Langkau ke kandungan utama

Mitos Ilmu Forex Trading

Saya nak kongsikan satu ilmu baru tentang Teknik Forex Sebenar. Saya baru sahaja mendapat ilmu ini daripada seorang pakar Forex Trading, iaitu Khalid Hamid (Abang Lid). Sebelum ini, saya dibawakan mitos bahawa dalam dunia dan ilmu Forex Trading, ada 3 golongan trader atau level iaitu beginner, intermediate dan advanced. Saya memang percaya, inilah level yang ada dalam Forex Trading.

Mitos Ilmu Forex Trading

Mitos Ilmu Forex Trading
Tapi rupanya, dan hakikat sebenar ialah ... dalam dunia Forex Trading sebenar, hanya ada dua golongan sahaja, iaitu winner dan loser; atau dengan kata lain ... yang buat untung dan yang buat rugi. Kalau difikirkan balik, untuk trader yang dianggap beginner pun sebenarnya boleh buat duit jika ada ilmu yang bagus dan pengetahuan yang mendalam; kadangkala orang yang dah advanced pun tak boleh nak lawan (sebab tak gunakan ilmu).

Jadinya, sesiapa yang mengaku sebagai advanced player dalam forex trading ni ... tak semestinya hebat. Apa yang penting ialah menggunakan sumber, ilmu dan pengetahuan yang ada dan praktis sehingga beroleh apa yang dihajati. Biar sampai mahir.

Kata saya, orang yang dikategorikan advanced ni mungkin ada modal besar, jadi boleh buat untung besar. Tapi ... jangan lupa ... dia boleh juga rugi besar, hanya sebab angkuh dan riak serta tidak menggunakan segala pengetahuan yang ada. Sangat penting, dalam apa jua tindakan, perlukan pengetahuan dan asas kepada tindakan. Betul tak? 
Mitos Ilmu Forex Trading

"Wah... dah main forex ke bro?"

Hahaha.. ishh taklah. Saya cuma sekadar nak mendalami ilmu ini sahaja. Masih belum terlintas untuk menjadi seorang online Forex Trader. Lagipun, benda ni masih banyak persoalan yang perlu saya cari jawapannya.

[Baca] Kesempatan Belajar Forex Trading Online

Alhamdulillah, salah satu cara untuk ketahui tentang Forex Trading online ini adalah dengan membaca buku dan menonton video yang telah disediakan oleh Abang Lid. Beliau boleh dianggap seorang pakar sebenar di dalam hal berkaitan Forex Trading ni .... manakan tidak, namanya dikenali trader dari serata negara serantau termasuklah Brunei, Indonesia dan Singapura. Jadi, sudah ada kredibilit yang disandarkan.

Jika anda berminat nak tahu, boleh dapatkan ilmu Khalid Hamid ini menerusi pautan ini - Panduan Teknik Forex Sebenar

Saya masih lagi dalam proses nak ketahui dan belajar .. masih lagi bermain-main dengan platform percuma di InstaForex yang telah diperkenalkan kepada saya oleh IB yang berpejabat di Negeri Sembilan.

Buat masa ni, hanya berseronok-seronok sahaja tanpa memikirkan risiko. Mungkin selepas betul-betul faham dari segala segi barulah saya buat keputusan. Bak kata Abang Lid .. beginner pun leh buat duit RM1000 sehari kalau ada ilmu forex sebenar dan praktikkan dengan betul... bukan semborono meramal apa yang berlaku. Jangan perjudikan nasib dalam forex tetapi berniagalah dengan pengetahuan dan menerusi sumber yang boleh dipercayai.


advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Forex trader kena banyak bersabo. Tak boleh trade ikut emosi. hehehe Kalau tidak memang ke laut la jawabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ilmu kena ada, tu sebb tak leh ikut emosi. Ramai yang main taram je .. nampak naik sikit .. jual, nampak turun beli .. hoho. Konsep mudah beremosi tanpa ilmu ni takkan ke mana.

      Padam
  2. oho..dah masuk trading plak..ehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gua teruja tengok member tunjuk income forex dia baru2 ni. Salah satu customer blog gua tu. Hahaha... so dia cerita, aku ceritalah balik.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …