Wahh, satu berita baik bagi mereka yang gemar dan ada bakat menulis. Saya telah dihubungi oleh pihak Perbadanan Kota Buku untuk mewar-warkan kepada semua mengenai satu pertandingan, yang terbuka untuk semua penulis baru yang berbakat besar, iaitu Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360.

Perbadanan Kota Buku, yang dikenali sebagai pusat sehenti bagi kegiatan perbukuan utama di Malaysia, bersama bekerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal menganjurkan pertandingan penerbitan idea ke pelbagai platform media digital yang pertama di dunia, Page to Pitch (P2P) Media 360.

Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360

Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360
Jadi, secara amnya, anda ada idea .. anda ada cerita, maka ambil peluang untuk masuk pertandingan ini, dan mana tahu hasil kreatif anda akan dapat dibawakan atau ditransformasikan kepada bentuk lain yang lebih bagus, iaitu ke bentuk digital dan mungkin juga drama dan filem.

Kategori Pertandingan

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori yang bertemakan ‘Mengadaptasikan Buku dan Idea ke Media Digital.’
Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360

Kategori Pertama - Idea untuk Penerbitan 

Kategori ini bakal mencungkil bakat para penulis baharu yang menjanjikan peluang untuk menerbitkan idea mereka dengan Karangkraf. Selain daripada penerbitan karya yang dijangka bernilai hingga RM50,000 itu, pemenang juga bakal menerima wang tunai RM5,000 daripada Kota Buku dan peluang untuk mempromosikan karya mereka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat antarabangsa.

Ia terbuka untuk semua penulis di negara-negara ASEAN.

Kategori Kedua -  Penerbitan untuk Adaptasi

Kategori kedua adalah untuk penulis yang telah menerbitkan karya mereka dan diadaptasikan dalam bentuk kandungan media digital seperti filem, siri TV, animasi, komik digital, aplikasi dan banyak lagi. Pemenang utama bagi kategori ini akan menerima keistimewaan dan lampu hijau Geran Pembangunan Industri Kreatif oleh FINAS yang bernilai hingga RM500,000. Selain itu hadiah wang tunai RM5,000 daripada Kota Buku dan berpeluang memasarkan kandungan yang telah diadaptasi ke pasaran global.

Ia hanya terbuka untuk penulis dan pengkarya daripada Malaysia.

Hadiah Pertandingan

Memang lumayan peluang yang diberikan kepada pemenang setiap kategori. 
Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360
Penyertaan yang terpilih akan dijemput untuk membentangkan idea mereka di hadapan barisan juri profesional tempatan dan antarabangsa pada 7 hingga 8 Mei 2016 sempena KLTCC 2016. Penyertaan kini dibuka sehingga 22 April 2016 dan peserta boleh memuat turun borang penyertaan di www.facebook.com/page2pitch

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)
  • E-mel: amzar.anizam@gcma.tv
  • Pejabat: 03 7733 4262
  • Telefon: 017 988 8678

Ok. Mungkin ada di antara anda yang kurang tahu mengenai Perbadanan Kota Buku ini. Saya sebenarnya pun baru tahu, itupun sebab ada rakan-rakan senior saya semasa di SEMESTI yang memberitahu saya mengenainya. Mana tidaknya, Sayed Munawar Sayed Mustar, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku adalah merupakan Ketua Rumah Sukan saya semasa belajar dulu, dan beliau merupakan antara senior sekolah yang saya hormati.

Mengenai Perbadanan Kota Buku

Perbadanan Kota Buku ditubuhkan pada 2011 sebagai sebahagian daripada Dasar Buku Negara, bagi menghimpunkan kegiatan perbukuan dalam negara dan telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Selain itu, Kota Buku adalah pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit untuk bertemu serta membantu mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan kegiatan perbukuan di antara satu sama lain. Di samping itu, Kota Buku menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti latihan dan pembangunan untuk penulis dan pelukis, pemasaran, promosi dan perkhidmatan penerbitan termasuklah membeli dan menjual hak dan juga inisiatif penerbitan buku serta digital bagi membantu mengapai visi mereka.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kotabuku.my


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Waa... hadiah menarik.
    Mereka yang berbakat menulis patut rebut peluang ni.

    BalasPadam
  2. mesti ramai ambil peluang ni utk menyertainya, hadiah pun best2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement