Kelas Putrajaya Prihatin - Mencari Sukarelawan

Adakah anda merupakan warga Putrajaya? Jika ya, terdapat peluang untuk anda menjadi warga prihatin dengan membabitkan diri sebagai sukarelawan di dalam sebuah program khas dinamakan Kelas Putrajaya Prihatin. Program ini dianjurkan dan diselenggarakan oleh Kelab Komuniti Putrajaya Prihatin yang merupakan sebuah badan NGO yang bukan bersifat keuntungan.

Saya sangat berbesar hati untuk mewar-warkan program baik ini untuk semua pembaca blog saya, walaupun saya berada jauh di Pulau Pinang. Saya fikir tentu ada di kalangan pembaca blog ini yang mempunyai hati nurani dan pengetahuan yang dapat disumbangkan untuk menyemarak serta menjayakan program Kelas Putrajaya Prihatin.

Kelas Putrajaya Prihatin - Mencari Sukarelawan

Pendidikan Percuma Untuk Anak Yatim, Miskin Bandar dan Asnaf Putrajaya

Sebagai info, Kelas Putrajaya Prihatin adalah merupakan satu program pendidikan percuma kepada anak-anak yatim, miskin bandar dan asnaf di dalam komuniti Putrajaya. Sasaran utamanya adalah kepada anak-anak yang masih mempunyai masalah menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Saya difahamkan program ini telah dimulakan sejak awal bulan April 2016. Ianya dijalankan di ruangan solat tambahan lelaki aras 3 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) dua kali seminggu iaitu pada setiap malam Rabu dan Khamis, bermula dari jam 8 malam sehingga 10 malam.

Usaha ini adalah kerjasama bersama dengan pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, tim Akademi i-Sina & tim Projek Iqra’. Kelas Putrajaya Prihatin juga adalah Rakan Kerjasama Strategik (RKS) Kelas Rakyat.

Program Kelas Putrajaya Prihatin

Buat masa ini, sasaran bilangan pelajar bagi fasa pertama ialah seramai 20 orang terdiri daripada anak-anak yang berusia 8 hingga 13 tahun.

  • Kelas ditawarkan secara PERCUMA kepada anak ahli komuniti Putrajaya.
  • Pelajar dipilih dikalangan keluarga miskin bandar.
  • Pelajar lemah dalam pelajaran atau tercicir pelajaran.
  • Pelajar progress mengikut keupayaan diri sendiri. Secara individu. Tidak perlu ikut pelajar lain atau tunggu pelajar sekelas.
  • Memberi peluang kepada orang ramai menjadi penaja program Kelas Putrajaya Prihatin sekaligus meraih saham akhirat.
  • Memberi peluang kepada orang ramai menjadi tenaga sukarelawan (volunteers) Kelas Putrajaya Prihatin.
  • Kelas adalah one-to-one basis. Satu pelajar, satu cikgu.

Memandangkan program atau Kelas Putrajaya Prihatin adalah kelas one-to-one basis, jadi adalah sangat diharapkan penyertaan sekarelawan daripada ahli komuniti Putrajaya untuk menjayakannya. Pihak penganjur dan pengelola memerlukan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan untuk memastikan kelancaran kelas ini. Jika ada lebih .. in Sha Allah lebih baik.

Bantulah Anak-Anak Ini Untuk Membaca, Menulis, Mengira

Saya seru mana-mana individu yang terpanggil untuk menzahirkan diri sebagai seorang hamba Allah yang prihatin untuk mengambil peluang ini. Peluang untuk berbakti dan melihat anak-anak dalam komuniti menjadi pelajar yang terbaik dunia akhirat.

Cuba ingat akan kisah Malaikat Jibrail ketika wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Fikirkan, bagaimana usaha Jibrail a.s berusaha sebanyak 3 kali sehingga Nabi Muhammad S.A.W berjaya membaca dan dengan usaha itu Islam tersebar luas. Fikirkan, apa yang akan anda capai andai anda berjaya membantu anak-anak yatim, miskin bandar dan asnaf ini ... sesungguhnya Allah S.W.T melihat usaha ini, in Sha Allah ...

Sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat pada yang lain. Jadilah manusia itu.

Jika berminat, boleh hubungi insan-insan prihatin di bawah ini ..
  • Khaidir Zakaria 011 3292 8711
  • Pn Joanna 019 3252 861
  • Pn Rozanna 012 361 1521
  • Pn Selina 011 1547 9363

Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi info ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga akan anda di antara kita yang menyahut seruan Kelas Putrajaya Prihatin dalam mencari sukarelawan, dengan niat kerana Allah S.W.T.


2 comments.. read them below or add one

Putrajaya Prihatin Putrajaya Prihatin June 02, 2016
Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada saudara Hasrul Hassan kerana sudi membantu dan mengajak rakan2 pembaca menyertai aktiviti sukarelawan di Putrajaya.

Kami sangat mengalu-alukan sukarelawan menyertai kami di Kelab Komuniti Prihatin Putrajaya. Alhamdulillah.
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz June 02, 2016
Sama2 kita bantu membantu..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.