Tips Newbie Untuk Bela Ikan Arowana

Membela ikan Kelisa atau Arowana (Scleropages formousus) adalah merupakan hobi yang agak mahal bagi kebanyakkan orang. Tetapi, sebenarnya tidak .... ia akan jadi mahal, kalau membela ikan Arowana bergred A yang selalunya dijual dengan harga beratus dan beribu ringgit setiap ekor (sebesar 3-5 inci).

Jika tak mahu tanggung risiko atau kerugian ikan Arowana mati, maka saya syorkan anda sebagai newbie bermula dengan membela ikan Arowana jenis yang murah tetapi tahan lasak.

Seperti saya, permulaan hobi membela ikan Arowana ini adalah dengan membeli dan membela ikan Arowana dari spesies yang berasal dari Brazil, iaitu Silver Arowana. Ikan Arowana dari spesies ini tidak dilindungi secara mutlaknya, dan ia banyak terdapat di selatan Amerika seperti Brazil. Harganya bermula dari RM30-80 seekor. Jadi, boleh dikatakan tidaklah terlalu membebankan andai benar-benar berminat.

Tips Newbie Untuk Bela Ikan Arowana

Anda newbie? Ok. Tips mudah untuk bela ikan Arowana. Mahu membela ikan Arowana di dalam akuarium di rumah memang perlukan perhatian yang tinggi. Ini adalah kerana ada spesies Arowana yang agak sensitif dengan keadaan air (pH), suhu dan juga jenis pemakanan. Ramai yang takut untuk membela ikan Arowana atau Kelisa ini kerana takut ikan itu mati, al maklumlah ... ia bukan seperti harga ikan Laga yang boleh dibeli dengan harga RM3 seekor.
Tips Newbie Untuk Bela Ikan Arowana

Memilih Ikan Arowana

Ok. Jika anda berminat nak bermula sebagai newbie, mahu merasai apa yang seronoknya membela ikan hiasan bernilai tinggi ini, maka saya syorkan anda memulai dengan mendapatkan spesies ikan Arowana berikut:
  1. Silver Arowana - Berwarna perak, spesies berasal dari Hutan Amazon, Brazil. Amat tahan lasak, boleh membesar sehingga lebih 20 inci di dalam akuarium. Ekornya agak berbeza dengan spesies Arowana yang lain. Ekornya siripnya agak panjang. Harga anak ikan ini di kedai akuarium sekitar RM30-RM80 seekor.
  2. Green Arowana - Spesies tempatan, juga dikategorikan sebagai tahan lasak. Ia merupakan spesies Arowana tempatan yang paling murah. Ekornya ada sedikit warna kehijauan di sebalik warna perak di badannya. Boleh dibeli dengan harga sekitar RM120 ke bawah.
  3. Yellow-Tail Arowana - Spesies tempatan yang boleh dikategorikan sebagai medium-advanced. Berharga sekitar RM100 - RM180 seekor untuk saiz 2-3 inci. Sesuai dengan namanya, ekornya berwarna kekuningan dan cantik. Jika dijaga dengan baik, ia boleh memberikan nilai tinggi andai dijual semula.
  4. Pearl Arowana - Spesies yang hampir sama dengan Green Arowana, cumanya ia berasal dari Australia. Agak suka untuk didapati di kedai akuarium biasa. Spesies yang tahan lasak dan sesuai untuk beginner. Mudah dijaga dan tidak cerewet dengan pemakanan. Ekornya ada bintik-bintik seperti mutiara yang sangat menyerlah. Sisiknya nampak lebih rapat jika dibandingkan dengan spesies Asian.
Kalau berjaya membela ikan spesies Arowana di atas, maka bolehlah anda pasang impian untuk membela Arowana dari spesies yang lebih berkualiti, lebih cantik dan lebih mahal, misalnya Golden Arowana yang hanya boleh didapati di Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak.

Golden Arowana Malaysia adalah Paling Bernilai

Anak ikan Golden Arowana boleh mencecah sehingga RM1,500 - RM2,500 seekor bagi saiz 3-5 inci. Namun, jika anda kenalan contohnya nelayan tasik atau orang asli di Gunung Semanggol, boleh dapatkan Golden Arowana liar dengan harga kurang daripada RM500 seekor, tetapi awas .. ia spesies ikan yang dilindungi .. :)

Tips Newbie Untuk Bela Ikan Arowana
Untuk memelihara Arowana, paling tidak anda memerlukan akuarium yang bersaiz lebih daripada 2.5 kaki. Ini adalah kerana Arowana cepat membesar, dan ia memerlukan ruang untuk berenang. Ia ikan yang aktif ... jadi, jika Arowana anda hanya duduk diam di sudut akuariam, berkemungkinan besar ada masalah - samada kesihatannya atau keadaan air akuarium.

Perkara Penting Untuk Membela Ikan Arowana

Selalunya, ramai yang telah memelihara ikan ini akan memberitahu bahawa ikan yang dibeli perlu dibiarkan selama sehari di kedai akuarium. Ok. Dari pengalaman saya, tak perlu pun berbuat begitu, kecuali ikan tersebut sudah besar atau dewasa. Kalau beli anak ikan .. rasanya boleh skip bab simpan di kedai.

Cuma anda perlu sediakan akuarium yang lengkap terlebih dahulu sebelum mendapatkan ikan:
  • Akuarium bersaiz sekurang-kurangnya 2.5 kaki, lebih baik dapatkan saiz 3 kaki lebih.
  • Akuarium mesti mempunyai penutup yang tegap. Ini adalah kerana Arowana adalah spesies ikan yang suka melompat. 
  • Cari penutup akuarium yang tidak ada benda tajam yang boleh mencederakan ikan.
  • Masukkan air sehingga separuh akuarium. Jika saya, saya suka menggunakan air yang telah ditakung terlebih dahulu. Campurkan dengan sedikit anti-klorin seperti disarankan pada panduan di tepi botol.
  • Biarkan air dalam akuarium mengalir paling tidak selama dua hari. Letakkan anak-anak ikan untuk uji samada air adalah sesuai atau tidak (anak ikan kap adalah yang terbaik).
  • Sediakan motor penapis air dan motor oksigen yang bagus. Untuk jenis yang baik, boleh dibeli dengan harga RM40-RM50 satu set termasuklah bekas takungan air di atas akuarium.

Ok. Apabila dah siap sebuah akuarium yang boleh beroperasi dengan baik, maka barulah anda mencari atau membeli ikan Arowana yang diingini.

Apabila membawa balik ikan Arowana yang telah dibeli, biarkan dulu bungkusan Arowana itu terapung di atas air di dalam akuarium. Ia adalah untuk memadankan suhu air di dalam akuarium dengan suhu air bungkusan Arowana.

Selepas beberapa minit, buka sedikit bungkusan yang mengandungi ikan Arowana dan biarkan sedikit air akuarium memasuki bungkusan... secara perlahan-lahan. Kemudian, lepaskan Arowana ke dalam akuarium. Lihat kelakuan ikan baharu anda itu, samada ia duduk diam .. atau aktif berenang ke sana ke mari. Perhatikan selama beberapa minit. Jika anak ikan Arowana itu berenang dengan selesa dan santainya .. maka in Sha Allah, semuanya ok.

Untuk melihat keanggunan yang ada pada seekor ikan Arowana, letakkan lampu di akuarium anda. Paling disyorkan ialah lampu LED berwarna natural. Akuarium pula dihiasi dengan dekorasi minima. Kalau boleh jangan nampak sarat sangat.

Pengalaman Lepas Membela Arowana

Saya sudah membela beberapa jenis ikan Arowana, antaranya Silver Arowana (3 tahun), Pearl Arowana (beberapa bulan), Green Arowana (setahun lebih), Yellow Tail Arowana .. sejak 2015. Kesemuanya mati ... menemui ajal kerana keadaan air yang tidak sesuai.

Daripada pengalaman itu, amat penting anda pantau keadaan air. Air akuarium mestilah bersih dari kotoran dan baki-baki makanan. Air mestilah tidak terlalu sejuk atau panas (suhu yang ideal ialah antara 25-27 darjah celcius). Apabila menggantikan air, hanya keluarkan 1/3 air akuarium sahaja; dan ia perlu dilakukan paling tidak seminggu sekali.
Anak Ikan Kap - Makanan Terbaik Ikan Kelisa
Diet makanan Arowana adalah bergantung dengan spesies. Secara amnya, saya akan berikan anak-anak ikan (ikan kap), cengkerik dan juga ulat susu. Ada yang kata berikan anak katak jika saiz sudah lebih daripada 7 inci... yang ni saya belum cuba sebab susah nak dapat dari kedai akuarium.

Semoga info ini berguna untuk mereka yang mahu membela ikan Arowana. Kalau rasa tak mampu, bela je ikan puyu .. tak yah beli, pancing je kat mana-mana parit yang ada, atau di tepian sawah .. huhuhu...


{ 7 comments.. read them below or add one }

pomade pomade April 03, 2016
terbaiklah sharing dari tuan..terima kasih ..jangan lupe share lg ye
Adleesya Adleesya April 03, 2016
Woooww..mahalnya ikan ni Tuan.
JAMIL HASHIM JAMIL HASHIM April 03, 2016
singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/
reezluv reezluv April 04, 2016
aku suka makan ikan je, membelanya idak le reti..ahaha
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 04, 2016
Terima kasih ... saya kongsi apa yang saya tahu je ... manalah tahu ada yang nak tahu apa yang mungkin mereka tak tahu .. ekekek
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 04, 2016
Err memamglah mahal. Tu sebab ada pengusaha bisnes ni di Johor dan Perak.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.