Erkk... alahai. Tak sangka pula gambar lampu isyarat yang berubah arah ini menjadi viral di laman group Facebook. Adeh. Saya yang ambil gambar lampu isyarat ini, lokasinya ialah di atas persimpangan bertingkat dari arah pekan lama Parit Buntar menghala je Jalan Permatang Tok Mahat (lokasi Pasar Kemboja).

Jika anda perhatikan gambar yang saya sediakan ini, ia merupakan gambar beberapa tiang lampu isyarat yang didapati beralih arah dari yang sepatutnya. Ada dua buah lampu isyarat yang telah berpusing dan beralih kedudukan asalnya. Ia sepatutnya mengadap ke arah saya (dalam kereta) tetapi berpusing 90 darjah ke arah sisi. Gambar ini diambil pada waktu pagi, lebih kurang jam 9:00 pagi waktu Malaysia.

Lampu Isyarat Beralih Mengadap Kiblat Selepas Ribut?

Lampu Isyarat Beralih Hadap Kiblat Selepas Ribut?
Apa yang berlaku ialah, malam sebelum itu, pekan Parit Buntar telah dilanda hujan dan ribut yang agak kuat. Disebabkan hujan yang disertakan angin kuat ini, beberapa pokok besar di sekitar Parit Buntar telah tumbang, malah ada kejadian dilaporkan bahawa bumbung beberapa rumah juga telah diterbangkan.

Anak saya pula bercerita, ada pokok pisang yang hangus terbakar di depan rumah kawan sekolahnya. akibat disambar petir. Uhh memang menakutkan ...

Viral di Group FB

Gambar tiang lampu isyarat yang berubah arah ini telah saya kongsikan di beberapa group Facebook. Tiada caption seperti tajuk blog post ini yang disertakan pada gambar, cuma sekadar memberitahu bahawa saya terpaksa 'keluar' kereta untuk lihat samada lampu isyarat bertukar hijau. Namun, apa yang berlaku ialah ... ada di antara pengomen gambar tersebut telah memberikan satu kesimpulan bahawa lampu isyarat tersebut telah beralih mengadap kiblat, susulan daripada hujan ribut angin yang kuat.

Ia Tidak Beralih Mengadap Kiblat!

Lampu Isyarat Beralih Hadap Kiblat Selepas Ribut?

Tapi, sebenarnya tidak. Lampu isyarat tersebut tidak menghala atau mengadap kiblat.

Ia cuma berpusing sebanyak 90 darjah ke sisi, yang menghalang pengguna jalanraya dari arah sepatutnya melihat warna lampu. Dan arah tersebut bukan arah kiblat! Macamana nak tahu ia tidak mengadap kiblat?

Bagaimana Tentukan Arah Kiblat?

Anda hanya perlu lihat bayang-bayang tiang ini sahaja .... :) tak tahu cara tentukan arah guna bayang-bayang ke? Ishh .. anda boleh Google sendiri .. :P tapi secara amnya, anda kena tahu waktu gambar ini diambil iaitu pada waktu pagi, jadi bayang yang terhasil adalah dari sinaran matahari pagi yang baru mula nak naik. Jadi, kesimpulannya ialah arah kiblat menerusi gambar bayang tiang lampu isyarat ini ialah .... arah yang sama bayang-bayang ini terhasil. Kalau petang, maka arah kiblat adalah bertentangan dengan bayang yang terhasil. Ini secara amnya sahaja, ada beberapa details untuk anda tahu lebih tepat .. yang tu anda kena rujuk dengan Jabatan Falak Jakim.

Tulis Untuk Elak Gambar Disalah Erti

Saya harap gambar tiang lampu isyarat ini tidak diambil dan dijadikan post sensasi bahawa terdapat lampu isyarat yang beralih mengadap kiblat selepas berlakunya ribut kuat. Sebelum ada yang ambil kesempatan, baik saya terbitkan post ini untuk berikan pemahaman. Al maklumlan, sekarang ni banyak benda mudah diviralkan hanya dengan memanipulasi tajuk sahaja...huhuhu...

Err macam anda, kan dah terbaca post ini .. ye tak? :P

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ooo.lampu kat sini rupanya..tapi pelik gak..mcm mana dia boleh tukaq arah..Kuasa Allah kan

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Memang kuat .. yang takutnya tu sebb ada kilat ...

      Padam
  3. Tuelah. Kalau viral-viral nih, kejap je tersebar.

    BalasPadam
  4. Boleh nyatakan arah kiblat x pada gambar ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang ni .. nama pun tiang, gunalah JAM MATAHARI .. tu kan kat tiang ada bayang2 ... huhuhu...

      Padam
  5. wah... pandai-pandai jer dorang ni... tak tahu hujung pangkal dah diviralkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement