Adakah blog blogspot anda terkena masalah keluar Error 502? Jika ya, jangan panik. Ini perkara biasa. Ia mungkin berlaku sekali atau dua kali dalam setahun. Walaupun blogspot di bawah kendalian Google Inc, tetapi anda perlu terima hakikat, masalah overload juga boleh berlaku.

Masalah ini bukan hanya berlaku untuk blog-blog berplatform percuma blogspot, tetapi juga mana-mana blog dan laman web yang ada di internet. Masalah Error 502 adalah masalah yang biasa, dan agak serius tetapi adalah di luar capaian pemilik blog, terutama sekali blog blogspot.

Masalah Error 502 Pada Blogspot

Masalah Error 502 Pada Blogspot
Apabila capaian ke blog atau ke dashboard blogger.com keluar error 502, ini bermakna bahawa server Google yang mengendalikan Blogger/Blogspot menghadapi masalah overload atau terlebih keupayaan. Ia mungkin berpunca daripada banyak sebab, dan selalunya bersifat teknikal fizikal.

Daripada perbincangan sebelum ini dengan Google Forum ... ini jawapan yang diberikan mengenai masalah error 502 yang berlaku ...

"So there’s no need no submit a support ticket neither analyzing your blog in particular, this is a platform problem that unfortunately affects everyone. All you have to do is have some patience and wait a little longer until the problem is solved. Usually, you’ll be able to access your blog a couple of hours later."

Jadi, jangan panik, in Sha Allah .. semuanya akan kembali seperti sediakala dalam tempoh beberapa jam bergantung dengan lokasi server yang menyimpan data blogger/blog anda.

Blog saya pun hadapi masalah ini kadangkala, dan selepas lebih sejam, barulah ok dan saya dah boleh akses blog sendiri dan juga dashboard blogger.com tanpa masalah error 502.
Masalah Error 502 Pada Blogspot


15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Yeaaa.. Tadi jd mcmni.. Tapi skg da OK :)

    BalasPadam
  2. hehe..problem ni skjap td.ingatkan masalah kt laptop ni..lama tak restart..sekali dh restart dah ok dah

    BalasPadam
  3. ingatkan office block .... hooo sedih....tp blum bole bukak lagi niii..hooooo

    BalasPadam
  4. gabra jap td.
    kebetulan baru tukar ke domain .com hi hi hi...

    BalasPadam
  5. sama dgn Fida..Ingat opis block internet..tapi buka FB IG boleh pulak..Buat org Gabra ja tadi,.,.

    BalasPadam
  6. ok dah selesai dah..ada satu lg masaalah yg timbul

    BalasPadam
  7. Rileks brader.... brader rileks... hehehe.

    BalasPadam
  8. Saya hadapi masalah yang sama...
    http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  9. Cuak saya..tadi kena mcm ni jugak..ingatkan line internet ofis problem..

    BalasPadam
  10. Owh baru tahu..bro HH boleh buat entri mengenai error page 404 tak..dan cara atasi...

    BalasPadam
  11. Ohhh......patutlah xleh bukak tadi...nervous jugaklah....p sib baik dah okay....kus semangat! thanks HH!

    BalasPadam
  12. Tuelah fyna baca juga status kawan2 yg guna blogspot. Alhamdulillah dah ok kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement