Menabung adalah amalan mulia. Saya juga menabung, antara tabungan yang saya ada ialah tabung duit, tabung di bank, dan tabung haji...hehehe. Saya juga melabur, salah satu pelaburan saya ialah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang patuh syariah. Entri kali ini ialah untuk saya kongsikan bagaimana cara nak menabung duit di dalam rumah. Dan aspek penting untuk berjaya menabung di dalam rumah ialah lokasi tabung.

Sebagai seorang house husband, apabila mengemas rumah .. mesti akan jumpa duit. Almaklumlah, anak-anak aktif .... balik je dari sekolah rumah pasti bersepah. Duit lebihan belanja yang ada dalam poket seluar sekolah, baju sekolah dan dalam dompet mereka pasti akan bersepah merata-rata. Bukan anak-anak je berperangai begitu .. mak pak dia pun kadang letak beg duit yang tak berzip merata-rata .. huhuu... haha .. lagi-lagi saya apabila pulang dari kedai runcit atau pasar.
Lokasi Untuk Letak Tabung Dalam Rumah
Duit syilling, duit baki selalunya akan bersepah dan diletakkan merata tempat... betul tak? Letak ikut dannnn je .. kadang dalam kereta pun penuh merata duit syilling. Tak caya, cubalah sesekali anda bersihkan kereta anda lebih teliti - bukan hantar Car Wash ye .. huhu.

Jadi, kalau jumpa duit syilling ke, duit kertas ke .. dan ambil ... terus letak kat atas meja, atas kerusi ... atas ini, atas itu ... langsung esok lusa ntah mana hilangnya duit tu. Juga letak mana-mana ikut dan. Saya dan isteri selalunya pasti akan jumpa .. terutama ketika menyapu sampah. Paling tidak syilling 10 sen dan 20 sen. Rezeki Allah S.W.T dah beri, walau hanya seposen, ia patut dihargai dan ditanggani dengan bijaksana. Salah satu cara ialah menerusi tabung. Kalau ada tabung tersedia, terus leh masukkan duit tu .. dah jadi satu simpanan mudah.

5 Lokasi Untuk Letak Tabung Dalam Rumah

Anak Saya Cuba Buat Tabung Rahsia Sendiri
Ada beberapa lokasi yang sesuai untuk meletakkan tabung, antaranya ialah ...

Ruang Tamu

Letaklah tabung kecil di ruang tamu. Ruang tamu adalah tempat atau lokasi yang selalu ramai orang. Orang yang datang bertandang ke rumah pun akan berkumpul di situ. Sebelum mereka pulang pun akan berada di situ .. dan sudah menjadi adat, kebanyakkan tetamu akan berikan wang kepada anak-anak, jadi .. bila dapat hadiah wang ini terus sahaja masukkan ke dalam tabung tersebut. Tak adalah nanti tercicir mana-mana atau letak merata-rata.

Berdekatan Mesin Basuh

Letaklah satu tabung di tempat anda letakkan mesin basuh. Setiap kali nak membasuh pakaian, periksalah poket baju dan seluar. Jika jumpa duit, terutamanya duit syilling bolehlah terus masukkan ke dalam tabung. Bahaya kalau duit syilling masuk ke dalam mesin basuh .. boleh rosak dibuatnya. Pengalaman saya bekerja sebagai kuli kedai lektrik dah banyak kali lihat mesin basuh rosak disebabkan oleh duit syilling ni.

Di Dalam Kereta

Letakkan satu tabung berbentuk seperti purse atau dompet yang boleh letakkan wang syilling. Kadang apabila bayar tol, akan ada baki .. jadi boleh terus masukkan ke dalam tabung ini tanpa sepahkan ia di dashboard kereta atau ruangan tepi tingkap.

Di Dalam Bilik Tidur

Bilik tidur juga perlukan satu tabung khas. Bukan apa, kadang apabila nak tukar baju, pakai baju .. ada duit yang terjatuh atau tercicir. Jadi, dengan adanya tabung di bilik tidur, bolehlah simpan duit tu di tempat yang disediakan dengan cara yang lebih baik.

Di Atas Tempat Anda Selalu Letak Dompet

Kadang dompet penuh dengan duit syilling, jadi sebelum anda simpan dompet anda, keluarkan duit syilling atau mungkin wang kertas singgit-singgit tersebut dan dimasukkan ke dalam tabung. Dompet tak adalah kembong dan berat dengan syilling semata .... huhuhu.

Ini petua dan tips untuk mudah anda menabung. In Sha Allah, anda akan terkejut dengan hasil yang akan anda dapat setiap bulan menerusi tabungan ini. Dan bila dah cukup bulan atau cukup masa untuk tabung 'dipecahkan' .... bolehlah digunakan sebagai wang simpanan di bank atau sebagai modal pelaburan.

Oh ya, untuk lebih diberkati, sediakan juga satu tabung khas yang diniatkan untuk melakukan sedekah subuh. Anda boleh masukkan apa-apa nilai tanpa orang nampak dan tahu jumlah sedekah anda. Kemudian, tabung sedekah subuh ini bolehlah anda gunakan di akhir bulan untuk bersedekah di tempat-tempat atau kepada insan yang sepatutnya.

Cubalah ye. 

p.s: Lokasi tabung ini tidak bertujuan untuk disimpan dalam keadaan berkeselamatan. Tak sesuai nak simpan duit nilai besar.

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya letak tempat tinggi sikit. Tak nak bagi si kecik nampak. Kalau tak, jenih naik main syiling.

    BalasPadam
  2. sama.. kekadang bawha meja pun ada jumpa duit seposen

    BalasPadam
  3. Buat tabung dekat mesin basuh. Ok juga ni. Beli barang dapur kdg2 baki syilin letak dalam plastik.

    BalasPadam
  4. wahh..rare tips ni terutama lokasi berdekatan mesen basuh tu. tak terfikir selama ni. tq hh.

    BalasPadam
  5. Lokasi menarik juga ni... Berdekatan mesin basuh

    BalasPadam
  6. sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;)

    BalasPadam
  7. lokasi kat mesin basuh tu paling sesuai.. kekadang mesti ada duit yang sesat dari mana2 poket seluar..

    semalam baru jer clear dompet semalam.. duit syiling yang ada cecah rm7.. patut laa berat..

    BalasPadam
  8. adik sy letak tabung dalam bilik, umah dimasuki perompak, dh kena curi....

    BalasPadam
  9. saya suka dengan blog anda .... thanks for information....
    peluang usaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement