Panduan Rujukan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Wah, nampaknya bulan ini penuh untuk panggilan temuduga pelbagai jawatan di dalam kerajaan. Saya dah semak di laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ada beberapa panggilan temuduga untuk calon-calon yang berjaya lepasi tahap pertama, iaitu peperiksaan online.

Sebenarnya dah banyak panggilan temuduga untuk jawatan dalam kerajaan telah dipanggil dalam bulan-bulan sebelum ini. Jadi, tahun 2020, saya nampak banyak peluang untuk lepasan graduan, siswazah, baik sijil, diploma, dan ijazah untuk mendapat kerja di jawatan kerja kerajaan ini.

Panduan Rujukan Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Panduan Rujukan Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Bila dah dibuka peluang, maka ramailah calon yang memohon pelbagai jawatan dalam kerja kerajaan ini. Bukan ratus-ratus .. tetapi ribu-ribu, malah ada calon yang memohon jawatan lebih daripada dua menerusi portal SPA.


Disebabkan terlalu ramai yang memohon, maka pihak SPA menjalankan beberapa proses saringan untuk calon, antaranya ialah peperiksaan online PSEE, dan juga temuduga. Malah untuk beberapa jawatan tertentu seperti Pegawai Imigresen dan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ada pemeriksaan fizikal dibuat.

Memang ketat.

Dalam pemeriksaan fizikal khususnya, walaupun BMI terlebih 0.02 sekalipun, calon mungkin akan ditolak untuk menjawat jawatan yang dipohon. Serius memang ketat.

Jadi, kena lakukan segala persediaan yang perlu dan kena pastikan persediaan itu dilakukan awal. Ini termasuklah pada peringkat temuduga kerja kerajaan. Walaupun kebanyakan temuduga tidak ada penilaian dan ujian fizikal, jangan anggap temuduga biasa dalam bilik temuduga itu mudah ...

Kalau mudah, tak adanya pihak SPA nak letak sehingga beberapa orang panel dalam tu untuk luluskan calon.

[Dah Baca?] 18 Sebab Gagal Dalam Temuduga Kerja

Pastikan Anda Lulus Temuduga. Sila Prepare Dari Awal!

Mengapa temuduga penting? Sebab mereka yang akan pilih anda untuk jawatan tersebut akan menilai diri anda secara berdepan. Mereka nak tahu reaksi dan gerak badan. Mereka nak lihat cara anda menjawab soalan temuduga secara spontan. Mereka nak lihat apa tindak-balas anda apabila diajukan soalan-soalan temuduga killer yang boleh menggagalkan calon.

Mereka bukan main-main .. mereka serius kalau boleh nak yang betul-betul boleh lakukan tugas dan pikul tanggungjawab yang bakal diberikan. Al-maklumlah, apabila kerja kerajaan ini, banyak dapat manfaat dan kelebihan.

Jadi, kepada calon-calon yang dipanggil untuk hadiri temuduga untuk jawatan kerja kerajaan, saya syorkan untuk mendapatkan panduan dan rujukan lulus temuduga yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka bukan calang-calang orang, sebaliknya telah membantu ramai calon berjaya dalam mendapatkan kerja dan jawatan dalam kerajaan.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Lihat beberapa testimoni calon terdahulu mengenai panduan dan rujukan ini. Seronok tak terkata kerana berjaya lulus dan ditempatkan ke jabatan kerajaan. Malah, ada tips yang dikongsikan oleh mereka untuk anda yang mahu lulus temuduga kerja kerajaan.

Klik pada butang di bawah untuk akses rujukan ini!


Saya doakan anda berjaya dalam proses temuduga itu nanti. Rezeki mungkin milik anda jika anda berusaha dengan sangat jujur mendapatkannya. Berusaha dengan melakukan persediaan serius. Bukan anda seorang sahaja yang impikan jawatan yang dipohon tu .. ada ribuan calon lain.

Apa yang boleh anda buat, ialah menyakinkan pihak penemuduga dan tampilkan kelebihan diri anda semasa proses temuduga itu berlangsung. Nak tahu caranya, pakat baca dan ikuti apa yang terkandung dalam pakej rujukan ini nanti .. :)


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement