Masalah Error 502 Pada Blogspot

Adakah blog blogspot anda terkena masalah keluar Error 502? Jika ya, jangan panik. Ini perkara biasa. Ia mungkin berlaku sekali atau dua kali dalam setahun. Walaupun blogspot di bawah kendalian Google Inc, tetapi anda perlu terima hakikat, masalah overload juga boleh berlaku.

Masalah ini bukan hanya berlaku untuk blog-blog berplatform percuma blogspot, tetapi juga mana-mana blog dan laman web yang ada di internet. Masalah Error 502 adalah masalah yang biasa, dan agak serius tetapi adalah di luar capaian pemilik blog, terutama sekali blog blogspot.

Masalah Error 502 Pada Blogspot

Masalah Error 502 Pada Blogspot
Apabila capaian ke blog atau ke dashboard blogger.com keluar error 502, ini bermakna bahawa server Google yang mengendalikan Blogger/Blogspot menghadapi masalah overload atau terlebih keupayaan. Ia mungkin berpunca daripada banyak sebab, dan selalunya bersifat teknikal fizikal.

Daripada perbincangan sebelum ini dengan Google Forum ... ini jawapan yang diberikan mengenai masalah error 502 yang berlaku ...

"So there’s no need no submit a support ticket neither analyzing your blog in particular, this is a platform problem that unfortunately affects everyone. All you have to do is have some patience and wait a little longer until the problem is solved. Usually, you’ll be able to access your blog a couple of hours later."

Jadi, jangan panik, in Sha Allah .. semuanya akan kembali seperti sediakala dalam tempoh beberapa jam bergantung dengan lokasi server yang menyimpan data blogger/blog anda.

Blog saya pun hadapi masalah ini kadangkala, dan selepas lebih sejam, barulah ok dan saya dah boleh akses blog sendiri dan juga dashboard blogger.com tanpa masalah error 502.
Masalah Error 502 Pada Blogspot


{ 15 comments.. read them below or add one }

Diana Kuddus Diana Kuddus May 10, 2016
Yeaaa.. Tadi jd mcmni.. Tapi skg da OK :)
suhaila Johar suhaila Johar May 10, 2016
hehe..problem ni skjap td.ingatkan masalah kt laptop ni..lama tak restart..sekali dh restart dah ok dah
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah May 10, 2016
Masih jadi. Tak dapat update blog.hoho.
yaya cendana yaya cendana May 10, 2016
ingatkan office block .... hooo sedih....tp blum bole bukak lagi niii..hooooo
adianiez AIDA adianiez AIDA May 10, 2016
gabra jap td.
kebetulan baru tukar ke domain .com hi hi hi...
Nor Afidah Bte Che Azmi Nor Afidah Bte Che Azmi May 10, 2016
sama dgn Fida..Ingat opis block internet..tapi buka FB IG boleh pulak..Buat org Gabra ja tadi,.,.
aeinna Musa aeinna Musa May 10, 2016
ingat teroff tenet td..tq hh
kak syah kak syah May 10, 2016
ok dah selesai dah..ada satu lg masaalah yg timbul
Sobri Mansor Sobri Mansor May 10, 2016
Rileks brader.... brader rileks... hehehe.
JAMIL HASHIM JAMIL HASHIM May 10, 2016
Saya hadapi masalah yang sama...
http://jmbelog.blogspot.my/
Fieza Sani Fieza Sani May 10, 2016
Cuak saya..tadi kena mcm ni jugak..ingatkan line internet ofis problem..
PeRdU cINta PeRdU cINta May 10, 2016
Owh baru tahu..bro HH boleh buat entri mengenai error page 404 tak..dan cara atasi...
sofie adie sofie adie May 10, 2016
Ohhh......patutlah xleh bukak tadi...nervous jugaklah....p sib baik dah okay....kus semangat! thanks HH!
Fyna Ahmad Fyna Ahmad May 10, 2016
Tuelah fyna baca juga status kawan2 yg guna blogspot. Alhamdulillah dah ok kan.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.