Akhirnya Merasa Kesedapan Serbuk Chezzy Cheese

Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Kak Ieta, seorang guru dan juga blogger yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat masyarakat. Baru-baru ini, Kak Ieta yang juga seorang online entrepreneur telah hadiahkan saya sesuatu, iaitu sebungkus serbuk Chezzy Cheese. Sebenarnya, memang dah lama berhajat nak beli serbuk keju ni, tetapi tak berkesempatan. Tup tap .. rezeki Allah Taala nak bagi, saya dapat secara percuma, menerusi Kak Ieta.

Anak-anak saya sememangnya suka dengan serbuk keju ... sebab boleh dibuat seperti Cheesy Wedges KFC. Jadi, dengan adanya Chezzy Cheese Powder yang Kak Ieta berikan, bolehlah buat banyak-banyak Cheesy Wedges ni .. sehingga anak-anak saya jadi muak nak makan. Huhuhu.. tak yah lagi nak gi KFC .. save banyak weihh!!

Akhirnya Merasa Kesedapan Serbuk Chezzy Cheese i-Mukmin


Serbuk keju yang saya terima daripada Kak Ieta adalah dari jenama i-Mukmin. Rasanya agak masin kalau anda tidak cukup sebatikan serbuk ini. Anda hanya perlu campurkan dengan air suam dan terus boleh dimakan bersama dengan roti atau kentang goreng. Pastikan air cukup bagi memastikan ia tidak terlalu likat. Kalau nampak ia masih berketul, maka tambahkan air suam.

Kalau anda berminat nak mendapatkan serbuk keju ini, anda bolehlah hubungi Kak Ieta ... boleh juga dapatkan mayonis i-Mukmin sekali. Untuk mendapatkan produk muslim ini, boleh rujuk post daripada blog Kak Ieta di sini - Chezzy Cheese Powder i-Mukmin

Saya hanya gunakan sepeket Cheezzy Cheese Powder je .. dan alhamdulillah, boleh digunakan untuk 2-3 kali menyediakan Cheesy Wedges yang anak-anak saya suka makan. Cubalah ..

6 comments.. read them below or add one

Kisah Cikgu ieta Kisah Cikgu ieta May 31, 2016
Wah terliur pula akak tengok Sifu.

Sama² Sifu blogspot Tuan Hasrul Hassan yang blog Tuan selalu jadi tempat rujukan saya newbie.

Produk ini hanya sebagai salah satu sebab Silatur Rahmi Ukhuwwah Islamiyyah antara kita blogger terjalin.

Alhamdulillah... Wa Syukru Lillah.... Moga Tuan sihat, dilapangkan rezeki dan gembira bersama keluarga tersayang. Aamiin....

Terima kasih entri ini. Terharu sangat²... Dari blogger hebat seperti Tuan Sifu kepada blogger Newbie seperti saya. Syukran.

Mohon izin share entri ni di blog dan juga laman sosial yang lain Sifu. Terima kasih sekali lagi.

Psss.... Makin smart tengok template blog Sifu ni. Sejuk mata memandang.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.