi berkenaan.

"Mujur anak saya bertanya kepada saya mengenai tindakan lelaki itu, selain telefon digunakannya mengalami masalah untuk mengambil gambar. Jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan dilakukan lelaki itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, dia cuba menghubungi lelaki itu melalui aplikasi panggilan FB, namun tidak dijawab sebelum menghantar mesej memarahinya. Nurulainey kemudian memuat naik paparan skrin perbualan antara lelaki itu dan anaknya di FB sebelum ia menjadi viral dengan harapan menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya sentiasa memeriksa aktiviti anak masing-masing di laman sosial.

Berikut adalah beberapa screenshot yang dimuat naik oleh Puan Nurulainey memaparkan perbualan FB Chat atau Facebook Messenger antara lelaki tersebut dengan anak lelakinya berusia 10 tahun
Erkkk .. tengok pada screenshot perbualan tu .. gila ahh. Takut saya dibuatnya walaupun saya seorang ayah yang berjiwa kental. Sudah melampau. Memang patut laporan polis dibuat oleh ibu mangsa.

Saya harap ibu bapa berhati-hatilah, dan jenguk sesekali apa yang anak anda buat, samada di tablet, di komputer, di laptop, mahupun di telefon pintar. Paling molek, jangan beri akses anak-anak kepada aplikasi aplikasi seperti FB Mesengger, FB Chat, WhatsApp dan seumpamanya.

[Baca] 6 Cadangan Untuk Elak Kanak-Kanak Lihat Iklan Tak Senonoh di Internet

Sekarang, banyak telefon pintar bajet yang ada fungi fingerprint scan untuk lebih keselamatan dan hadkan akses perisian dalam telefon, seperti ditawarkan oleh ZTE Blade V7 Lite yang saya promote baru-baru ni. Dengan guna cara tu, anda boleh benarkan anak guna telefon pintar tapi pada masa sama, hadkan akses aplikasi yang boleh mudaratkan mereka.

Bagaimana Anda Isi Perut Di Bulan Ramadhan?

Bagaimana Anda Isi Perut Di Bulan Ramadhan? Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Bagaimana Anda Isi Perut Di Bulan Ramadhan?

Bagaimana Anda Isi Perut Di Bulan Ramadhan?

Erti dan Maksud 12 Bulan Hijrah

Puasa hari ini? Alhamdulillah. Ramai yang sebelum ini sukar nak berpuasa, dah pun berjaya melengkapkan ibadah wajib ini sebagai seorang yang beragama Islam. Paling menggembirakan, ada rakan yang bukan beragama Islam yang turut 'berpuasa' untuk hormati rakan mereka. Kata mereka, tak tergamak nak makan dan minum di hadapan kawan-kawan yang beragama Islam. Mereka pun tahu erti bulan Ramadhan, dan menghormatinya.

Ramadhan merupakan salah satu daripada bulan dalam kalendar tahun Hijrah. Ia bulan penuh keberkatan dan diberikan keistimewaaan oleh Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Ramadhan adalah bulan kesembilan, bermaksud 'Sangat Panas'. Yang kemudian diikuti Syawal yang bermaksud 'Kebahgiaan' atau 'Kegembiraan'.
Mengetahui maksud dan erti serta sejarah 12 bulan dalam Islam
Semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, tidak wujud kalendar bulan Islam secara sistematik. Ia cuma diperkenalkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Itupun selepas timbul masalah yang berbangkit berkaitan satu perutusan dari seorang gabenor kepada Saidinia Umar. Nak tahu lagi? Anda boleh baca sejarah bagaimana wujudnya kalendar Hijrah itu di sini - Sejarah Takwim Hijrah Kalendar Islaml.

Erti dan Maksud 12 Bulan Hijrah

Untuk pengisian Ramadan kali ini, saya tampilkan kembali entri ini - Apa Erti dan Maksud Bulan Islam. Ramai yang mungkin cetek pengetahuan mengenainya, sepertimana saya. Dan in Sha Allah, dengan perkongsian ini, moga dapat beri manfaat buat rakan pembaca semua.

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.

Bulan Hijrah Ilham Khalifah Umar

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah/Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ketahui bahawa setiap bulan Islam itu ada sejarahnya, ada kisah di sebaliknya.
  1. Muharam - Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan tersebut dilarang menumpahkan darah atau berperang.
  2. Safar - Ertinya kosong. Penamaan bulan ini disebabkan pada bulan ini, semua lelaki arab di zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga tempat asal mereka tiada orang lelaki.
  3. Rabiul Awal - Ertinya berasal dari perkataan Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki setelah meninggalkan rumah atau pergi merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah buat umat Islam.
  4. Rabiul Akhir - Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.
  5. Jamadil Awal - Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau.
  6. Jamadil Akhir - Ertinya musim kemarau yang berakhir.
  7. Rejab - Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dahulu sangat memuliakan bulan ini dan di antaranya ialah dilarang berperang di bulan Rejab.
  8. Sya'aban - Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok untuk mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam pada bulan ini adalah pertukaran kiblat umat Islam dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah).
  9. Ramadan - Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam Al-Quran. Satu bulan yang punyai pelbagai kelebihan dan keutamaan. Ia melambangkan kesucian dan amat penting bagi umat Islam.
  10. Syawal - Ertinya kebahagiaan. Iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan ibadah puasa dan zakat fitrah.
  11. Zulkaedah - Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan bulan istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmati istirehat di rumah di bulan ini.
  12. Zulhijjah - Ertinya menunaikan haji. Bulan ini merupakan bulan untuk menunaikan ibadah haji sejak dari Zaman Nabi Adam a.s.

Alhamdulillah, sekarang dah dapat sedikit ilmu mengenai erti dan maksud kesemua 12 bulan dalam tahun Hijrah. Moga dapat disampaikan kepada rakan Muslim yang lain, terutama sekali anak-anak kita agar mereka tahu mengenai sejarah peradaban Islam, dan paling penting perkara yang ada kait dalam kehidupan seorang Muslim sejati, in Sha Allah.

28 Jun 2016

6 Sebab Pinjaman Perumahan Ditolak

Cabaran untuk golongan belia dan muda memiliki rumah semakin mencabar. Lagi parah apabila ada golongan yang sudah berkeluarga juga masih gagal untuk mempunyai kediaman sendiri. Kalau ditanya pada mereka, rata-rata inginkan rumah sendiri yang selesa ... siapa yang tidak mahu rumah dan kediaman sendiri ye tak? Lain rasanya dengan tinggal menyewa di rumah yang bukan milik sendiri.

Antara cabaran yang getir untuk mereka memiliki rumah ialah permohonan untuk membuat pinjaman perumahan. Ramai yang takut dan risau andai permohonan untuk mendapatkan pinjaman gagal .. apabila perkara penting ini tidak diselesaikan, mana mungkin mereka boleh dan berupaya memiliki rumah sendiri. Harga rumah bukannya murah, berkali-kali ganda dengan harga sebuah kereta yang mudah susut nilai.

6 Sebab Pinjaman Perumahan Ditolak

Buat kakitangan kerajaan seperti isteri saya, ia bukan masalah untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Memang telah ada skim khas untuk mereka yang menjawat jawatan dalam sektor awam ini. Boleh dikatakan memang selesalah dan tidak rumit, asalkan gaji bersih selayak dengan nilai pinjaman perumahan yang dipohon.
Tips untuk lulus pinjaman perumahan bank
Tapi bagaimana dengan mereka yang bukan bekerja sebagai kakitangan kerajaan/awam? Alternatif, kebiasaanya mereka yang mahu memiliki rumah .. perlu bergantung kepada pihak bank dan institusi kewangan komersil untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Permohonan Pinjaman Perumahan Bukan Mudah Tetapi ...

Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan bukan mudah sebenarnya. Inilah antara sebab ramai yang takut-takut untuk membeli rumah apabila melihat harganya. Tetapi jangan risau, saya sebelum ini telah berkongsikan tips tertentu untuk meningkatkan lagi keyakinan dan keupayaan anda mendapatkan pinjaman perumahan.

Anda boleh baca di sini [+] Cara Kira DSR Untuk Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank

Pun begitu, saya sukacita nak berkongsi dengan anda tentang satu perkara penting sebelum anda berhasrat untuk membuat pinjaman perumahan bank. Saya mahu anda bersedia, dan tidak hampa apabila pertama kali membuat permohonan pinjaman ini.

Ikuti 6 Tips Ini Agar Proses Permohonan Pinjaman Perumahan Lancar

Untuk itu, saya ingin kongsikan 6 sebab yang memungkinkan permohonan pinjaman perumahan anda ditolak.

Dokumen Tidak Lengkap

Ini adalah antara sebab utama mengapa pihak bank menolak permohonan pinjaman perumahan anda. Antara dokumen penting dalam urusan permohonan pinjaman adalah slip gaji, penyata cukai pendapatan dan juga penyata bank. Penting bagi pemohon menyediakan dokumen yang lengkap bagi menyokong sumber pendapatan. Jumlah gaji tidak penting, tetapi bagaimana anda meyakinkan pihak bank mengenai sumber pendapatan anda itu.

Tidak Mengetahui Pengiraan atau Formula DSR

DSR atau Debt-Service-Ratio adalah penting untuk mengetahui keupayaan kredit anda. Sebelum anda membuat permohonan, kira dahulu berapa DSR anda atau dengan kata mudahnya, berapa pendapatan bersih anda dari pelbagai sumber.

Tiada Rekod Kredit

Rasanya ramai golongan belia yang baru bekerja tidak tahu mengenai pentingnya mempunyai rekod kredit untuk membuat pinjaman perumahan. Selalunya mereka yang baru bekerja, tiada sebarang rekod dalam CCRIS yang menjadi sumber utama bank untuk melihat keboleh-upayaan anda dalam menguruskan kredit pinjaman dan hutang.
Kenapa pinjaman perumahan ditolak bank
Disyorkan buat mereka yang baru bekerja untuk memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit yang digunakan dalam tempoh satu hingga dua tahun agar rekod boleh berada di dalam CCRIS.

Rekod Pendapatan Kurang 2 Tahun

Aha .. buat mereka yang bekerja seperti saya, blogger sepenuh masa, dan menjana pendapatan menerusi affiliate serta pelbagai sumber income internet ... pastikan anda mempunyai rekod yang lengkap, baik dalam tempoh dua tahun. Begitu juga buat mereka yang bekerja sebagai freelancer, bekerja sendiri dari rumah atau sebagai penggiat MLM. Pihak bank selalunya kurang yakin dengan kemampuan pendapatan anda, walaupun anda menunjukkan penyata bonus MLM anda yang beribu-ribu ringgit. Rekod pendapatan anda perlu sentias dikemaskini dalam tempoh dua tahun, dan nampak dalam aliran yang baik.

Terlalu Banyak Pinjaman

Bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman perumahan jika anda mempunyai komitmen tinggi yang lain. Anda dianggap berisiko tinggi. Sebagai contoh, jika anda telah mempunyai rumah sebanyak 4 buah, dan anda membuat permohonan pinjaman .. anda mungkin akan dianggap sebagai seorang pelabur, dan bukannya seseorang yang benar-benar mahukan rumah untuk kediaman. Ingat, polisi ketat pinjaman perumahan yang diperkenalkan oleh kerajaan menerusi Bank Negara agak ketat ... Sebagai ingatan, elakkan mempunyai pinjaman peribadi dengan nilai besar sebelum membuat permohonan pinjaman perumahan.

Dokumen Tidak Sah

Pastikan anda memberikan dokumen yang sah. Jangan sesekali melakukan penipuan atau memalsukan dokumen semata-mata untuk mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan. Anda mungkin terlepas tetapi percayalah, tindakan anda ini akan memakan diri satu hari nanti. Pinjaman tidak dapat dilunaskan, kena denda, dan kemudian rumah yang dibeli dilelong. Apa yang anda dapat akhirnya? Tiada apa-apa ... malah anda mungkin disenarai-hitam dari membuat sebarang permohonan pinjaman.

Jadi bagaimana dengan perkongsian ini berkaitan perkara-perkara dan sebab yang memungkinkan pinjaman perumahan ditolak. Harapnya dengan artikel dan tips ini akan dapat membantu anda dalam menguruskan kewangan dan memikirkan langkah-langkah untuk membeli seterusnya memiliki rumah sendiri.

Artikel ini telah disediakan dengan kerjasama dari pihak Mega3 Housing untuk memberikan pendidikan tentang pemilikan rumah sendiri. Untuk mendapatkan banyak lagi tips berkaitan cara memiliki rumah sendiri, boleh layari laman web mereka di pautan berikut - http://mega3.com.my/site2


Pakej Cuti Bajet OhTravel

Anda ingin pergi bercuti tapi harga pakej percutian sekarang terlalu mahal? Ataupun mungkin terlalu banyak agensi pelancongan sampai tak tahu mana satu untuk anda pilih? Jangan risau... kali ini saya berbesa hati ingin berkongsi dengan anda tentang Pakej Cuti Bajet yang ditawarkan oleh OhTravel. Saya pasti buat mereka yang suka melancong dan bercuti akan teruja dengan perkongsian saya ini.

Untuk info, OhTravel adalah sebuah laman web yang menawarkan pelbagai pakej percutian murah dan dikendalikan oleh sebuah agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Rezgen Travel & Tours Sdn Bhd. Ini bermakna, ia mempunyai reputasi yang baik sebagai sebuah agensi yang menguruskan pakej percutian.

Pakej Cuti Bajet OhTravel

Pakej Cuti Bajet
Ada banyak pakej cuti bajet yang disediakan oleh OhTravel ini. Tidak kira apapun tujuan percutian anda sama ada untuk percutian keluarga, percutian syarikat mahupun untuk berbulan madu, OhTravel ada menyediakan pelbagai pilihan yang bersesuaian dengan bajet anda.

Jadi siapa kata yang anda perlu berbelanja mahal hanya untuk pergi bercuti dan melancong ke destinasi pilihan? Kini OhTravel muncul sebagai satu alternatif baru yang semakin popular di kalangan pengguna maya. Anda pasti suka melihat harga pakej cuti bajet yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Pakej Percutian Bajet Dalam Negara

Antaranya Pakej Percutian Bajet untuk berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang yang boleh anda dapatkan dengan harga serendah RM489 seorang. Manakala bagi anda yang berminat untuk pergi bercuti ke lokasi percutian lebih eksotik seperti Pulau Langkawi, Pulau Perhentian ..  atau mungkin ke taman tema seperti Legoland, pihak OhTravel ada menyediakan pakej yang cukup selesa dengan bajet anda, samada persendirian, bersama keluarga mahupun berkumpulan besar.
Pakej Cuti Bulan Madu
Pakej Cuti Bajet ke Pulau Langkawi

Pakej Percutian Bajet ke Luar Negara

Tidak sekadar terhad untuk percutian menarik di dalam negara, OhTravel juga menyediakan pakej percutian serba mampu untuk ke luar negara. Saya pasti, ramai di antara anda yang ingin merasai pengalaman bercuti di negara orang seperti Bali, Krabi, Lombok, Ho Chi Minh, Beijing dan banyak lagi. Bak kata pepatah .. jauh perjalanan, luas pemandangan, nak-nak lagi pengalaman berada di tempat asing.
Pakej Cuti Bajet Vietnam

Kelebihan Pakej Percutian OhTravel

Jadi apa kelebihan OhTravel berbanding agensi pelancongan yang lain? Pertamanya, sudah tentu harga yang ditawarkan adalah antara yang termurah dalam pasaran. Anda tak percaya? Bandingkan harga yang mereka tawarkan dengan pakej percutian dari agensi pelancongan yang lain.
Pakej Cuti Bajet Bali
Selain itu, Pakej Cuti Bajet mereka juga lengkap dengan makanan halal yang khusus untuk anda yang beragama Islam. Anda juga tidak perlu bimbang dan merasa risau kerana pakej percutian yang ditawarkan oleh OhTravel dipilih sendiri dari agensi pelancongan yang diyakini mampu menyediakan perkhidmatan yang memuaskan dan berbaloi untuk anda.

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Rancang percutian anda dan dapatkan Pakej Cuti Bajet yang sesuai untuk anda. Sekali sekala, memang seronok dapat meluangkanlah masa bercuti bersama yang tersayang, kan? Cuti sekolah pun makin hampir dan inilah peluang anda untuk berehat bersama mereka yang tersayang.

Jom ramai-ramai kita bercuti dengan OhTravel. Anda pasti puas hati!

Untuk tempahan pakej, pertanyaan dan info:

Rezgen Travel & Tours Sdn Bhd
http://www.ohtravel.my
179-2, Jalan Lanchang, Taman Sri Bahtera,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03-91337576


Iklan Raya 2016 Kiut Dari Ecoworld

Iklan raya 2016 kali ini adalah dari Ecoworld, sebuah syarikat pemaju hartanah di Malaysia. Antara banyak iklan raya tahun ini, iklan raya #Syawal Dirai Keluarga Dihargai ini adalah yang paling cute buat saya. Mengapa tidak? Sebab adanya dua pelakon cilik yang petah berkata-kata, bercerita tentang nak pulang beraya di kampung 'baru' atok mereka.

Sebuah iklan raya 2016 yang cukup simple tetapi memberikan mesej bahawa walau kemajuan yang kita capai, ada perkara yang perlu dikenang dan dikekalkan untuk anak-anak dan cucu kita.

Iklan Raya 2016 Kiut Dari Ecoworld

Iklan Raya 2016 Kiut Dari Ecoworld
Paling best, ada antara gelagat yang dipaparkan dalam iklan ini merupakan realiti kehidupan ramai rakyat Malaysia apabila tiba masa nak balik beraya ke kampung halaman. Kadang ibu ayah yang terlebih excited daripada anak-anak .... huhuhu

Dengan tradisi membakar lemang, menghias rumah ... dan menyediakan rendang di dapur .. mari tonotn video iklan raya 2016 yang kiut ni dari Ecoworld. Semoga terhibur...

Encik Arif Bergaji RM2002 Beli Rumah RM270,000

Gaji kecil cuma RM2002, tetapi boleh beli rumah dengan harga tinggi sehingga RM270,000. Kalau ikut logik, memang susah nak beli rumah yang berharga sebegitu dengan gaji kurang daripada RM4,000. Tetapi itulah yang berlaku kepada Encik Arif yang telah berjaya membeli rumah setelah mendapatkan panduan Rahsia Pinjaman Perumahan dan menggunakannya untuk permohonan diluluskan pinjaman perumahan bank.

Skrin shot di bawah merupakan mesej yang diterima melalui facebook oleh Tuan Wahi yang merupakan penulis ebook Rahsia Pinjaman Perumahan. Manakala, Encik Arif adalah merupakan antara pembeli terawal ebooknya. Daripada apa yang dikongsikan, memang Encik Arif sangat gembira kerana permohonan pinjaman rumahnya yang pertama telah lulus. Bukti walaupun beliau bekerja dengan gaji kecil, tetapi boleh beli rumah dengan harga mahal, malah tidak setanding gajinya.
Cara nak beli rumah dengan gaji kecil

Rahsia Encik Arif Gaji RM2002 Beli Rumah RM270,000

Apa cerita di sebalik kegembiraan Encik Arif? Mari singkap untuk dijadikan panduan, terutama kepada mereka yang mempunyai masalah untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank.

Ok. Seperti dah sedia nampak, harga rumah yang dibeli adalah RM270,000. Menurutnya, beliau mendapat margin pinjaman daripada CIMB sebanyak 80% dengan kadar faedah 4.6% setahun.

Walaupun margin pinjaman yang ditawarkan lebih rendah (biasanya 90% untuk rumah pertama dan kedua), namun pada ia sudah dikira baik, daripada tidak mendapat sebarang tawaran pinjaman perumahan.

Persoalannya ialah, bagaimana Encik Arif lakukan? 

Untuk makluman, ketika memohon pinjaman perumahan daripada CIMB, Encik Arif masih lagi bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji bulanan sebanyak RM2002. Agak rendah dan kecil untuk seseorang yang bekerja di kota besar. Ketika itu, beliau masih bujang dan usianya hampir mencecah 30 tahun.

Mana Mungkin Layak Mendapat Pinjaman??

Jika diperhatikan dari segi gaji, saya rasa beliau tidak layak untuk membeli rumah berkenaan. Anda boleh semak dengan post sebelum ini yang pernah saya tulis dan kongsikan - Cara Kira DSR Untuk Kelayakan Pinjaman Perumahan (dalam artikel ni pun ada tips). Ini kerana bayaran ansuran rumah berkenaan melebihi separuh daripada gajinya iaitu 67%.

Itupun sekiranya beliau membuat pinjaman sehingga tempoh maksimum iaitu 35 tahun. Berikut merupakan contoh pengiraan ansuran pinjaman beliau.

  • Harga rumah : RM270,000
  • Margin pinjaman : RM270,000 x 80% = RM216,000
  • Faedah = (RM216,000 x 4.6%) x 35 tahun = RM347,760
  • Jumlah Pinjaman = RM216,000 + RM347,760 = RM563,760
  • Ansuran bulanan = RM563,760/420 bulan = RM1342.28

Jadi jumlah gaji yang beliau terpaksa peruntukkan untuk membayar ansuran rumah berkenaan adalah seperti berikut:

  • = (Ansuran bulanan rumah/gaji) x 100%
  • = (RM1342.28/RM2002) x 100%
  • = 67%

Jumlah berkenaan memang sangat tidak logik kerana mana mungkin beliau dapat hidup dengan baki gaji sebanyak RM659.72 (RM2002 – RM1342.28 = RM659.72). Sudah tentu beliau perlu membeli makanan, bayar bil, ansuran kenderaan dan sebagainya. Apatah lagi tinggal di bandar besar. Mau kena catu makanan dan mengikat perut. Banyak yang nak kena bayar selain pinjaman perumahan yang sebanyak itu.

Pelik!! Kalau ikutkan pengiraan memang tak boleh lepas .. jadi, bagaimana Encik Arif lakukannya?

Apa Rahsia Encik Arif?

Nah ...  ini rahsia beliau....

Walaupun beliau bergaji kecil sebanyak RM2002, namun beliau mempunyai pendapatan tambahan hasil daripada perniagaannya. Untuk makluman, Encik Arif merupakan pembekal GPS Tracker kepada pengusaha kereta sewa, syarikat dan juga individu di seluruh Malaysia. Cuba lihat perbualan saya dengan Encik Arif di Facebook, minta saya promosikan produknya di blog saya yang tidak seberapanya ini.
Tisp beli rumah untuk bergaji kecil

Selain itu, Encik Arif juga ada bisnes lain, iaitu bisnes kereta sewa di sekitar Kuala Lumpur. Pendapatannya dicongak-congak boleh mencecah sehingga sehingga 5 angka sebulan.

Kereta Sebagai Penyelamat

Walaupun mempunyai 3 buah kereta di atas nama sendiri dengan ansuran bulanan RM1650, namun beliau berjaya membuktikan kereta-kereta berkenaan boleh menjana pendapatan kepadanya. Beliau tahu bagaimana untuk menunjukkan kepada bank bahawa beliau mampu memiliki rumah berkenaan. Jadi tidak hairanlah sekiranya pihak bank memberi pinjaman walaupun beliau bergaji kecil.

Rahsia Pinjaman Perumahan
Sekarang faham kenapa dan mengapa Encik Arif boleh dapatkan pinjaman perumahan tersebut walaupun ada slip gaji tertulis RM2002 sebulan?

Sebelum ni, Encik Arif tak tahu dan takut-takut untuk membuat permohonan pinjaman perumahan dari bank, tetapi selepas hadam ilmu dari panduan Rahsia Pinjaman Perumahan yang disediakan oleh Tuan Wahi, impiannya telah jadi kenyataan.

Sekiranya anda teringin memiliki rumah sendiri, maka saya mencadangkan anda menggunakan teknik yang diterangkan di dalam ebook tersebut. Berminat? Klik pada pautan di bawah ini:

[+] Dapatkan ilmu dan rahsia untuk beli rumah idaman - Rahsia Pinjaman Perumahan

Semoga bermanfaat.

27 Jun 2016

Keyword RF3 World Firmax3 Malaysia Laris

Nampaknya keyword RF3 World Firmax3 Malaysia laris di enjin carian Google Malaysia. Ramai blogger Malaysia yang telah ambil kesempatan untuk bertanding dalam kontest SEO yang menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan ini. Sejumlah wang tunai sehingga RM2,000 disediakan untuk para pemenang.

Fuh .. memang banyak, dan memang lumayan. Boleh dikatakan, mana-mana blog yang berjaya menang kontest ini boleh dianggap mendapat duit raya 2016. Kontest SEO menggunakan keyword RF3 World Firmax3 Malaysia dinamakan Contest Cari Duit Raya 2016 ini dianjurkan oleh rakan blogger yang tidak asing lagi iaitu Akma Omar - akmaomar.com.

Keyword RF3 World Firmax3 Malaysia Laris

Contest yang telah berlansung lebih 2 bulan ini mengumpulkan lebih 20 orang blogger yang sememangnya hebat-hebat dalam teknik SEO. Anda boleh tengok senarai blog yang ambil bahagian di pautan ini - Senarai Peserta Contest Cari Duit Raya 2016

Saya sendiri ambil bahagian dalam kontest ini untuk melihat sejauh mana keupayaan SEO menggunakan template baru blogspot G Fusion 2 yang saya perolehi dari rakan blogger dari seberang - Arlina Design.

Kedudukan Blog Mengikut Kata Kunci - RF3 World Firmax3 Malaysia

Setakat hari ini (27hb Jun 2016), blog yang sedang ungguli carta carian di Google Malaysia untuk keyword atau kata kunci RF3 World Firmax3 Malaysia adalah seperti di bawah:
RF3 World Firmax3 Malaysia
Blog-blog yang bukan asing lagi dalam teknik SEO. Dan yang paling menarik perhatian saya ialah kedudukan tempat pertama yang bukan direct menggunakan pendekatan tajuk entri sama dengan keyword dipertandingkan.

URL - http://www.dammahumnib.com/2016/03/rf3-world-firmax3-malaysia.html
Tapi tajuknya ialah Krim Firmax3 RF3 World Malaysia

Dan entri ini kekal berada di top enjin carian sejak awal contest ini dimulakan. Memang hebat! Salah satu kelebihan pada entri tersebut adalah kerana jumlah backlink yang diterima dari entri penyertaan peserta yang lain, sebagai penaja bersama.

Kalau ikut teori SEO tipikal, memang sangat sukar entri tersebut untuk dipintas melainkan satu perubahan algorithma Google berlaku.

Saya masih lagi berharapan untuk muncul di top 5 ... tetapi itulah, ketajaman saya dalam ilmu SEO tidak seperti dulu lagi, sudah kurang mantap dan gelaran Pakar SEO Malaysia pun sudah dikira boleh dilucutkan serta-merta .. hahaha..

Selamat berjaya buat semua. Saya merasakan keputusan kontest ini akan diketahui tidak lama lagi. In Sha Allah, ia akan diketahui beberapa hari sebelum raya 2016 ....

Tahniah juga kepada syarikat RF3 World sebab berjaya menaikkan nama jenama dan produk Firmax3 di enjin carian.


Rahsia Blog Biasa Mendapatkan 40K Pageviews Sehari

Rahsia Blog Biasa Mendapatkan 40K Pageviews (PV) Sehari. Sebenarnya dah lama saya nak dedahkan rahsia trafik tinggi ini, tetapi asyik tertunda sahaja dengan pelbagai perancangan lain. Alhamdulillah, hari ini ... saya rasa senang sikit untuk bercerita dan mendedahkan kepada anda satu teknik yang menjadi rahsia untuk sebuah blog biasa mendapatkan trafik sehingga 20,000 - 40,000 pageviews sehari!

Jika anda mempunyai blog yang mahu mendapatkan trafik yang tinggi, mungkin anda boleh gunakan kaedah yang saya dedahkan ini. Mengapa saya beritahu rahsia dan kaedah ini kepada anda? Sebabnya ialah .. saya tidak mahu anda hari-hari merasa kecewa dengan statistik trafik blog anda. Saya dah lihat ramai blogger yang jenuh fikirkan cara untuk tingkatkan trafik blog, tetapi tidak berjaya.

Rahsia Blog Biasa Mendapatkan 40K Pageviews (PV) Sehari

Rahsia Blog Biasa Mendapatkan 40K Pageviews (PV) Sehari
Rahsia Blog Biasa Mendapatkan 40K Pageviews (PV) Sehari
Paling sedih ialah, artikel dan post berbayar yang blogger tulis sukar mendapat pageviews yang tinggi, sehingga segan nak beritahu pada pengiklan. Disebabkan itu, pengiklan mula menjauhkan diri untuk mempelawa blogger bagi melakukan review serta advertorial untuk bisnes dan produk mereka. Ini membuatkan blog yang biasa-biasa dipencilkan, dan jarang mendapat peluang untuk jana income menerusi penulisan artikel - review dan advertorial.

Teknik dan Kaedah Ini Sah

Kaedah rahsia yang saya ingin beritahu anda ini adalah bukan satu kesalahan. Malah, saya anjurkan untuk anda gunakan kaedah ini. Sebabnya:

  1. Trafik yang diperoleh adalah benar, sah dan berkualiti.
  2. Sesuai untuk blog biasa-biasa yang kurang pengikut.
  3. Trafik bukan dihasilkan oleh robot.
  4. Trafik datang dari pelbagai sumber, tetapi menerusi satu platform.
  5. Ia bantu artikel anda dibaca oleh orang lain.
  6. Ia bantu mempromosikan blog anda.
  7. Anda boleh tentukan julat jumlah trafik yang anda mahukan untuk satu-satu entri itu
  8. Trafik ke satu-satu entri adalah berdasarkan kepada keyword yang anda tentukan.
  9. Ia akan meningkatkan income Adsense atau mana-mana platform pengiklanan PPV, CPM, CPUV ... yang mementingkan jumlah trafik atau hits.

    Pendedahan Teknik Rahsia

    Kaedah atau teknik rahsia apakah yang digunakan?

    Anda boleh dapatkan trafik blog sehingga 40K PV sehari malah lebih dengan menggunakan servis yang disediakan oleh Lynk.my.

    Dengan mendaftar di Lynk.my secara percuma, anda boleh naikkan trafik blog anda dari hanya ratus-ratus PV sehari menjadi ribu-ribu malah puluhan ribu PV seperti yang telah saya buktikan. Ia memang mujarab. Dengan trafik yang mencanak naik ini, ia akan berikan impak positif kepada..
    1. Pengiklan suka dengan jumlah trafik yang dijana untuk post advertorial dan review.
    2. Income Adsense anda bertambah sehingga 50-70% dari kebiasaan.
    3. Blog anda mendapat tafik yang sangat bagus, ranking Alexa juga diperbaharui.

    Cuba lihat jumlah trafik yang dijana oleh Lynk.my untuk blog saya ini dalam tempoh sehari menggunakan servis Lynk.my. Itupun saya hadkan supaya entri tersebut untuk menerima trafik dalam julat 1,000 - 2,000 PV sahaja sehari. Walaupun dihadkan, anda akan terpegun apabila trafik blog anda mencanak-canak lebih daripada apa yang anda impikan sebelum ini.
    Rahsia Blog Biasa Mendapatkan 40K Pageviews (PV) Sehari
    Apa yang perlu dilakukan adalah:
    1. Daftar percuma di Lynk.my
    2. Akses ke bahagian Advertiser
    3. Letakkan link atau URL yang mahu menerima julat trafik yang dikehendaki
    4. Dan biarkan Lynk.my bekerja untuk naikkan trafik entri/blog anda.

    Cukup mudah bukan? Inilah rahsia tersembunyi untuk mendapatkan trafik yang tinggi sehingga 20K PV sehari. .. malah seperti saya tunjukkan di awal ... boleh dapat sehingga 41K PV dalam sehari!

    Nak lihat bagaimana Lynk.my mempromosikan blog dan entri anda? Cuba anda klik pautan ini - http://lynk.my/AUm

    Ia merupakan link yang telah dijana secara automatik oleh Lynk.my supaya blog anda menerima trafik yang telah anda tetapkan di ruangan setting dashboard Advertiser di Lynk.my. Apa yang dilakukan oleh Lynk.my ... ialah mempromosikan link atau url entri dan blog anda kepada ribuan pengguna dan ahli lynk yang lain.

    Oh ya, anda juga boleh menjana income menerusi Lynk.my ini, boleh baca review ringkas saya mengenainya di entri ini - Contest Review Lynk.my 2015

    Jadi, kini anda sudah tahu. Terpulang kepada anda untuk gunakan perkhidmatan dari Lynk.my ini agar boleh memberikan sedikit impak positif kepada blog anda.

    Selamat mencuba.

    p.s: Kaedah ini tidak terhad untuk blog, malah boleh untuk laman web, laman perniagaan, fanpage, landing page, squeeze page, youtube dan sebagainya termasuklah link affiliate.


    Cabaran #2 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan

    Ini merupakan cabaran yang boleh saya anggap agak susah juga. Ini adalah kerana ia melibatkan anak-anak sewaktu di dalam bulan Ramadhan. Cabaran kedua sebagai house husband di bulan Ramadhan ialah ... bagaimana nak suruh, nak kejut, nak minta anak-anak supaya bangun untuk bersahur di bulan puasa. Sedangkan bapak mereka sendiri agak sukar nak bangun awal ... huhu . ... lagi-lagi sebelum suboh!

    Ketika isteri saya ada, memang dia akan bangun awal untuk siapkan juadah bersahur, dan kemudian kejutkan saya dan anak-anak untuk bangun bersahur. Isteri saya memang mudah dikejutkan dengan bunyi loceng dari telefon .. .. saya? Uhhh tu yang risau sangat tu.

    Cabaran #2 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan

    Cabaran #2 House Husband Sewaktu Ramadhan
    Saya risau, ketika waktu hampir untuk bersahur .. saya kemungkinan tak dapat nak bangun awal bagi kejutkan anak-anak untuk bersahur. Apatah lagi untuk menyiapkan menu makanan untuk dijamah sebelum masuk waktu imsak dan suboh. Bolehkah saya bangun sebelum jam 4 pagi setiap hari dalam bulan Ramadhan, walhal saya masuk tidur pun dah dalam jam 1-2 pagi?

    Anak-Anak Berpuasa Perlu Bangun Sahur Untuk Ke Sekolah

    Anak-anak memang perlu bangun sahur, sebab mereka dah berazam nak berpuasa. Kalau tak sahur, susah sikitlah azam tersebut nak dicapai. Al maklumlah, budak-budak .. yang sulong tak pe la kot sebab dah usia 12 tahun, yang lain? Yang tengah ... baru darjah dua, dan yang kecik masih lagi prasekolah. Anak-anak perlu makan sesuatu sebelum ke sekolah. Tak sahur macam mana nak dapat dan kekalkan tenaga untuk bersekolah dari pagi sampai ke petang.... dalam keadaan berpuasa.

    Saya tak nak alasan tak bangun sahur, buatkan mereka gagal berpuasa Ramadhan. Saya mahu didik mereka untuk berpuasa seawal usia yang mungkin.

    [Baca] Cabaran Pertama Sebagai House Husband di Bulan Ramadhan

    Kerja saya sebagai blogger sepenuh masa selalunya aktif di waktu malam di mana saya akan mendapatkan idea dan mengarang entri-entri baru. Waktu malamlah saya akan buat research tentang topik dan cerita yang nak ditulis di dalam blog. Dan selalunya ia akan ambil masa yang panjang ....

    Bayangkan, saya akan bermula dari jam 10 malam untuk mencari bahan cerita, edit gambar dan sebagainya. Paling tidak, 2-3 jam juga ... tapi itu belum tentu lagi. Dan itu cuma untuk satu - dua entri, bagaimana kalau ada beberapa post atau artikel yang perlu saya tulis, terutama sekali post berbayar?

    Jangan lupa juga, tugasan house husband juga perlu dilakukan. 

    Memang sukar bila difikirkan. Namun, alhamdulillah ... saya berjaya. Terima kasih kepada isteri yang bangunkan saya setiap kali nak bersahur. Dapatlah saya bangun awal, walaupun isteri saya terpaksa telefon sehingga berbelas kali untuk kejutkan saya yang tidur mati .. hoho...

    Saya juga pasangkan alarm untuk 2 waktu, satu sebelum jam 4:00 pagi, dan kemudian satu lagi jam 4:30 pagi. Dan alhamdulillah, anak-anak saya juga mudah dikejutkan untuk bersahur .... ketiga-tiga bangun sahur tanpa ada masalah walaupun dengan ketiadaan isteri saya.
    Cabaran #2 House Husband Sewaktu Ramadhan

    Maka, cabaran kedua ini ... syukur dapat ditempuhi dengan baik.


    Cabaran #1 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan

    Bukan mudah. Serius .. ia sesuatu yang sangat mencabar bagi diri saya. Tahun ini (2016) adalah pertama kali saya berada di dalam bulan Ramadhan sebagai seorang house husband, tanpa ada isteri di sini sepenuhnya. Isteri saya terpaksa berjauhan beberapa ketika dalam bulan Ramadhan 1437H ini disebabkan perlu menumpukan minda pada peperiksaan akhir sarjana di Universiti Malaya.

    Awal Ramadhan, saya masih lagi boleh selesa, kerana isteri masih lagi belum bertolak ke Kuala Lumpur. Walaupun dalam minggu ulangkaji, isteri saya seolah tidak sanggup saya bersendirian untuk handle anak-anak di permulaan puasa. Apatah lagi, bila ketiga-tiga anak saya berazam untuk berpuasa penuh tahun ni.

    Cabaran #1 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan

    Namun, tidak boleh tidak .. saya dan isteri perlu menerima hakikat bahawa peperiksaan akhir ini sangat penting untuk memastikan isteri saya lulus untuk kursus sarjana. Al maklumlah, pengajian ditanggung oleh pihak kerajaan, amanah dan tanggungjawab tersebut perlu digalas dengan baik. Kalau tidak, nanti akan timbul perkara yang tidak molek selepas tamat pengajian.
    Cabaran #1 House Husband Sewaktu Ramadhan
    Ia bukan mudah untuk isteri saya. Saya juga bukan mudah untuk melihat isteri saya bertungkus-lumus siang dan malam, sampai pening-pening kepala nak hafal dan ingat banyak perkara supaya dapat lulus peperiksaan. Nak bantu dari sudut untuk lulus exam, memang tak dapatlah .. ia di luar kemahiran, pengetahuan dan kepakaran saya .. ... hanya dapat angguk dan geleng sahaja ... kui kui kui.

    Tapi isteri saya ni cukup hebat. Dalam sibuk-sibuk untuk hadapi persediaan Ramadhan, dia sempat lagi pergi ke perpustakaan awam untuk study. Saya kagum betul dengan kekuatan yang ada pada dia. Kalau sayalah, uhhh memang azab rasanya nak study berpuluh bab ... bertimbun nota kuliah dan rujukan, nak nak lagi subjek yang memang payah dan susah.

    Bila time nak berbuka puasa, isteri saya sediakan pelbagai juadah yang memang saya tak dapat nak tandingi. Anak-anak seronoklah dapat makan sedap-sedap, termasuklah saya .. weeee ....
    Isteri masak untuk berbuka puasa
    Ini cabaran pertama saya sewaktu Ramadhan tahun ni. Saya perlu bantu isteri dari segi mental supaya dia bersedia menghadapi peperiksaan yang akan dihadapi.


    Nantikan kisah cabaran yang kedua pula .... huhuhu .. saya sebagai house husband di bulan Ramadhan.

    Iklan Raya 2016 Dari Maghfirah - Erti Raya

    Tahun ni, untuk raya 2016 ... pihak Maghfirah Media Group telah menerbitkan satu iklan raya bertajuk Erti Raya. Iklan raya pertama kali dari syarikat ini telah pun mendapat sebanyak lebih 20K views sejak dimuatnaik pada 24 Jun 2016 di YouTube. Jadi, tentu ada sesuatu yang menarik pada iklan raya dari Maghfirah Media Group ini.

    Saya telah menonton video iklan raya 2016 - Erti Raya ini, dan saya boleh katakan ia sebuah iklan yang mengesankan. Iklan raya yang dijayakan oleh Beto Khusairi ini memperlihatkan bagaimana seorang anak yang membelakangkan keluarga untuk mencari kesenangan buat ibu bapanya. Tetapi, akhirnya menyesal sehingga hilang Erti Raya buat dirinya.

    Iklan Raya 2016 Dari Maghfirah - Erti Raya

    Iklan Raya 2016 Dari Maghfirah - Erti Raya
    Ada beberapa ayat klise yang sering dipertuturkan oleh segolongan kita di Malaysia dalam iklan raya ini.

    "tahun ni .. Abu sibuk sikitlah mak ... "
    "lagipun kalau Abu tak balik, mak masih boleh beraya dengan abah tu ..."

    Ada apa dengan raya? Raya ni pasal rumah cantik ke? Raya pasal baju cantik ke?

    Apa Erti Raya buat Abu sebenarnya? Dan apa Erti Raya buat anda pula?

    Video Iklan Raya 2016 Dari Maghfirah - Erti Raya



    Semoga paparan iklan raya ini menyedarkan sesuatu kepada kita sebagai anak. Kadang bukan harta benda yang ibu bapa inginkan dari anak, tetapi ia sesuatu yang sebenarnya sangat mudah untuk seorang anak berikan.

    Doakan agar Erti Raya buat kita semua tahun ini lebih bermakna. In Sha Allah.

    Selalu Di Hati - Iklan Raya Mydin 2016 Membuatku Sebak

    Selalu Di Hati - Iklan Raya Terbaru 2016 daripada Mydin Malaysia. Uhhh ... antara iklan raya tahun 2016 yang agak sedih untuk ditonton. Awal-awal mungkin tak dirasa sangat, tetapi selepas menonton beberapa ketika, sudah tahu apa maksud #selaludihati, yang akhirnya membuatkan saya rasa sebak di hati.

    Ia sebuah iklan raya untuk mengingatkan kita tentang banyak perkara, terutama sekali tentang orang-orang yang tersayang. Hari ini mereka ada, esok lusa belum tentu .. kerana ajal maut itu boleh datang bila-bila. Jadi, kena sentiasa memikirkan dan ingat akan mereka di hati.

    Selalu Di Hati - Iklan Raya Mydin 2016 Membuatku Sebak

    Saya harap anda akan dapat sesuatu dengan menonton iklan raya Mydin 2016 ini. Selalu Di Hati, ada mesej .. ada cerita .. ada ingatan. Jangan sampai kita meninggalkan kesan yang hiba dan sayu untuk mereka di hari raya ini. In Sha Allah.

    Meh tonton video Selalu Di Hati, sebuah iklan raya yang membuatkan saya sebak ini ... khas dari Mydin.

    Video Selalu Di Hati - Iklan Raya Mydin 2016



    Pada tahun 2015, iklan raya dari Mydin turut membuatku sebak, kalau anda belum pernah tonton lagi, boleh lihat di sini - Iklan Raya Mydin 2015. Semoga ada sesuatu yang sampai ke hati anda.

    26 Jun 2016

    Gula Batu + Jus Nanas Merawat Batuk

    Bulan Ramadhan kali ini, saya terkena batuk. Bukan saya sahaja, anak-anak pun ada yang terkena batuk. Apabila dah terkena batuk, memang kurang selesalah nak buat kerja, nak tidur dan nak beribadah. Mungkin cuaca yang tidak menentu, membuatkan saya diserang sakit tekak dan batuk. Memandangkan ubat batuk di rumah sudah kehabisan stok, maka saya gunakan cara tradisional.

    Saya amalkan minum air Jus Nanas (segar) yang dicampur dengan Gula Batu. Dalam masa sehari sahaja, sakit tekak dan batuk saya hilang. Cuma ada rasa kerengsaan sikit pada anak tekak, al maklumlah .. minum jus nenas ketika sahur dan berbuka, lepas tu seharian tekak tidak dibasahi air. Rasa tajam Nanas tu macam tertinggal lak dalam tekak .. huhuhu. Lagi-lagi, jus Nanas dibuat secara sendiri, perah dari sumber.

    Gula Batu + Jus Nanas Merawat Batuk

    Apa yang perlu anda buat untuk legakan sakit tekak dan batuk dengan petua ini ialah ...
    Gula Batu Jus Nanas Merawat Batuk
    1. Perah jus Nenas (samada beli jus tersebut atau perah terus dari buahnya).
    2. Masukkan sebiji Gula Batu ke dalam secawan jus Nenas.
    3. Kacau, dan tambahkan sedikit air suam untuk memudahkan Gula Batu larut.
    4. Minum sehingga habis.
    5. Amalkan setiap pagi dan petang, kalau dalam kes saya .. sahur dan berbuka.

    In Sha Allah .... batuk akan hilang.

    Saya dah gunakan petua ni atas paksaan isteri saya .. hahaha ... alhamdulillah, ia mujarab dan hanya ambil masa sehari untuk melihat kesannya.

    Saya dapat tahu kebanyakan Jus Nanas yang ada dijual, turut mengandungi Gula Batu sebagai bahan utama. Jadi, tidak syaklah ada yang kata Jus Nanas tersebut boleh melegakan sakit tekak dan batuk.

    Kalau begitu, bolehlah simpan sebotol dua Jus Nanas di dalam rumah. Kalau tak pun, beli je buah Nanas, dan buat jus sendiri .. bukan susahpun, beli buah Nanas, buang kulit, perah ...campur Gula Batu pastu letak dalam peti ais.

    Cubalah.... leh je berbuka dengan Jus Nanas + Gula Batu.


    Bagaimana Buat Duit UBER Tanpa Bawa Kereta?

    Bagaimana buat duit UBER tanpa bawa kereta? Sejak dua menjak ni, ramai yang teringin sangat nak tahu bagaimanakah caranya untuk jana income menerusi UBER tanpa membawa kereta. Jika anda sudah memiliki ebook Rahsia Uber, saya fikir tentu anda dah nampak caranya. Jika belum, boleh baca dulu artikel daripada saya ini untuk sedikit pencerahan am.

    Mari faham dulu konsep UBER ni. Kalau tak faham, jadi susahlah sikit anda nak tahu tentang cara UBER membayar apa yang anda lakukan. Lagi-lagi bab bahawa UBER akan bayar anda walaupun anda tidak memandu kereta untuk perkhidmatan UBER.

    Bagaimana Buat Duit UBER Tanpa Bawa Kereta?

    Bagaimana Buat Duit UBER Tanpa Bawa Kereta?

    Dalam UBER, ada 3 cara anda jana income menerusinya...huhu... errkk .. tak tahu? Aha .. ini rahsia, hanya yang mereka dah daftar dengan UBER sahaja yang akan tahu. Tiga cara menjana income sampingan menerusi UBER adalah seperti berikut:

    Tiga Cara Jana Pendapatan Menerusi UBER

    Menjadi pemandu UBER

    Rasanya semua orang dah tahu teknik ini. Apa perlu dibuat ialah dengan daftar diri anda sebagai pemandu UBER dan daftarkan kereta anda sebagai kereta UBER. Apa yang diperlukan ialah MyKad, lesen memandu dan sijil insurans kereta anda. Jika anda tidak boleh upload dokumen yang diperlukan, mereka akan hubungi anda untuk bolehkan anda berikan salinan dokumen di tempat anda. Katakan anda daftar UBER di Penang, nanti mereka akan SMS untuk bertemu dengan anda bagi lengkapkan pendaftaran sebagai pemandu UBER.

    Menjadi sebahagian daripada UberDOST

    Jeng.. jeng ... jeng. Saya pasti ramai tak tahu tentang teknik dan cara ni. Menerusi UberDOST, anda boleh dapat income hanya dengan refer pemandu UBER yang baru. Anda akan dibayar bagi setiap trips yang telah dilengkapi oleh pemandu UBER tersebut. Anda tak perlu bawa kereta pun. Duduk je kat rumah, buka aplikasi ini, dan mula refer pemandu baru. Lihat income menerusi UberDOST di bawah ini .. huhu...
    Tiga Cara Jana Pendapatan Menerusi UBER

    Sertai Sebagai UBP

    Satu lagi cara menjana income menerusi UBER ialah dengan mendaftar sebagai Uber Business Partner (UBP). Kalau anda ada syarikat sendiri, boleh daftar menjadi UBP ni. Anda akan dibayar sebanyak RM20 untuk setiap pendaftaran baru. Agak-agak anda, kenapa ada syarikat teksi yang mula daftarkan pemandu teksinya sebagai pemandu UBER? ... duit mudah dari sumber yang dah sedia ada. Dan di beberapa tempat, ada kaunter syarikat bas ekspress yang daftar sebagai UBP ni, mereka daftarkan dengan UBP, dan mereka gandakan income dengan teknik kedua yang saya beritahu tadi, menggunakan UberDOST.
    Tiga Cara Jana Pendapatan Menerusi UBER

    2 Kaedah Tanpa Perlu Bawa Kereta UBER

    Daripada 3 cara di atas, kaedah 2 dan kaedah 3 tidak memerlukan anda untuk menjadi pemandu UBER, dan tidak perlu membawa kereta UBER. Apa yang perlu anda lakukan ialah seperti apa yang saya ceritakan tadilah ... iaitu mempromosikan UBER ini samada kepada pelanggan yang nak naik UBER mahupun kepada sesiapa yang mahu jadi pemandu UBER.

    Berapa income yang boleh anda dapat?

    Apabila sebut pasal income ini, mudah cerita .. jika anda rajin, maka banyaklah dapat, walaupun kerjanya tidak memerlukan anda untuk keluar rumah mahupun memandu kereta UBER. Jadi, ia mudah senang dari segi anda tidak memerlukan banyak keringat fizikal untuk buat duit dengan UBER ini.

    Nak tengok income? Boleh lihat income tersebut di sini - Bukti Income UBER Tanpa Bawa Kereta

    Dengan UberDOST, anda boleh cepatkan pendaftaran pendaftaran baru dengan menggunakan SMS. Anda tetapkan tempat untuk bertemu dengan anda, dan anda bantu mereka daftar percuma dengan bawa dokumen berkaitan untuk pengesahan. Contoh macam di bawah ni ...
    Dah tengok ke income UBER yang saya maksudkan tu? Sekali lagi, anda teringin nak tengok, boleh tengok menerusi link berikut - Bukti Income Uber

    Lumayan tak? Terbeliak mata? Haha .. tapi ada rahsianya .. jeng jeng jeng.

    Jangan tak tahu, UBER ni bukan setakat kat Malaysia je ada. Kat serata dunia ada perkhidmatan ni. Bayangkan anda boleh refer seorang pemandu baru yang duduknya di Eropah, di US, di Canada, di mana-manalah yang ada servis ni. Mereka bayar USD, Pound Sterling, untuk servis UBER yang mereka ambil. Jadi, agak-agak berapa komisen leh dapat dalam duit Malaysia?

    Jangan Ketinggalan Promosi dari Uber Untuk Lebih Income

    Dan pihak UBER pula, dari semasa ke semasa ada promosi tertentu untuk memeriahkan UberDOST menjana lebih income. Huhuhu pemandu Uber pun tak tahu pasal ni .... hehehe. Contohnya untuk Ramadhan 2016:
    Faham dah? Faham dah bagaimana anda boleh buat duit, jana income dan pendapatan sampingan dengan UBER tanpa perlu bawa kereta? Agak-agak senang nak buat tak?

    Berminat nak tahu lagi teknik ni tak? Info di pautan berikut [+] Rahsia Uber

    Saya dalam proses mempromosi teknik ni kepada lebih ramai orang yang mungkin nak jana income sampingan. Kalau anda fikir apa yang saya beritahu ini boleh bantu sesiapa yang anda kenal, maka kongsilah ye. Oh ya, syor kongsikan kepada rakan anda yang berada di Johor Bharu, Melaka, Lembah Klang, Ipoh, dan Penang.

    Semoga dapat dimanfaatkan.