01 April 2016

6 Langkah Buat Untung Atas Angin Dengan Dropship USD

Untung Atas Angin Dengan Dropship USD. Teruja. Apabila saya tonton video menerusi kursus online Shopievo, saya rasa teruja. Teruja sebab dah semakin banyak testimoni daripada mereka yang berjaya buat sales dalam USD selepas mengikuti kursus ini. Paling best, mereka untung atas angin sahaja dengan menggunakan platform Shopify. Dah la platform e-commerce ini boleh buka percuma selama 14 hari.

Untuk info, Shopify adalah platfrom e-commerce terbaru untuk jual produk secara online. Anda boleh jual apa sahaja menerusi platform ini. Dan ianya adalah pasaran terbuka, bermakna .. apabila anda letak produk anda dalam Shopify, anda boleh pasarkan produk ke seluruh dunia.

6 Langkah Buat Untung Atas Angin Dengan Dropship USD

Menerusi platform ini, anda boleh setup kedai online anda sendiri kurang dari 10 minit. In Sha Allah, lengkap semuanya. Kalau tak percaya, boleh cuba buat sendiri dengan daftar sebagai pengguna di pautan ini - 14 Days Free Trial Shopify Online Shop

Tahukah anda bahawa bisnes Dropship adalah antara bisnes yang boleh dikatakan hampir zero kos. Anda  tidak perlu ada stok, tak perlu simpan barang, dan tak perlu uruskan penghantaran. Kalau anda cukup bijak, anda boleh untung atas angin dengan mudah. Serius. Dah ada bukti pun ... ada peniaga dropship yang buat jualan sebanyak USD94,000 dalam masa 2 bulan menerusi dropship + shopify. Anda boleh baca di sini - Sales USD94K Menerusi Dropship USD

Mungkin anda nak tahu, bagaimana peniaga dan usahawan dropship boleh buat untung atas angin dengan dropship USD?

Tatacara Jana Income USD Menerusi Dropship

Saya berikan tatacara asas sahaja ...
  1. Cari produk hot yang dijual secara online. Anda boleh gunakan laman YouTube, gunakan Google Trend, gunakan laman web jualan seperti Lelong, Ebay, Amazon, Ali Express, TaoBao, dan macam-macam lagi untuk dapatkan senarai produk hot ini.
  2. Dapatkan produk ini dengan harga terbaik, yang melibatkan kos paling rendah. Paling penting ialah kos shipping - cari yang tertulis Free Shipping. Masukkan dalam shopping cart itu dari beberapa penjual atau pemborong yang lain.
  3. Masukkan dalam Shopping Cart anda, jangan bayar dahulu. 
  4. Kemudian, jual di Shopify. Letakkan gambar produk, deskripsi dan harga yang anda ingin jual; semuanya berdasarkan kepada info produk yang telah anda masukkan dalam Shopping Cart tadi.
  5. Letakkan harga anda sendiri, boleh markup keuntungan sehingga 40%. Dan anda jual dalam nilai USD serta kos shipping. Jadi, nampak tak bagaimana boleh untung atas angin dengan dropship ni?
  6. Apabila ada pelanggan beli, dan anda dah terus duit pembelian berkenaan; maka anda masuk balik ke akaun anda di Ali Express, TaoBao atau mana-mana laman yang saya sebutkan di awal tadi, lalu buatlah pembelian. Letakkan nama, dan alamat pembeli seperti yang anda terima di Shopify. Walla, dah selesai satu urusan. Beza harga antara anda beli di Ali Express (contoh) dengan anda jual di Shopify itulah keuntungan anda! Untung atas angin, jual produk dropship - milik orang lain, tanpa kos nak simpan barang, tanpa kos hantar barang.

Jelas? Faham? Mungkin visual di bawah dapat tunjukkan yang lebih jelas kot ...

  • Beli/Tempah di Ali Express - USD38.93 dengan Free Shipping
6 Langkah Buat Untung Atas Angin Dengan Dropship USD
6 Langkah Buat Untung Atas Angin Dengan Dropship USD
6 Langkah Buat Untung Atas Angin Dengan Dropship USD
  • Jual di Shopify - Kedai online anda sendiri, dengan harga USD55.67 dengan kos Shipping USD10; harga dijual menjadi USD65.67. Rujuk gambar 2 dan 3 di atas.
  • Maka, secara atas angin, anda dah boleh untung USD65.67 - USD38.93 = USD26.74. 

Itu dari satu produk, dan andai terjual sebanyak 1 unit. Bagaimana dalam sebulan, anda berjaya jual 100 produk yang sama dengan harga yang sama? Maka, USD26.74 x 100, anda untung USD2674.00. Tu dalam nilai USD ye .. belum lagi Malaysia Ringgit.

Kos Pengiklanan?

Mungkin akan ada yang tanya .. bagaimana nak promosi kedai online? Cara terbaik ialah menggunakan FB Ads sebab di situ ada ramai bakal pelanggan targeted, lagipun anda jual dalam USD, dan pengguna Facebook juga ramai dari Amerika.

Maka, katakan anda gunakan 10% daripada nilai keuntungan untuk pengiklanan di Facebook, 10/100 x USD2674 = USD267.00; ditolak kos ini  ... maka untung bersih anda ialah USD2674 - USD267 = USD2407 sebulan!

Berbaloi tak? Mestilah .. anda boleh buat iklan menerusi FbAds paling power dengan kos USD267 untuk sebulan.

Macamana Nak Lebih Detail?

Haa .. inilah yang akan anda belajar jika anda daftar kursus online menerusi Shopievo.

Anda bukan sahaja akan belajar cari produk hot, cara nak tentukan harga, cara nak setup kedai online Shopify, malah anda akan diajar cara nak optimasi pengiklanan menerusi Fb Ads bagi memaksimumkan keuntungan.
Berminat? Daftar dengan Klik - Kursus Online Jana Income USD Menerusi Dropship + Shopify

Jika anda daftar sekarang, ada banyak bonus yang akan diberikan kepada anda untuk menghasilkan jualan dropship yang sangat hebat, sepertimana yang telah dibuktikan. Berikut adalah antara lain yang bakal anda dapat jika daftar kursus online Shopive ...
  1. Pengenalan 3 Fasa Shopievo
  2. Video Cara Setup Kedai Shopify Sendiri
  3. Pemilihan Niche Yang Hot
  4. Pilihan 2 Model dan Strategi Bisnes
  5. Spy Produk Hot dan Pesaing Anda
  6. Lubuk Emas Supplier
  7. FB Ads Monster dan Sniper Targeting FB Ads
  8. Cara Buat Iklan Simple Tapi Ganas
  9. Scaling FB Ads Gaya Sifu
  10. Facebook Retargeting
  11. Pemasaran Emel E-Commerce

Apa yang saya tunjukkan ini, hanyalah asas sahaja. Saya yang boleh dianggap zero knowledge dan tak tak tahu sangat mengenai bisnes dropship pun leh faham bagaimana nak buat untung atas angin ... bagaimana pula anda?

Untung Besar Jika Jual Produk Sendiri

Katakan pula, anda ada produk sendiri .... boleh pasarkan produk hingga ke Amerika dengan mudah. Malah ke benua Afrika, benua Arab .. contohnya menjual Jubah, Telekung dan Tudung. Kos anda pasti kurang daripada RM100 kan? Jual pula kat minah-minah Arab dan Eropah yang ala-ala Hijabista .. jual tudung harga USD30 - USD50 sehelai. Fuhh ....

Ok. Saya dah tunjuk dan berikan jalan. Terserah kepada anda untuk membuat pilihan dan bertindak. Daftar kursus online Shopievo ini sebelum ditutup.
Daftar - Kursus Online Shopievo

Selamat maju jaya dalam bisnes online dropship.
 

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

21 Komen 6 Langkah Buat Untung Atas Angin Dengan Dropship USD

yang aku tak suka..banyak kerja...tu je..sebab aku pernah buat Ebay..lebih kurang je le konsepnya..kena ada team, baru mantap

Yeap. Bagus untuk mereka yang memang dah jual produk sendiri, syarikat tempatan baru yang nak tembusi pasaran. Kalau sorang2 memang tak terbuatlah jawabnya.

Macam menarik juga. Tapi banyak sikit nak kena buat.

Ada banyak masa, boleh nak buat benda ni juga.

kena fokus kalau nak buat dropship ni...berusaha sikit baru boleh berjaya

Nampaknya aku kena kurang kan tido lah kalau nak buat benda ini..

Tak kan nak buat waktu kerja kan.. Balik kerja kena tumpu perhatian dekat keluarga pula.. Nak tak nak kena time - time tahjud nih

Hang kena ada tim ... baru akan berjaya buat sales banyak. Kalau sorang2 .. tak jalan beb.

Bagus untuk mereka yang memang dah buat bisnes dropship. Kalau yang baru nak mula, mungkin kena susah dahulu pendapatan .. huhuhu

konsep yg menarik, kurang kos..kita hnya iklan kan shja..mmg teruja :)

Konsep diterangkan baik, mudah untuk faham.

Siapa buat, dia dapat. :-)

macam2 jenis perniagaan ye skrg ni..xpe la janji usaha, dan kemudian tawakkal la pd Allah..inshaAllah rezeki masing2 tak pernah salah alamat kan..

Kena sabar dan konsisten.. Terus kan usaha..

terima kasih utk semua ilmu..sy mohon izin share dan belajar.

Jangan ambil ntung dari RIBA.

Silakan. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca artikel ini. Moga dapat disempurnakan dengan amal. In Sha Allah.

jual emas boleh tak ? pilih item yg hot je ..

setengah negara melarang menjual komoditi ni secara online.

salam.. sy dah lama buat konsep dropship mcmni..tp baru2 ni sy tetiba ragu pulak.. takpe ke kita buat untung atas angin mcm nih? tak haram ke?? sy takut sbb sy tak tau lansung psl istilah untung atas angin nih sampai lah baru2 nih.. so sy cuak jugak sbb dah lama sgt sy buat cmni..tp sy tak la stick sbgi dropshipper..sy promote servis sy sebagai personal shopper so org blh mintak carikkan apa2 brg jer..blh tak sape2 bg penjelasan dgn sy..huhu

hukum dropship adalah harus tapi kita ambil untung atas harga macam mana pulak?harga supplier murah tapi kita letak mahal...kalau dapat keizinan xpala jugak untuk dijadikan upah...tolong jawab please..

Jika ada rasa ragu nak letak mahal, letaklah murah. Jika rasa ragu tak perlu buat. Ia sama konsep dgn pengilang dn peruncit. Jgn lebih sgt untung, anda boleh fikir sendiri.


EmoticonEmoticon