8 Tips Guna Peti Sejuk Untuk Jimat Elektrik

Sebelum ini saya ada post satu artikel tentang kesilapan saya di dalam menguruskan tenaga di dalam rumah, sehingga ia menyebabkan bil elektrik rumah saya naik agak tinggi. Malah, bukan saya seorang sahaja yang mengalami masalah bil elektrik naik bermula Mac dan April 2016, ramai lagi kawan-kawan saya yang menghadapi masalah yang sama. Apabila ditanya pada pihak berwajib, mereka berikan alasan fenomena El-Nino menyebabkan penggunaan tenaga naik mendadak, akhirnya menyebabkan bil eletrik turut naik.

Walaupun aduan dah dibuat, namun masalah ini saya nampak agak sukar untuk diselesaikan. Meskipun teori penggunaan tenaga memberikan kesan kepada bil elektrik itu boleh diterima, tetapi agak sukar untuk dibuktikan secara tepat secara praktikal. Yelah, manusia yang selalunya berada di dalam masalah, memang tak boleh nak terima teori, lagi-lagi melibatkan wang ringgit... uh dunia .. dunia.

8 Tips Guna Peti Sejuk Untuk Jimat Elektrik

Apapun, saya suka nak berikan jalan penyelesaian untuk cuba tanggani masalah ini. Mungkin dengan lima tips guna peti sejuk ini, akan memberikan kesan yang positif ke atas bil elektrik rumah. Apakata kita cuba, dan lihat samada ia ada memberikan kesan untuk bil elektrik rumah di masa akan datang. Tak cuba tak tahu. Daripada buang masa kita menempelak orang lain, kita cuba pula cara lain yang boleh kita lakukan .. ye tak?
Tips Guna Peti Sejuk Untuk Jimat Elektrik

  1. Memastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapat. Untuk uji pintu peti sejuk samada tertutup dengan sempurna, letakan sehelai kertas di pintu tersebut dan tutup, jika boleh ditarik keluar .. ini bermakna getah pada pintu peti sejuk perlu diganti.
  2. Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya freezer peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
  3. Pastikan anda maintain suhu penyejukkan peti sejuk anda, suhu dicadangakan untuk tempat simpanan makanan segar adalah antara 37 ke 40°F = 3 darjah celsius dan 5°F = bawah -15 darjah celsius untuk ruang beku. Namun begitu, kalau anda menggunakan peti sejuk dua pintu, atau freezer asing, maka suhu yang sesuai untuk tempat freezer ialah pada 0°F = -18 darjah celsius.
  4. Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.
  5. Tutup makanan yang disimpan dalam peti sejuk di dalam bekas. Pendedahan makanan akan menyebabkan kelembapan bertambah di dalam peti sejuk dan ia tidak bagus untuk pengudaraan (sama konsep dengan air cond).
  6. Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda sebab jika cuaca panas, ia akan lebih menggunakan tenaga elektrik untuk menyejukkan suhu dalam peti sejuk.
  7. Jika peti sejuk ada ada frost, buang dan bersihkan. 
  8. Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.
Rasanya lima tips menggunakan peti sejuk ni semua orang boleh buat, kan? Kecualilah rumah anda tidak ada peti sejuk...huhuhu...

Jom kita cuba tips di atas kalau belum lagi lakukannya, manalah tahu ... bil elektrik akan datang akan turun sedikit dari bulan sebelumnya.

2 comments.. read them below or add one

Abe nick Abe nick May 01, 2016
terima aksih boleh nie mencuba kat rumah

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.