9 Perangai Pelik Lelaki, Perempuan Sukar Nak Faham

Saya nak kongsikan satu artikel, samada ia fakta atau auta. Saya nak bercakap mengenai lelaki, kerana saya seorang lelaki dan nampak bahawa apa yang akan saya beritahu ini kebanyakkannya adalah benar belaka. Ia berkaitan sembilan perangai pelik lelaki, yang kebanyakkan perempuan sukar nak faham ... malah lelaki macam saya pun sukar nak faham .. hahaha.. tapi ia memang berlaku.

Kebanyakkan orang menyifatkan golongan lelaki bersifat egois. Mereka je selalu nak menang, dan apa-apa pendapat perlu memihak kepada mereka. Tak ramai lelaki terutama lelaki yang mempunyai kelebihan tertentu yang ada sifat mengalah dan bersabar. Saya sendiri mengakui sebagai lelaki, banyak perkara yang apabila dibawa berbincang dengan perempuan, result akhir perlu memihak kepada lelaki, hatta pendapat perempuan tersebut 99.9 peratus adalah benar.

9 Perangai Pelik Lelaki Yang Perempuan Sukar Nak Faham

9 Perangai Pelik Lelaki Yang Perempuan Sukar Nak Faham
Apapun, mari sama-sama lihat 9 perangai lelaki yang boleh saya sifatkan pelik dan perempuan sukar nak faham. Adakah sifat ini ada pada anda sebagai lelaki? Adakah sifat ini ada pada pasangan lelaki anda? Adakah sifat ini ada pada lelaki yang merupakan teman dan kenalan anda? Fakta atau auta?
  1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
  2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
  3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
  4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
  5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
  6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
  7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
  8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
  9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
Adeh. Nak tergelak pun ada, tetapi memang ada lelaki yang berperangai begini, malah banyak sekali. Seperti saya katakan di awal post ini... kebanyakkan lelaki bersifat egois. Jadi, ia bukan satu yang pelik pun, cuma perempuan kena alert dengan perangai pelik seorang lelaki yang saya senaraikan di atas. Lebih baik menjangkakan agar tak mudah rasa kecil hati, terguris dan sebagainya.
9 Perangai Pelik Lelaki Yang Perempuan Sukar Nak Faham
Kadang lelaki ni lebih banyak yang tersirat dari yang tersurat. Sama juga perempuan, ada juga perangai pelik perempuan yang sukar nak difahami lelaki. Antara beza ketara perangai lelaki dan perempuan ialah .. perempuan amat 'ringan' dengan mulut. Apa sahaja yang terjadi samada pada diri mereka, yang berlaku di sekeliling mereka akan mudah mereka sebarkan menerusi mulut (percakapan). Berbeza dengan lelaki, mereka cekap menyimpan rahsia ... huhuhu .. sampaikan ada lelaki yang sudah beristeri 4 pun, isteri pertama tidak tahu .. hahahaa....

[Baca] Tips dan Cara Memikat Lelaki oleh Dr. H.M Tuah Iskandar

Moga artikel ini ada manfaatnya. Mungkin pada sesetengah ia tidak relevan, tetapi buat sesetengah yang lain, ia mungkin satu cara untuk kenali lelaki yang mereka sayangi dan cintai.



{ 8 comments.. read them below or add one }

Farhana Sahri Farhana Sahri February 18, 2011
betol...sy ada jumpa dua orang lelaki cmni..stress...
suzie suzie October 12, 2011
lagi dasat...lelaki jenis ini lelaki yang meyusahkan hidup wanita.... dia adalah lelaki yang penuh dengan PERAHSANTAN....tol kan... sebab penah kena sekali time kat U dulu...da la jurujual pakej bahasa inggeris..duk kat depan library.. di katanya saya ni terpikat kat dia yang muka ala2 jhonny english.. bengang.. dah saya ni memang kaki library..memey la selalu lalu depan library...rasa nak luku jer mamat tuh...hish...
Carlos Santiago Carlos Santiago May 09, 2016
Jumpa jer pun. ape nak stress
Fyna Fyna May 09, 2016
Betul. Kadang-kadang x faham dengan diorang nih. Hehehe.
PeRdU cINta PeRdU cINta May 09, 2016
lama-lama perempuan malas nak layan diamkan..perhatikan sahaja...huhu..
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar May 09, 2016
hahaha..tergelak saya baca..tapi ramai sebenarnya yang macam tu..malas nak kasitau je..hihihi
izzeyda izzeyda May 09, 2016
ntah tak paham betoi laa.. dia buat boleh, kita buat tak boleh plak.. kita diam suruh cakap, bila cakap suruh diam.. dan macam2 lagi laa.. kekadang boleh mengundang kemarahan dan geram..
Syed Mikhail Syed Mikhail May 31, 2016
point ni bley tuju balik kat penulis...biar tepat kena batang hidung...perasan bagus melabel batas dan sempadan perangai tergantung pada jantina...jangan jadi bebal...itukan dari sikap diri sendiri...semua point konfem ade kat penulis pasal penulis bersangka bagus dan cuba menjatuhkan kaum adam...jangan nak label semuanya sama....

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.