Langkau ke kandungan utama

Lelaki Tampil Mantap Dan Bertenaga Dengan Max7 RNVHERBS

Mahu menjadi lelaki yang tampil mantap, bertenaga dan sihat? Kalau anda seorang lelaki yang mahukan gaya hidup yang hebat, bertenaga pada tahap yang optima serta mempunyai tahap imunisasi tinggi untuk kekal sihat, maka anda perlu mencuba minuman kesihatan Max7 dari RNVHERBS. Ia merupakan produk minuman kesihatan keluaran bumiputera Muslim yang diformulasikan daripada sumber alam semulajadi khusus untuk lelaki yang mahukan kehebatan luaran dan dalaman.

Produk Max7 dari RNVHERBS ini merupakan inovasi dua sahabat iaitu Radzwill (35 tahun) dan Nazir (33 tahun) yang berlatarbelakangkan lulusan bidang Pengurusan Kewangan dan Kejuruteraan. Mereka percaya bahawa produk ini dapat memberikan impak yang sangat positif kepada lelaki yang mahukan penampilan yang mantap serta bertenaga, samada fizikal mahupun dalaman.

Lelaki Tampil Mantap Dan Bertenaga Dengan Max7 RNVHERBS


Produk Max7, in Sha Allah dijamin selamat, berkualiti tinggi dan memberikan kesan positif untuk kesihatan dan tenaga luaran dalaman seorang lelaki. Ia dikilangkan mengikut piawaian Amalan Perkilangan yang baik (GMP-Good Manufacturing Practice) yang mendapat perakuan Halal dan diperakui oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya sendiri sudah mencuba produk Max7 ini. Rasa epalnya cukup sedap, dan saya merasakan bahawa Max7 memang boleh menarik minat ramai lelaki-lelaki kacak seperti saya untuk menikmatinya setiap awal pagi atau akhir malam sebelum tidur. Apa yang menarik ialah kandungan bahan semulajadi yang ada di dalam Max7 ini ... fuh ....

Ramuan Hebat Dalam Max7 RNVHERBS


Ramuan terbaik Max7 dari RNVHERBS antaranya terdiri daripada:
  • Serbuk Epal Hijau 
  • Cordyceps
  • Gokshura
  • Ashwaganda
  • Arabica Gam
  • Rumpai Kambing Berahi (Epimedium)
  • Biji Labu
  • Saw Palmetto
  • Panax Ginseng
  • Stevia sebagai pengganti gula

Max7 ini dikeluarkan di dalam bentuk sacet kecil yang comel seberat 2.5 gram. Kecil tetapi mempunyai kesan besar untuk lelaki tampil mantap bertenaga ... huhuhu ... Jadi, Max7 memang sesuailah untuk gaya hidup seorang lelaki house husband dan blogger seperti saya ini. Mana tidaknya, dari seawal jam 5:30 pagi, saya sudah memulakan urusan sebagai seorang 'surirumahtangga'; dan pada masa yang sama perlu bekerja secara online untuk kemaskini blog-blog yang saya ada sehingga penghujung malam. Kalau ada banyak job, terpaksalah mengekang mata sehingga awal pagi. Uhh ... memang memberikan kesan keletihan yang boleh ke tahp melampau!

Jadinya, dengan mencuba Max7 ini, saya tahu ada produk terbaik untuk lelaki seperti saya yang mahu sentiasa tampil mantap bertenaga. Ia memberikan manfaat untuk mereka yang mahu melegakan kepenatan fizikal dan emosi, menambah tenaga, melancarkan peredaran darah, menguatkan badan dan memulihkan tenaga dalaman lelaki untuk kekal cergas dan sihat walaupun setelah seharian bekerja.

Boleh Bantu Meransang Tenaga Seksual Lelaki

Kajian saintifik antarabangsa mendapati gabungan herba-herba utama yang saya senaraikan di atas dapat membantu meransang tenaga seksual lelaki, meningkatkan kesuburan, memulihkan kesihatan tubuh badan, mengawal berat badan, merendahkan kolesterol, memulihkan kecelaruan neurosis dan mengelakkan masalah jantung. Kajian juga mendapati gabungan campuran ini dapat mencegah dan merawat penyakit kanser prostat, yang merupakan antara masalah kepada ramai lelaki di Malaysia (tanpa disedari).

Bagi seorang lelaki house husband dan blogger sepenuh masa seperti saya, apatah lagi umur pun sudah menjangkau 40 tahun, maka memang haruslah untuk ambil produk ini. Lelaki yang semakin berumur, kadar hormon testosteron di dalam badan akan semakin mengurang. Hormon testoteron yang rendah di dalam badan seseorang boleh menyebabkan penurunan fungsi seksual dan gejala ini akan menganggu emosi dan akhirnya akan membawa kepada kemurungan.

Maka, disyorkan untuk mengelakkan gejala ini, adalah baik bagi setiap lelaki untuk mengambil Max7 sebagai makanan tambahan bagi mengekalkan kesihatan disamping mendapatkan nasihat daripada pakar dan doktor bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Max7 mengandungi Vitamin A, D, E, C, B Complex, Kalsium, Magnesium, Besi, Zink dan Iodin yang akan membantu merangsang kehebatan seorang lelaki.

Harga Produk Max7 RVNHERBS

Harga Max7 tidaklah mahal, dan in Sha Allah ia mampu milik untuk sesiapa sahaja. Max7 daripada RNVHERBS ini dijual pada harga RM80 bagi setiap kotak, dan sekotak mempunyai 7 sacet dalam bentuk serbuk yang boleh diambil terus dengan mudah. Ambil Max7 ini samada di awal pagi selepas bangun tidur atau waktu malam sebelum tidur. Sehari sekali (minima).

Saya dah cuba, tetapi saya campurkan ke dalam air untuk lebih rasa segar. Saya berpendapat produk ini bagus untuk lelaki tampil mantap dan bertenaga. Rasanya yang sedap serta bahan ramuan yang dibuktikan secara saintifik memberikan kesan positif akan menjadi satu daya penarik untuk Max7 darpada RNVHERBS ini.

Cara Membeli dan Peluang Rakan Niaga

Cubalah Max7 sekarang dan pasti anda akan dapat merasai tenaga yang luar biasa.

Max7 boleh dibeli dan dihubungi:

Untuk mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga produk terbaik daripada RNVHERBS ini, sila tinggalkan pesanan di no talian yang diberikan atau pun email ke: rnv.inbox@gmail.com.

[full_width]

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Perkongsian yang menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ... :) moga ada manfaatnya pada pembaca blog ini nanti.

      Padam
  2. produk menarik untuk lelaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya lelaki yang akan tahu NIKMAT mengambil produk ni .. hehehehe

      Padam
  3. lelaki pun kena ambil untuk sihat

    BalasPadam
  4. Orang lelaki kena jaga kesihatan.

    BalasPadam
  5. produk yang bagus untuk orang lelaki.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …