12 Sketsa Kehidupan Suami Isteri

12 sketsa kehidupan berumahtangga saya kongsikan kepada anda sebagai salah satu ingatan bahawa kemesraan dahulu tak mungkin akan kekal hingga ke akhir hayat seandainya pasangan tidak berusaha untuk memperbaiki. Kisah-kisah ini adalah realiti pada sesetengah daripada kita yang telah berumahtangga.

Mungkin ada di antara sketsa kehidupan suami isteri ini tidak terjadi kepada anda, alhamdulillah. Tetapi percayalah, bukan terus-terusan hidup berumahtangga akan indah selamanya. Adakala, pasangan akan diuji dengan pelbagai peristiwa, yang kadangkala kita tidak sedar.

Menurut sahabat saya, seorang Karkun; dalam kehidupan berumahtangga, akan berlaku tiga ujian besar dalam perkahwinan. Ianya samada berlaku di awal, di tengah atau di akhir sesebuah perkahwinan. Jadi, beringatlah. Sketsa di bawah dikongsikan kepada anda sebagai ingatan bahawa pasangan kita mungkin tidak sama sepertimana kita kenal sebelum perkahwinan. Perasaan, tingkah-laku, perbualan akan dipengaruhi oleh masa dan usia. 

12 Sketsa Kehidupan Suami Isteri


Sebelum Tido:
  • 6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
  • 6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
  • 6 tahun : Sana sikit lah… tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
  • 6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
  • 6 bulan: masih lama lagi ke nih?
  • 6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!
Balas SMS:
  • 6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma,sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang..
  • 6 bulan: trafik jam aah
  • 6 tahun: k..
Dating process:
  • 6 minggu: I love U, I love U, I love U.
  • 6 bulan: Of course I love U.
  • 6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??
Pulang Keje:
  • 6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih…
  • 6 bulan : I’m BACK!!
  • 6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
  • 6 minggu : Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
  • 6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
  • 6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..
Telefon:
  • 6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
  • 6 bulan : Eh…your call…
  • 6 tahun : Woii.. telefon berbunyi tu .. angkatlah !!
Masakan:
  • 6 minggu: Wah, tak sangka i, pandai u masak.rasa pun sedapppppp…!!!
  • 6 bulan: Kita makan apa malam ini??
  • 6 tahun: hah, lauk ni lagi !!
Memaafkan:
  • 6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain, eh
  • 6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
  • 6 tahun: Orang dah bilang berkali-kali pun tak paham!!
Baju baru:
  • 6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
  • 6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
  • 6 tahun: Dah berapa ribu habis beli baju tu?
Merancangkan Holiday:
  • 6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey?
  • 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ….senang sikit tak perlu naik flight…
  • 6 tahun: Jalan-jalan? Duduk rumah saja tak boleh ke? Buang duit je ...uh
TV:
  • 6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
  • 6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
  • 6 tahun: Jangan tukar-tukar, boleh tak?
Macamana? Ada terkena batang hidung sendiri? Kan saya dah kata, mungkin ada situasi di atas yang memang benar berlaku. Tak salah untuk mengakui, dan seterusnya menyedari akan kesilapan lantas memulakan langkah untuk perbaiki.



Kita semua manusia biasa. Dalam pasrah, seharusnya kita berusaha untuk kekalkan keintiman dan kemesraan sesama pasangan hidup. Moga 12 sketsa di atas bukan sekadar hiburan buat kita, dan in Sha Allah sama-sama berusaha untuk indahkan lagi hidup dengan penuh keberkatan.

p.s: Gambar sekadar hiasan

5 comments.. read them below or add one

SitiMashitahSaidin SitiMashitahSaidin October 12, 2010
selepas 6 thn , semuanya pudar....hahahahahahahah....
hasrul hassan hasrul hassan October 12, 2010
jadi kenalah buat sesuatu supaya tak pudar! :P
sy~sy~ October 15, 2010
semakin hari semakin syg .. bagaimana? ;)
hasrul hassan hasrul hassan October 15, 2010
Salam .. jika semakin hari semakin sayang .. itu menunjukkan anda dan pasangan telah berjaya sebagai pasangan yang penuh dalam keredhaan.
Fyna Ahmad Fyna Ahmad May 06, 2016
Fyna baru 1 thn lebih kawen. Macam-macam ragam rupanya bila Fyna baca sketsa tue.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.