Langkau ke kandungan utama

6 Tips Cukai LHDN Daripada Abang Ensem Patut Ambil Peduli

Dalam banyak-banyak lembaga, LHDN antara yang paling ditakuti oleh pemilik-pemilik bisnes di Malaysia; samada yang berdaftar atau yang masih lagi segan-segan nak daftar .. haha. LHDN adalah antara agensi yang bertanggungjawab menguruskan cukai di Malaysia.

Ada macam-macam jenis cukai di Malaysia yang diurus dan dikutip oleh lembaga ini, antaranya Cukai Pendapatan dan juga Cukai Perniagaan. Cukai Pendapatan dikutip daripada pendapatan individu manakala Cukai Perniagaan daripada pemilik bisnes di Malaysia. Namun, bukan semua individu atau syarikat dikenakan kewajipan untuk membayar cukai, ada kriteria dan syarat yang perlu dipatuhi.

Untuk ketahui samada anda dikenakan cukai atau tidak oleh lembaga ini, maka adalah sangat baik untuk declare pendapatan, pelaburan, aset serta sumber kewangan menerusi borang LHDN atau portal eHasil yang telah disediakan.

6 Tips Cukai LHDN Daripada Abang Ensem Patut Ambil Peduli

6 Tips Cukai Daripada Abang Ensem Patut Ambil Peduli
Untuk post kali ini, saya nak kongsikan beberapa tips berkaitan cukai LHDN yang telah ditulis oleh seorang sahabat saya yang dikenali ramai dalam dunia blog Malaysia sebagai Abang Ensem (AE), penulis beberapa buku berkaitan hartanah di Malaysia termasuklah dalam ruangan khas di akhbar harian satu ketika dahulu.


  1. Simpan segala resit. Bagi resit yang menggunakan thermal paper, scan atau fotostatlah ia untuk kemudahan anda kelak.
  2. Jangan dibuang Penyata Bank anda, dan ianya termasuk juga dengan Penyata Pinjaman (bagi para pelabur) yang sering anda terima setiap 6 atau 12 bulan dari pihak bank.
  3. Mulalah menulis setiap butiran anda di dalam Lejar Harian. Pastikan ianya selaras dengan Penyata Bank anda.
  4. Bagi para pelabur, simpan juga setiap dokumen keluar masuk duit pelaburan anda. Pastikan juga anda mendapatkan resit/invois bagi setiap urusan pembaikan unit-unit pelaburan anda, Ianya sangat-sangat membantu. Percayalah.
  5. Mahirkan dengan item-item yang diberikan pengecualian mengikut terma pihak LHDN. Don't assume !! Khidmat dari para professional amat-amat dialukan.
  6. Tukarkan Lejar Harian anda kepada Management Account (bagi peniaga enterprise) dan sekali lagi, ketepikan sedikit kos untuk mengupah akauntan dan ejen cukai untuk melakukannya.

Kata akhir oleh Abang Ensem (AE) dalam post mengenai tips cukai ini ...

"Aku yakin, ada yang akan berkata, "Income bisnes saya kecik je AE", sepertimana ayat aku dahulu tetapi tidak mustahil yang ianya akan menjadi besar kelak kerana tiada manusia yang inginkan pendapatannya kekal kecil selamanya.

SHARE jika bermanafaat."

Abang Ensem ialah nama besar dalam dunia pelaburan hartanah di Malaysia. Beliau terkenal kerana sering menganjurkan seminar berkaitan hartanah yang save bajet, murah dan berbaloi. Orangnya nampak serius dan garang, tetapi mulus tulus ... dalam hati ada taman ... begitulah adanya .... haha...

Kalau anda mahu belajar tentang bagaimana nak buat duit dalam bidang hartanah, bolehlah follow dan ikuti tips serta panduan yang dikongsikan di blog AbangEnsem.com atau menerusi FB - https://www.facebook.com/abangensem

Tak rugi anda ikuti Abang Ensem ni ... dan saya dapat tahu tidak lama lagi akan muncul dalam program TV LetsDuit ...

Oh ya, Abang Ensem juga merupakan antara blogger tersohor di Malaysia yang telah menang beberapa anugerah untuk blogger.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Tips yang berguna. Kena tahu semua ni jika nak 'selamat'

    BalasPadam
  2. Kena simpan resit tu yang penting. Jangan lupa letak sudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok apa2 yang dapat ditampal dan dimasukkan dalam fail. Kerja camni saya selalu buat semasa jaga akaun projek

      Padam
  3. Tuan HH, nak tnya. Untuk Blogger cam kita kita ni pun kena simpan semua resit jualan affiliate dan resit income lain-lain jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dh merasakan bahawa income yang dapat sudah penuhi syarat am untuk bayar cukai ... baik simpan.

      Padam
  4. sebab tu nama dia abam hencem..
    duit hencem
    keja gencem..
    org pun cool jer..
    sesekali eksen.. kekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. ambik hati lain macam je ni .. ada apa2 komisen ke ni? Ekekkee...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…