Tips Terbaik Untuk Ibu Jimat Berfesyen Ketika Mengandung. Artikel saya tulis ini khas untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Saya nak kongsikan satu tips, yang merupakan tips terbaik daripada isteri saya mengenai cara bagaimana untuk berfesyen secara jimat. Yelah, mengandung paling kerap pun dua kali dalam setahun. Tak boleh nak lebih, jadi tentu tidak praktikal setiap kali mengandung, nak beli baju mengandung yang baru, ye tak? Dan lagi, takkan nak pakai baju mengandung yang sama je. Maklumlah, perempuan ni dengan fesyen mana boleh berpisah... keh keh keh.

Ini tips untuk ibu mengandung kekal melawa dan berfesyen. Dan paling penting, tak perlu nak berbelanja pun. Leh jimat duit untuk beli barang kelengkapan bayi.

Tips Terbaik Untuk Ibu Jimat Berfesyen Ketika Mengandung

Tips Terbaik Untuk Ibu Mengandung Jimat Berfesyen
Walaupun post ini ditujukan pada ibu-ibu mengandung, wanita yang tak mengandung pun boleh baca juga. Mungkin ada sesuatu yang anda boleh ambil sebagai pedoman kelak.

Time mengandung, perkara yang nampak remeh tapi penting ialah pakaian ibu mengandung. Aha... kalau dah jadi perempuan, memang tak sahlah almari penuh dengan baju .. ye tak? Dan kadangkala sampai dah tak muat. Bila time mengandung, dah nak kena ada set baju mengandung la pulak. Takkan muat nyer baju time slim2 nak pakai time ngandung ni. Jeans ... suar2 tu .... ushhh .... dah tak leh dah .. kena simpan la untuk 9 bulan 10 hari.

Ibu Mengandung Pun Ada Naluri Berfesyen

Hmm .. ahh sudah dah nak kena beli baju ngandung - itulah persoalan bagi ibu2 yang baru nak merasa pengalaman sedemikian. Bagi yang tetiba nak nambah, dah kena bungkah balik baju2 ngandung dedulu .... time beranak first time atau second time.

Ok, saya ada tips terbaik untuk ibu mengandung yang mahu jimat, yang mahu berfesyen.

Kongsi, Trade-In Dengan Sanak Sedara dan Kawan-Kawan

Tak yah nak beli. Kalau nak beli jugak, beli satu dua pasang dah .. tak yah nak berbelanja lebih sangat untuk beli baju mengandung, dah la pakainya dalam masa 9 bulan je .. huhuhuhu. Buat cara ini; apa kata anda kongsi baju2 mengandung anda, atau trade in sesama rakan. Dengan cara ini, anda still leh jadi ibu ngandung dengan berfesyen. Jimat... tak perlu nak beli baju mengandung yang baru. Tak letih nak keluar bershopping baju mengandung.

Dengan cara ini juga, baju mengandung tak le sama je. Lagi-lagi kalau anda beli baju mengandung di pasaraya di tempat anda. Tidak mustahil, anda akan terjumpa ibu mengandung lain yang akan pakai baju yang sama dengan anda... haha .. serius, ini berlaku pada isteri saya. Nak tergelak saya dengar kisah isteri saya apabila terpaksa berdepan dengan ibu mengandung lain yang pakai baju sama dengan dia semasa bertugas di pejabat.

Benar atau tidak, ada sesetengah ibu yang mengandung, selang 3 hari ... dah kena pakai baju ngandung yang sama tu balik. Alamak, nak lak hidup berjiran dengan yang kaki gossip ni .. uhh ... "Hai .. pakai baju sama ke lagi?".

Buat cara ni, sebab isteri saya memang buat ... Cari anggota keluarga (kalau ada), dan pinjam dari mereka baju ngandung. Atau kawan-kawan sekolah lama anda yang memang baik ngan anda. Kongsi dengan ipar duai juga boleh. Bukan semua nak beranak dan mengandung serentak kan? Mesti ada kakak, kakak ipar, adik atau adik ipar perempuan yang dah pernah ngandung. Setidaknya baju derang tu tak le terperap dimakan dek lipas.

Fesyen Berjubah

Satu lagi cara ialah dengan perbanyakkan fesyen berjubah. Jubah ni pakaian yang boleh dipakai masa sedang mengandung. Kalau pakai jubah, kadang orang tak perasan pun anda mengandung. Boleh cuba tips ni sebagai alternatfi tadi.

Dengan ini, secara tak lansung anda berjimat dan dapat berfesyen. Tak perlu lagi kuarkan belanja lebih semata-mata nak beli baju baru kerana mengandung. Jiran sebelah pun tak lah bergossip sangat, ye tak?

Tapi ... dah pinjam tu ... selamat dah semua .. pulangkanlah balik yer. Jangan lak simpan buat reta :) Dan kalau mereka pula ngandung, tak perlu tunggu derang minta .. anda sendiri offer baju2 ngandung anda buat mereka. Dah dapat pahala di situ. :)


Ok yer. Selamat berkongsi dan berjimat! Ngandung2 pun still trendy dengan pelbagai fesyen mengandung tanpa perlu keluarkan sesen pun .. kan best tu ....

Selamat mencuba.

p.s: Terima kasih kepada isteri tercinta yang ciptakan idea ini. Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia. Selamat Hari Ibu buat emak dan isteri saya. Moga Allah S.W.T panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi ibu mithali terbaik untuk anak-anak.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. errkk.. boleh pulak macam tu ea..
    kreatif je idea tu.. lalala~ ^^,

    BalasPadam
  2. @cik pulau Boleh je .. hendak seribu daya ..

    BalasPadam
  3. saya pernah buat dengan adik dan adik ipar saya...

    BalasPadam
  4. @MamaEma Dapat juga mengeratkan tali silaturrahim .. kan kan?

    BalasPadam
  5. opspss!! gedebikkk!! hambik ko terkena sedebikk.. hahaha..masalahnya kan bro kengkawan kiter xkawen lagik ramai..muahahaha..nak xnak terpaksa gak beli..carikk bundle pun dah okeh sihh...jimat2... kiter ni dah ler mangsa fesyen..xdenya nak pakai yang lelama..hehehee..terok x?? kalo bab fesyen kiter mmg terukkk..jenayah fesyen tol!! muahahaha

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam
  6. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    FESHEN MENGANDUNG PATUH SYARIAH
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Berfesyen memang bagus, jaga penampilan dan sebainya.
    Asalkan patuh syariah. Tak ketat dan menampakkan bentuk
    badan.

    Sekarang ni pun banyak bahu cantik2 yang syariah compliance
    =======================================
    JEMPUT SINGGAH UNTUK TIPS MENGANDUNG DENGAN CERGAS BERTENAGA
    =======================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\(\
    ( -.-)
    o__(")(") DARI MAZNI

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement