Blog Pecah Rekod 220K PV Sehari

Terkedu sekejap. Macam tidak percaya bahawa blog ini berjaya melepasi angka 220 ribu PV dalam sehari. Ini adalah penangan entri lama yang ditulis semula mengikut citarasa semasa, dan dikongsikan menerusi laman sosial sehingga menjadi penyumbang terbanyak kepada angka PV ini. Tak sangka betul .... memang terkedu dengan pencapaian blog berjaya pecah rekod 220K sehari.

Blog Pecah Rekod 220K PV Sehari

Sememangnya sukar nak mendapat angka sebegini bagi sebuah blog yang dikendalikan oleh seorang blogger yang kadangkala sibuk dengan urusan anak-anak, al maklumlah .. tugas house husband saya makin bertambah sebab isteri saya kini sedang lanjutkan pengajian dalam peringkat lebih tinggi di Universiti Malaya. Jadinya, kalau dulu ada lebih sepuloh post sehari untuk dapatkan 20K PV, sekarang dah jadi hanya 5-6 post atau artikel sehari .. tu pun senak nak dapatkan PV tinggi. Oh ya, PV ni pageviews ... atau jumlah hits dalam blog (kalau tak tahu).

Di bawah adalah statistik yang saya ambil dari dashboard blogger untuk blog ini. Setakat jam 7:00 petang, jumlah pageviews yang dicatatkan ialah sebanyak 224,835 dan nampaknya semakin bertambah.
Dan di bawah ini pula statistik keadaan semasa (real time) pembaca yang sedang berada di blog ini pada hari ini, saya ambil random stats hari ni menerusi Google Analytics.
Memang mengujakan. Namun, sebagai ingatan pada diri sendiri, apa yang berlaku ini bukan mudah untuk kekalkan. Hari ini mungkin hari bertuah untuk blog saya yang berjaya pecah rekod sehingga berjaya capai 220K pageviews dalam sehari. Esok lusa .. mungkin tidak.

[Tips Blogging] Tips Teknik Untuk Viralkan Entri Blog

Benda begini hanya boleh berlaku andai ada artikel yang berjaya menangkap emosi para pembaca, lalu dikongsikan menerusi laman sosial bertalu-talu. Tajuk artikel memainkan peranan utama dan pertama, dan kemudiannya pengisian yang boleh dimanfaatkan ramai, terutama sahabat dan rakan sosial mereka.

Alhamdulillah, apa yang ditunjukkan di atas memberikan satu aura dan juga penggerak untuk saya menulis dan berkongsi lebih banyak artikel yang dapat dimanfaatkan ramai. In Sha Allah.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Fyna Ahmad Fyna Ahmad May 05, 2016
Kelip-kelip mata fyna tengok angka tue. Nih yang bertambah berkobar juga nih.
Amy Munirah Amy Munirah May 05, 2016
Ayooo...best nyer tuan...saya paling tinggi pun satu ratus lebih je viewers setiap hari
Kim Chaa Kim Chaa May 05, 2016
Waaahh hebat HH . Bangga pulak bila tengok pv blog HH tinggi. :D Moga berjaya sampai ke tahap HH. Doakan . ^^
Hasrul Hassan Hasrul Hassan May 05, 2016
Aduh Fyna .. saya pun terkebil kebil gak pagi tadi bila tengok tetiba naik mendadak.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan May 05, 2016
Hmm umpama saya dulu ketika awal berblog.
lokman amirul lokman amirul May 05, 2016
Sangat bertuah HH...sehari leh dpt 200k ke atas...moga2 Allah beri lebih lagi kepada HH.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan May 06, 2016
Ianya hanya berlaku sekali atau dua kali je dalam bertahun. :P
Rozita Abdul Rahman Rozita Abdul Rahman May 06, 2016
alhamdulillah... best gila kalau dapat macam tu kat blog Cerita Ita jugak..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.