Tanda Isteri Sayang Suami Ketika Bersiar-siar

Saya pasti ramai yang pernah berjalan berpegang tangan sewaktu bercinta - walhal perkara ini TIDAK dibolehkan. Hmmm time bercinta, tersentuh jari pun bagai terkena karennnn letrik. Masa ni, banyak perbuatan lebih kepada nafsu. Kalau tak dibendung, memang parah.

Kemudian, setelah beberapa lama bercinta .. lalu bernikah. Awal-awal perkahwinan memang mesra. Bukan lagi berpegangan, tetapi dah main peluk-peluk pinggang; terutama ketika berbulan madu .. uhh time tu rasa ... "dunia ni ana yang punya..". Kala ni tak kesah, dah sah bernikah. Cuma kadang perbuatan yang terlalu berlebihan, boleh datang kesan buruk pada padangan mata orang lain.

Tanda Isteri Sayang Suami Ketika Berjalan Bersiar-siar

Tanda Isteri Sayang Suami Ketika Bersiar-siar
Pastu, masuk fasa baru .... bila si isteri dan suami dah ada pewaris. Anak yang comel ditatang bagai minyak yang panas penuh. Ikatan cinta yang terbina menjadi semakin kukuh dengan kelahiran anak sulong. Seronok bukan main lagi .... macam2 dibelikan. Yelah ... anak ...... mesti nak diberikan kasih sayang sepenuhnya. Ini satu anugerah, bukan pergi vending machine, masukkan duit lalu keluar .... tidak begitu.

Kemudian, anak membesar, dapat lagi zuriat atas izin Tuhan. Makin ceria dan bertambah mesralah hubungan sesama isteri dan suami. Anak dah kiri kanan .... alhamdulillah, ini merupakan pemberian hebat dari Tuhan.

Suami Isteri Tidak Berpegangan Tangan .. Tiada Lagi Sayang?

Lalu, tatkala ini ... bila berjalan, suami tidak lagi memegang tangan isteri, dan isteri pula tidak lagi memegang tangan suami .... dah penuh .... semuanya dah tak terpegang. Tangan anak-anak dah mengambil tempat. Jadi, adakah ini tanda hubungan itu sudah tidak mesra lagi?

Hmmm .... ohh tidak, cuba perhatikan pasangan yang berkeluarga ini. Menurut Ustaz Asmungi Sidek, kenal tak? ala ustaz yang tulis buku tentang bab-bab kawin ni. Tentu perasan banyak buku pasal kebahgiaan rumahtangga yang ditulis olehnya.

Kata Ustaz Asmungi:
"Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan"

So, kalau ada isu pasal mengapa tidak pegang tangan suami .. dek kerana udah full dok pegang tangan anak-anak .... jadi lihatlah keadaan di atas ... :)

{ 19 comments.. read them below or add one }

sumaiyah_nda sumaiyah_nda April 30, 2011
salam....alhamdulillah...baru tau tips nyer ari ni dgn entry ni...lepas ni nak jalan tepi kanan jerrr lah...heheh..tq...
MaMa CyDa MaMa CyDa April 30, 2011
betul tuh ... Mama yg baru 4thn kawen dan dah dikurniakan 2 anak, mmg kalo berjalan tak pegang tangan pun. sebabnya, hasben pegang tangan anak sorang, mama yg sorang lagik. Tapi sekali sekala, kalo kami keluar berdua jek, mmg ader jugaklah pegang tangan. cumenya cam janggal skit plak rasa hu3
Insya-Allah pasnih Mama akan praktikkan lagik. jalan belah kanan yek .. ^_^
cik Ida cik Ida April 30, 2011
nanti dah kawen nak jalan sebelah kanan la.. hehehee.. nice info!

thanks.. ^_^
Izan Ishak Izan Ishak April 30, 2011
betul juga tu. kalau ada anak 2 dah pegang kiri kanan. kalau ada anak 4 orang macam saya, masing2 kena monitor anak 2 orang. tp kalau dpt peluang berdua2 mmg takkan lepas peluang punya~
dilazfamily dilazfamily April 30, 2011
salam
zaman sekarang ramai pasangan dah kahwin jalan tak pimpin tangan lagi. dilaz pun tak kecuali gak, tapi kadangkala. pimpin tangan gak bile jalan anak tak de. macam sebelum ada anak dulu. sebab anak dilaz nie lasak sikit walaupun perempuan
miss flora miss flora April 30, 2011
owh..macam tu rupenye..
Far8 budak baik Far8 budak baik April 30, 2011
kalau serch kat youtube..
ustaz azhar..dy penah cakap..
lawak2 je..wlaupun tak pegang tapi pengang
tgn anak..tu namenya kasih syg..
kalau tiada anak..isteri pegang tgn isteri jelahh..
aku lum kawin lagi..tak tahu hahaha
beeha ben beeha ben April 30, 2011
mak dan abah saya dah kahwin 27 tahun, tapi still pegang tangan kalau keluar...heheh...sweet...

harap2 kehidupan sy pun mcm tu nanti...
qasehraihan qasehraihan May 01, 2011
kalau sblh kiri xpenyayang ke??huk

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/gores-dan-menang.html
Dang Tari Dang Tari May 01, 2011
Salam Hasrul
Err..terimakasih kerana mengingatkan
Memang kalau dah lama kahwin kita sering terlupa
Tapi kalau terpegang mustahil la kalau kata takda karen hehe!
Musykil 'Anak yang comel ditatang bagai minyak yang panas.' Minyak yang panas?
Mehmed - Mehmed - May 01, 2011
wajib kawin kalau dah katam ilmu cinta..aahh nasib baik aku blom..ahakss..mekasih info hh
Kuasai minda Kuasai minda May 02, 2011
Biar tak perpegang tangan, namun hati tetap utuh dengan kasih dan sayang. Baru-baru ni kena tugasan luar, dan balik nampak je isteri terus rasa jatuh cinta kembali...
Feizal Feizal May 03, 2011
1st time nie BK xupdate blog lbih dr 2 ari..

maklum cuti pjang..
PeRdU cINta PeRdU cINta May 31, 2016
Sebenarnya bila sudah mmiliki anak kasih sayang itu semakin bertambah dan berkembang...cuba cantumkan semua tangan..berpimpinan tangan..subhan Allah..betapa mewahnya kasih sayang...bermula daripada cinta halal menghasilkan kasih sayang halal pula... :)
Syima Kamal Syima Kamal May 31, 2016
ada beza berjalan kiri dan kanan eh?
zulaikha ali zulaikha ali June 02, 2016
Isteri rasa dilindungi bila berjalan dibelakang bahu encik suami :)
Afidah Azmi Afidah Azmi June 02, 2016
Kami sejak bercinta memang suami tak pernah nak pegang tgn..Lani pun dah kawin tak terasa sgt..sebab dah biasa..tapi berjalan mesti sebelah2 jugak..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.