Tips Untuk Elak Penipuan Forex. Ramai orang yang mahu cari duit mudah. Disebabkan itu, setiap hari ada saja di kalangan kita, di dalam masyarakat yang mudah diperdaya dan ditipu oleh segelintir golongan yang bijak mengambil peluang. Antara peluang yang dikatakan boleh mencari duit mudah ialah menerusi pelaburan, paling popular ialah Forex. Ramai yang tidak tahu cara untuk elak diri dari terkena Forex Scam.

Kalau tak ada ilmu, memang mudah orang lain ambil kesempatan atas keadaan terdesak mereka yang mahu mencari duit mudah terutama dalam bisnes dan pelaburan Forex. Mereka ni sangat licik, dan memang pandai memanipulasi keadaan. Atas sebab itu, saya ingin berkongsi lima tips bagaimana untuk elak diri daripada terkena Forex Scam atau penipuan Forex.

5 Tips Elak Diri Kena Forex Scam

5 Tips Elak Diri Kena Forex Scam

Elakkan Melabur Dalam Skim Forex Yang Berikan Pulangan Tetap

Ini petunjuk #1. Banyak dah terjadi di mana pelabur melabur sejumlah besar wang ke dalam skim forex. Selalunya pulangan dijanjikan ialah 10% sebulan. Selepas mengumpul dana yang cukup, penganjur pun lari menghilangkan diri. Menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya. Pihak berkuasa pun tak dapat nak tolong kerana selalunya tidak ada perjanjian yang ditandatangani.

Jauhi Broker Yang Bagi Pulangan Tetap atau Bonus Melampau

Ada sesetengah broker yang menawarkan pulangan tetap yang lumayan. Tak payah trade pun. Letak je duit dalam broker tu. Goyang kaki masuk duit! Kalau tak pun, mereka akan bagi bonus sehingga 100% daripada berapa yang anda masukkan! (contoh: Anda deposit $100, broker akan tambah lagi $100 menjadi $200).

Broker-broker sebegini pun amat-amat berisiko tinggi. Ingatlah, kalau broker nak bagi pulangan tetap, bagaimana mereka nak untung? Bank yang duitnya berbillion tu pun berani bagi 2-3% sahaja setahun, inikan pula syarikat-syarikat yang baru nak naik dan entah berdaftar entah tidak!

Jangan Berikan Duit Pada Individu Untuk Dia Tolong Urusniaga

5 Tips Elak Diri Kena Forex Scam
Tak payah percaya lah. Buat apa mereka nak tolong trade sebab kalau mereka trade sendiri boleh dapat 100% daripada profit yang dijana (tak perlu dikongsi dengan sesiapa). Mereka ni minta modal sebab mereka sendiri tiada modal! Kalau mereka ada modal, mereka dah trade untuk diri sendiri dah. Mengapa mereka nak buat kerja dan tanggung semua risiko untuk pulangan yang kecil kan?

Jangan Labur Duit Kepada Broker Dari Malaysia

Ada sesetengah broker yang memberitahu mereka adalah broker berdaftar dari Malaysia. Sebenarnya, Bank Negara Malaysia tidak pernah mengeluarkan lesen untuk broker forex beroperasi di Malaysia. Jadi, siapakah mereka sebenarnya? Mereka ni besar kemungkinan ejen broker (Introducing Broker) sahaja. Mereka cari klien, suruh deposit, dan terima komisen daripada broker. Kalau yang itu tak apa. Salah satu broker luar yang ada IB di Malaysia ialah InstaForex.

Jangan Gunakan Orang Tengah. Terus Deposit Kepada Broker

Ini pun selalu juga terjadi, di mana trader mendepositkan wang kepada orang tengah yang kemudiannya akan memasukkan duit ke dalam akaun trading mereka. Ingat, duit akan sampai kepada orang tengah tu terlebih dahulu. Jika individu tersebut tidak jujur dan memang berniat menipu, mereka boleh melesapkan wang anda begitu sahaja! Jadi, cara paling selamat ialah dengan mendepositkan terus akaun trading anda kepada broker. Cara untuk deposit boleh gunakan kad debit, kad kredit, local depositor rasmi yang dilantik broker, atau telegraphic transfer (bank wire).

[Tawaran] Mulakan Forex Trading Tanpa Deposit. Percuma! Klik Sini Untuk Buka Akaun Anda.

Jadi, bagaimana? Harap anda jelas dengan lima tips yang saya kongsikan ini mengenai cara nak kenalpasti dan elak diri daripada terkena penipuan Forex (Forex Scam).

Ilmu ini bukan dari saya, tetapi perkongsian daripada Abang Lid yang merupakan penulis kepada Teknik Forex Sebenar. Beliau bukan calang orang dalam Forex Trading di Malaysia, malah boleh dianggap sebagai sifu dan guru dalam cara mencari income menerusi Forex. Kalau anda nak tahu teknik, rahsia dan cara betul untuk menjana pendapatan menerusi Forex, boleh baca buku/ebook hasil penulisan beliau.

Semoga perkongsian ilmu di atas bermanfaat untuk semua.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement