Langkau ke kandungan utama

Tips Google Untuk Blogger Review Produk Servis

Antara sumber income online untuk blogger ialah dengan membuat advertorial post atau post berbayar. Salah satu post berbayar ialah dengan menerbitkan entri review produk dan servis oleh pihak lain. Ini adalah kerana review yang ditulis oleh blogger adalah lebih berjiwa, lebih telus, lebih personal dan dekat dengan pembaca yang mahu tahu mengenai produk dan servis tertentu. Namun begitu, saya ingin ingatkan bahawa terdapat tatacara tertentu untuk menulis dan menerbitkan entri berbentuk review produk dan servis ini.

Maka, di dalam blog post ini, suka saya nak ingatkan dan kongsikan sedikit tips untuk rakan blogger yang mahu menulis entri berbentuk review ini (samada berbayar atau tidak) agar blog tidak mendapat kesan negatif daripada Google, terutama untuk SEO dan juga Adsense.

Tips Dari Google Untuk Blogger Tulis Post Review Produk & Servis

Tips Google Untuk Blogger Review Produk Servis
Seandainya anda seorang blogger yang kerap menulis dan mendapat job berkaitan menulis review, advertorial dan post berbayar; maka wajib anda ikuti langkah-langkah di bawah, dan dijadikan sebagai tips penting ketika menulis entri berbentuk berkenaan. Ia penting agar tidak melanggar terma dan sejajar dengan Google Webmaster Guidelines

Gunakan Tag Unfollow Pada Setiap Pautan

Sebagai seorang penulis blog, anda tidak digalakkan memberikan link dofollow pada pautan pengiklan sebagai balasan untuk produk atau servis percuma yang mereka berikan kepada anda. Ia menyalahi apa yang terkandung di dalam Google Guidelines on Link Schemes.

Pengiklan terutamanya daripada syarikat tertentu selalunya akan minta blogger meletakkan link atau pautan ke:
  • Laman web syarikat - samada produk atau servis
  • Laman-laman sosial syarikat
  • Laman jualan yang menjual produk atau servis
  • Sebuah laman review yang memaparkan tentang review produk atau servis
  • Aplikasi mobile milik syarikat yang promosikan produk atau servis

Blogger perlu menggunakan tag nofollow pada semua link atau pautan tersebut. Jika anda hanya menulis sebuah entri yang bukan dalam bentuk advertorial, atau post review berbayar; maka saya nasihatkan agar anda tidak meletakkan sebarang link kepada produk, syarikat yang berkenaan.

Begitu juga andai anda ada meletakkan banner iklan di dalam blog anda, seharusnya pautan yang ada pada banner juga perlu diberikan tag nofollow ini. Kebiasaannya, syarikat besar yang mempunyai marketing department (online) akan tahu mengenai perkara ini, dan akan ingatkan blogger untuk meletakkan tag nofollow dalam blog post review.

Pendedahan Perhubungan (Disclose the Relationship)

Pengunjung dan pembaca perlu mengetahui bahawa blog post atau artikel yang anda tulis merupakan sebuah entri berbayar (paid post). Bagi sesetengah negara, terdapat undang-undang yang mewajibkan kenyataan 'perhubungan' atau pengiklanan seperti ini di dalam sesebuah artikel yang diterbitkan. Pendedahan perhubungan ini boleh berada di mana-mana di dalam artikel atau blog anda. Bagaimanapun, lokasi paling baik ialah di awal blog post di mana pembaca diingatkan bahawa entri yang ditulis merupakan entri berbayar atau telah ditaja untuk tujuan pengiklanan.

Hasilkan Blog Post Yang Unik dan Menyerlah

Blog-blog yang berjaya selalu memberikan pengunjung dan pembaca sesuatu yang membuatkan mereka untuk datang kembali berulang-kali. Sebagai blogger, anda mungkin boleh mencuba untuk menjadi sumber informasi terkini di dalam topik yang anda mahir, terutama di dalam topik-topik yang kecil tetapi menjurus kepada sesuatu untuk golongan tertentu contohnya makanan, resepi, restoran, tempat menarik, tempat melancong dan sebagainya.

Anda digalakkan untuk menulis sesuatu yang eksklusif di mana anda sahaja yang tahu, bersandarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan sumber anda.... seperti contoh Panduan Blogger yang saya wujudkan di dalam blog ini (satu ketika dahulu).

Kenapa Perlu Ikut Tips Google Ini?

Penting untuk anda ikuti tips dan panduan ini supaya blog anda bebas daripada dikenakan penalti dan tindakan oleh pihak Google terutama sekali untuk blogger yang mahu praktikkan teknik SEO dan juga yang mempunyai akaun Google Adsense. Jika tidak, blog post anda mungkin bermasalah untuk muncul di laman enjin carian mahupun mendapat income yang baik daripada Adsense.


Sumber: Webmaster Google Blog

p.s: Saya pernah menulis perlunya seorang blogger labelkan entri sebegini sebagai advertorial/sponsored post/review di dalam blog post mereka, sebagai salah satu cara untuk pernyataan 'disclosure' perhubungan.

Komen

  1. Tips yang berguna. Nanti boleh nak cuba juga. Terima kasih bro HH.

    BalasPadam
  2. Saya suka baca panduan ni. Dapat belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama belajar .. dah belajar .. praktik

      Padam
  3. Terima kasih atas panduan yang bagus ni.

    BalasPadam
  4. Tips yang menarik dan perlu alert nih. Thank abg HH.

    BalasPadam
  5. tips menarik. psl disclosure hubungan tu kdg2 je letak. huuhu

    BalasPadam
  6. saya banyak job review tu tidak la tapi setiap bulan tu ada la. So tips ni berguna jugak untuk saya cuba pratikan

    BalasPadam
  7. Belum ada pengalaman dengan advertorial lagi. Simpan dulu maklumat untuk masa depan.

    BalasPadam
  8. terima kasih HH, bru saya faham.

    BalasPadam
  9. T kasih atas info ni sifu HH... kena ambik perhatian juga ni.

    BalasPadam
  10. terima kasih HH, bru saya faham.

    BalasPadam
  11. terima kasih HH, bru saya faham.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…