Video Dari Udara Tasik Bukit Merah Kering. Akibat fenomena El-Nino, air di Tasik Bukit Merah menjadi kering. Sesuatu yang sebenarnya jarang berlaku sebelum ini. Dengan terjadinya air tasik menjadi kering ini, maka penduduk terutamanya daerah Kerian haruslah ambil langkah berjaga-jaga dan seterusnya bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan, terutama masalah gangguan bekalan air.

Jom saksikan video ini yang telah disediakan oleh saudara Mohamad Ismail Saad, dari Misz Moment Pictures. Video dari udara menggunakan dron ini telah dirakamkan pada 22 April 2016 di Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak.

Video Dari Udara Tasik Bukit Merah Kering




Dari Salman r.a, beliau berkata bahwa Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud:

"Tidak akan menolak ketentuan Allah kecuali doa. Dan tidak akan menambah umur seseorang kecuali kebaikan." (HR. at-Tirmidzi dan al-Hakim)

Mungkin apa yang sedang berlaku adalah peringatan Allah S.W.T ke atas kita semua yang semakin hari semakin sibuk dengan perkara yang melebihkan dunia, tetapi bukan memperbaikinya malah makin merosakkan. Kita bertanggungjawab menjadikan bumi semakin sakit setiap hari, hanya kerana mahu memenuhi kehendak dan kerakusan kita.

Semoga Allah S.W.T selamatkan kita dan semoga kita semakin sedar bahawa dunia sudah tiba ke penghujungnya.

p.s: Tanpa sedar, ramai dulunya tidak beragama sudah memeluk agam Islam, dan tanpa sedar cabaran buat umat Islam juga sudah semakin besar. Kelompok mana yang akan kita pilih?



3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement