Ini tips untuk murah rezeki. Ada satu kisah menarik nak saya kongsikan kepada anda. Mungkin anda boleh simpulkan sendiri. Jangan sesekali kita melupakan anugerah, pertolongan dan apa juga pemberian yang telah diberikan kepada kita. Jangan kita lupa mereka yang banyak membantu kita. Dan janganlah kita sesekali kufur dengan nikmat yang telah diberikan Tuhan, gunakan sebaiknya.

Apa yang akan saya kongsikan ini merupakan antara ribuan kisah yang ada untuk membolehkan hidup dikurniakan rezeki berlipat kali ganda. Ia merupakan antara formula untuk tarik rezeki yang sebenarnya telah ramai aplikasikan dalam kehidupan. Andai anda terasa rezeki anda susah dan sempit, cuba teladani kisah Malaikat dengan tiga orang cacat ini.

Kisah Malaikat Dengan 3 Orang Cacat

Mari kita sama-sama menyusuri kisah ini:

Abu Hurairah r.a. berkata yang ia ada mendengar Rasulullah S.A.W. bercerita tentang 3 orang cacat dari Bani Israil. Pertamanya berpenyakit kusta, keduanya berkepala botak, yang ketiganya buta. Allah S.W.T lalu menghantarkan malaikat untuk menguji mereka.

Pada yang berpenyakit kusta malaikat bertanya, "Apakah yang paling engkau sukai?"
Jawab orang itu, "Kulit yang baik serta sembuh dari penyakit. Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor unta."

Malaikat lalu mengusapkan tubuhnya maka sembuhlah ia dari penyakit dan memberinya seekor unta bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

Bertanya pula malaikat pada yang berkepala botak, "Apakah yang paling engkau sukai?"
Jawabnya, "Rambut yang lebat tetapi alangkah bagusnya aku ada seekor sapi."

Malaikat lalu mengusap kepalanya maka tumbuhlah rambut dengan lebat dan diberinya seekor sapi bunting serta berdoa semoga ianya diberkati.

Pada orang yang ketiga malaikat bertanya soalan yang sama. Maka jawabnya, "Apa yang paling aku sukai ialah semoga Allah mengembalikan penglihatanku dan diberinya aku seekor kambing."

Malaikat lalu mengusap matanya maka sembuhlah mata itu dan diberinya seekor kambing bunting serta berdoa semoga ia diberkati.

[Baca] Ketahui 111 Formula dan Rahsia Untuk Rezeki Melimpah Ruah

Selang beberapa waktu malaikat datang lagi dengan rupa yang sama tetapi dalam keadaan mengemis untuk menguji ketiga sahabat yang telah kaya ini. Si penyakit kusta dan si kepala botak mengaku segala harta mereka adalah peninggalan nenek moyangnya dan dari usaha titik peluh mereka sendiri. Tetapi berlainan pula dengan si buta, bila malaikat meminta darinya ia berkata;

"Ambillah kambing itu seberapa banyak yang engkau mahu, aku tidak sedikitpun keberatan terhadap apa yang kamu ambil itu kerana Allah dan tinggallah bakinya menurut kehendakmu."

Jawab malaikat, "Jagalah hartamu, kamu sungguh diredhai Allah, sedangkan kedua sahabatmu dimurkai Allah."

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah." (Al Baqarah : Ayat 172)

"Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Baqarah : Ayat 173)

Semoga perkongsian ini akan jadi sebagai satu kisah yang akan diingati oleh saya dan anda semua mengapa perlu kita ingat atas segala kurniaan daripada Allah S.W.T. Tatkala kita susah, kita mohon, bila dah dapat kita lupa dari mana ia datang.

Harapnya kita semua tidak tergolong daripada mereka yang lupa dan kufur nikmat.


p.s: Sejak akhir ini ramai antara kita lupa akan nikmat Allah, sehingga Allah datangkan peringatan. Namun begitu, tetap ada juga di antaranya yang masih lagi lupa. Lalu kembali meratap dan berhiba, kembali menyalahkan orang lain.
 

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pun nak jadi insan yang terbaik..InsyaAllah..

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih perkongsian nie... banyak memberi erti buat mselim3 . Agar sentiasa bersyukur dan tidak kufur nikmat yang telah Allah SWT berikan ...

    mselim3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement