Orang Perlis Panggil Kuih Ni .. Kuih Poen?

Saya ada beberapa group WhatsApp, salah satunya adalah merupakan group WhatsApp bekas ahli Kelab Kembara Desasiswa Permai, USM. Hoho ... yeap, saya dulu ahli Kelab Kembara ... merata tempat saya pergi masa belajar di IPT dulu. Berkemah sana sini, memang syok zaman tu. Kerana banyak melakukan aktiviti bersama, kami semua jadi akrab sehinggalah sekarang.

Dalam kelab tu ada banyak peringkat umur. Biasalah belajar di IPT ni .. ada yang tahun dua, tahun tiga .. tahun akhir, ada yang umur dah lebih 25 tahun, ada yang baru nak masuk 18, ada yang dah beranak pinak, ada yang dah ada bini dua ... ada pulak yang dah jadi duda. Dan dalam ramai-ramai tu, adalah seorang senior ni, berasal dari Perlis.

Teringat Kisah Kena Prank Semasa Belajar di USM

Senior ni dah kahwin, dah bekeluarga. Ketika itu, saya dikira freshie sebab baru masuk tahun satu, walaupun sebenarnya saya dah berada di USM Minden sudah lebih setahun ketika itu (Matrikulasi). Bila dianggap freshie ni ... biasalah .. kenalah hormat senior.

Saya memang hormat senior ni. Orangnya boleh dikira lemah lembut, dan baik hati. Suka berjenaka tahap dewasa .. kiranya 21sx... yang kadangkala saya pun tak berapa nak faham. Almaklumlah suci murni lagi ketika itu .. hahahaha...

Banyak ilmu senior ni, khusus dalam bab rumahtangga dan wanita. Ada sahaja tips, rahsia dan segala macam petua diberikan kepada junior-junior, freshie macam saya. Malah, ada sebahagian tips tu saya ada tulis dalam blog ni sekitar tahun 2010. Sampai sekarang pun ilmu yang diberikan tu masih saya gunakan ..huhuhu....

Orang Perlis Panggil Kuih Ni .. Kuih Poen?

Orang Perlis Panggil Kuih Ni .. Kuih Poen?

Nak dijadikan cerita haru biru .. satu hari .... senior ni minta tolong saya untuk belikan kuih minum petang. Senior ni belanja. Jadi memang pucuk dicita, ulam mendatanglah ...  saya pun volunteer untuk beli kuih. Saya diminta untuk beli sejenis kuih ... kata senior ni .. kuih tu namanya kuih POEN. Kuih ni dikatakan kuih berasal dari negeri Perlis... belah utara memang terkenal ... kata senior tu.

Bila ditanya macamana rupa kuih tu, senior tu cakap .. orang kantin tau la kuih tu camner ... minta je nak beli kuih POEN. Tapi saya desak juga nak tahu ... senior tu cakap .. kuih tu berlubang .. rasa gebu lemak-lemak dengan ada inti kelapa parut kat atas.

Tanpa banyak soal, saya pun pergilah beli kuih nama kuih POEN seperti dikatakan senior saya tu. Kata senior saya, kuih ni ada dijual oleh makcik kantin kat bawah desasiswa (asrama). Maka, saya pun pergilah dengan deskripsi kuih yang dimaksudkan. Nak dijadikan cerita tambah haru .. ialah ketika itu ... anak makcik kantin yang sedang menjaga kuih muih .. uhhh cun habaq hangggg ....awek awekkk ... hoho.

Saya pun tanpa rasa apa-apa kepelikkan, tanpa rasa segan, tanpa rasa ragu-ragu ...

"Err nak beli kuih POEN singgit .... "

Maka merah padamlah wajah si anak dara cun cantik menarik tu. Siap bagitahu ....

"Hang ngarut apa nieh? Mana ada kuih nama lagu tu ... " dengan sedikit nada kemarahan tetapi kontrol ayu.

Dan saya pun ... berdasarkan kepada dekskripsi yang telah diberitahu ... tunjuklah kuih yang dimaksudkan.....

"Itu kuih Puteri Ayu la ..." kata awek tu.

Hahaha.. aduh. Terkena prank la ni. Hampeh punya senior. Saya bayar dan blah. Bila naik ke bilik, ceritakan balik kejadian ...terbahak-bahak senior-senior lain.

"Haaa .. inilah kuih POEN ..." kata senior tu.
"Bukan... awek tadi kata ni kuih Puteri Ayu ..." lagi bertambah besar gelak senior-senior tu.

Uishh ada nama kuih Puteri Ayu rupanya. Abis POEN tu apa? Kenapa awek tu marah?

Saya hanya tahu maksud poen selepas bertanya pada orang lain yang sebelum ini pernah kena prank yang serupa .. adusss. Malu .. malu.

Pengajaran

Pengajaran penting dari kisah saya ini ialah..
  1. Perlu tahu nama kuih-muih, jangan tau makannnn je.
  2. Perlu tahu bahasa dan loghat negeri lain.

Sehingga kini, kisah ini menjadi lawak jenaka bekas ahli Kelab Kembara Desasiswa Permai .. termasuklah salah seorang senior saya yang merupakan pengasas Anis Chocolate Moist Cake. Dan rupa-rupanya, bukan saya je yang pernah kena prank ni. Prak dari senior orang Perlis ... khas untuk junior dan freshie yang bukan dari utara ... ceh . hampeh btul!

Err tak tahu rupa kuih Puteri Ayu? Nah ... sila ingat dalam kepala. Saya dah beberapa kali lupa nama kuih ni.
Jangan sampai kena prank macam saya .. malu oo bila ingat balik dialog antara saya dengan awek tu. Lepas kejadian tu, kalau nak pergi makan .. kena cari tempat lain. Hanya selepas beberapa bulan barulah berani nak beli apa2 di kantin tersebut.

{ 8 comments.. read them below or add one }

Faizal Fredley Faizal Fredley April 05, 2016
kih kihkih...cantiknya kuih ni...sesuai ngn nama dia...tapi sedap bro..aku suka sgt kuih ni
husna zahidi husna zahidi April 05, 2016
hahaha kuih ni rupanya.. mama husna rajin buat.. kami panggil seri ayu.. mmg sedapp..
PeRdU cINta PeRdU cINta April 05, 2016
Sedap kuih ni...wangi pandan...
Khalid Kyle Khalid Kyle April 05, 2016
Naib baik bukan kuih PONEN lol >__<
siti hazreen siti hazreen April 05, 2016
haha lawak2 sedap kuih puteri ayu nih ;)
cikpinz cikpinz April 06, 2016
Kuih poen...mujur tak kena tampaq..bahaya tu kalau tanya kat gegirl..hehe
Cik Itah Cik Itah April 06, 2016
sedap ni..sy suka makan
Illya LeYa Illya LeYa April 06, 2016
Haha... LeYa dulu 3tahun study di Perlis.. LeYa faham maksud "Poen" tu... kesian abg HH..kene prank..hihi..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.