SEO. Masih ramai lagi blogger yang belum mahirkan diri dengan teknik SEO atau Search Engine Optimization. Ia sebenarnya satu teknik yang sangat bagus untuk sesebuah blog mendapat trafik, terutama untuk jangkamasa panjang dan untuk yang terarah atau tertumpu (targeted). Salah satu teknik SEO yang paling mudah untuk dapatkan trafik ialah teknik SEOkan gambar di dalam entri blog.

SEOkan Gambar Entri Blog Anda

Cuba anda lihat post-post saya terutama yang diterbitkan pada hari Rabu menerusi kategori atau label Wordless Wednesday. Tak perlu pening nak mengarang ayat, semua post saya yang berkaitan Wordless Wednesday menggunakan ayat yang sama dalam setiap post. Dan kemudian terus kepada gambar ...

Sekarang, cuba lihat hasil enjin carian di bawah ini....
SEOkan Gambar Entri Blog Anda
SEOkan Gambar Entri Blog Anda
Dua carian di atas menunjukkan betapa gambar dalam entri yang seolah kosong isi kandungannya berjaya berada di top carian Google. Dan kerana itu .... ia juga telah beri impak kepada carian berikut ..
SEOkan Gambar Entri Blog Anda
SEOkan Gambar Entri Blog Anda
Nah lagi .. saya tunjukkan keberkesanan teknik mudah SEOkan gambar entri blog .... lihat hasil carian di bawah ini.
SEOkan Gambar Entri Blog Anda
Apa yang saya tunjukkan di atas adalah bagaimana gambar di dalam blog dan entri boleh menjadi antara penyumbang trafik blog setiap hari, setiap masa. Itu hanya carian am .. belum lagi masuk ke carian gambar (tab images) dalam Google. Kalau gambar anda cukup cantik, anda munkin akan peroleh rezeki darinya .. percayalah ... ia berlaku pada saya.

[Baca Tutorial] Cara Nak SEOkan Gambar Dalam Entri

Itu sebab saya sering tekankan kepada blogger baru agar ada kelengkapan yang tip top untuk mengambil gambar. Gambar yang cantik disertakan dengan teknik SEO akan membolehkan bukan sahaja blog anda menerima trafik berganda-ganda tetapi juga membantu untuk menjenamakan blog anda ...

Gambar Bantu Menjenamakan Blog

Bagaimana nak jenamakan blog menerusi gambar? In Sha Allah, nanti saya akan ceritakan di lain masa. Dah panjang sangat entri ni, nanti anda muak la pulak.

Pastikan anda subscribe atau langgan blog ini ... hanya isikan email anda di kotak langganan di sini:

[+] Subscribe to HASRUL HASSAN by Email

Anda akan menerima email daripada saya tentang kisah terkini kehidupan saya sebagai blogger sepenuh masa dan house husband, malah tips blogging serta cara-cara untuk anda jana pendapatan sebagai blogger dan secara online.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Walaupun dah 5 tahun PC berblog tapi masih perlu belajar banyak perkara bagaimana untuk meningkatkan kualiti blog sendiri...bila ada blogger yang sudi berkongsi ilmu PC malahan rakan rakan lain sebenarnya sangat bersyukur dan berterima kasih...alhamdulillah...tq BRO HH..

    BalasPadam
  2. banyak juga belajar seo dr entry HH..tq ehh ^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement