Terkedu sekejap. Macam tidak percaya bahawa blog ini berjaya melepasi angka 220 ribu PV dalam sehari. Ini adalah penangan entri lama yang ditulis semula mengikut citarasa semasa, dan dikongsikan menerusi laman sosial sehingga menjadi penyumbang terbanyak kepada angka PV ini. Tak sangka betul .... memang terkedu dengan pencapaian blog berjaya pecah rekod 220K sehari.

Blog Pecah Rekod 220K PV Sehari

Sememangnya sukar nak mendapat angka sebegini bagi sebuah blog yang dikendalikan oleh seorang blogger yang kadangkala sibuk dengan urusan anak-anak, al maklumlah .. tugas house husband saya makin bertambah sebab isteri saya kini sedang lanjutkan pengajian dalam peringkat lebih tinggi di Universiti Malaya. Jadinya, kalau dulu ada lebih sepuloh post sehari untuk dapatkan 20K PV, sekarang dah jadi hanya 5-6 post atau artikel sehari .. tu pun senak nak dapatkan PV tinggi. Oh ya, PV ni pageviews ... atau jumlah hits dalam blog (kalau tak tahu).

Di bawah adalah statistik yang saya ambil dari dashboard blogger untuk blog ini. Setakat jam 7:00 petang, jumlah pageviews yang dicatatkan ialah sebanyak 224,835 dan nampaknya semakin bertambah.
Dan di bawah ini pula statistik keadaan semasa (real time) pembaca yang sedang berada di blog ini pada hari ini, saya ambil random stats hari ni menerusi Google Analytics.
Memang mengujakan. Namun, sebagai ingatan pada diri sendiri, apa yang berlaku ini bukan mudah untuk kekalkan. Hari ini mungkin hari bertuah untuk blog saya yang berjaya pecah rekod sehingga berjaya capai 220K pageviews dalam sehari. Esok lusa .. mungkin tidak.

[Tips Blogging] Tips Teknik Untuk Viralkan Entri Blog

Benda begini hanya boleh berlaku andai ada artikel yang berjaya menangkap emosi para pembaca, lalu dikongsikan menerusi laman sosial bertalu-talu. Tajuk artikel memainkan peranan utama dan pertama, dan kemudiannya pengisian yang boleh dimanfaatkan ramai, terutama sahabat dan rakan sosial mereka.

Alhamdulillah, apa yang ditunjukkan di atas memberikan satu aura dan juga penggerak untuk saya menulis dan berkongsi lebih banyak artikel yang dapat dimanfaatkan ramai. In Sha Allah.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kelip-kelip mata fyna tengok angka tue. Nih yang bertambah berkobar juga nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh Fyna .. saya pun terkebil kebil gak pagi tadi bila tengok tetiba naik mendadak.

      Padam
  2. Ayooo...best nyer tuan...saya paling tinggi pun satu ratus lebih je viewers setiap hari

    BalasPadam
  3. Waaahh hebat HH . Bangga pulak bila tengok pv blog HH tinggi. :D Moga berjaya sampai ke tahap HH. Doakan . ^^

    BalasPadam
  4. Sangat bertuah HH...sehari leh dpt 200k ke atas...moga2 Allah beri lebih lagi kepada HH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ianya hanya berlaku sekali atau dua kali je dalam bertahun. :P

      Padam
  5. alhamdulillah... best gila kalau dapat macam tu kat blog Cerita Ita jugak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement