Menjadi seorang Pakar SEO memang mudah kalau dah berilmu padu dan padat. Malah, nak menjadi ahli dan pakar apapun memang mudah kalau ilmu penuh di dada dan dipraktikkan. Justeru itu, adalah satu kewajipan untuk mencari, menuntut, mempelajari dan mengadaptasi ilmu yang ada agar betul-betul dianggap pakar.

Ramai yang tanya, terutama blogger; bagaimana mahu menjadi seorang pakar seo? Kata saya, ikutilah mereka yang telah lama mengkaji soal SEO (Search Engine Optimization) ini. Cuba dapatkan ilmu daripada mereka samada secara percuma atau berbayar. Tidak salah untuk membayar untuk satu ilmu yang akan berikan manfaat jangkamasa panjang. Namun, seperti awal saya katakan .. anda perlu praktikkan supaya nampak hasil dan kesan. Ia juga salah satu cara untuk tahu samada teknik itu benar-benar terbaik untuk blog anda.

Menjadi Pakar SEO Adalah Mudah?

Dianggap sebagai Pakar SEO
Ramai blogger Malaysia dan nusantara menggunakan teknik SEO untuk membolehkan penyebaran ilmu dan maklumat tepat kepada sasaran pembaca. Memang itulah tujuannya pun, agar entri yang ditulis dan diterbitkan di dalam blog mendapat tempat terbaik di enjin carian.

Persoalannya ialah, kadangkala ada blog yang menghasilkan entri blog yang disalin-tampal (copy-paste) lebih berjaya di dalam meletakkan entri di ranking terbaik. Akibatnya, penulis dan sumber asal artikel tersebut hilang kredibiliti dan pengaruh. Lalu, menjadikan media sosial sebagai lapangan baru untuk perkongsian bermanfaat. Itu sebab laman sosial seperti Facebook mudah menjadi popular, dan kini sudah memenuhi ruangan dalam enjin carian.

Contohnya seperti di bawah. Sebuah Facebook Page yang dikendalikan oleh saya. Sudah terabai sejak sekian lama, tetapi masih lagi berjaya mendapat top rank di enjin carian Google. Tak popular pun di FB sebab tak dapat banyak likes, tetapi ....

Ok. Sekarang berbalik kepada persoalan - menjadi pakar SEO adalah mudah?

Tidak lagi, sebab cabang dalam ilmu SEO ini semakin luas dan mencabar. Ia bukan lagi terhad untuk blog dan laman web, tetapi juga merangkumi media sosial. Daripada apa yang saya lihat, penggunaan kata kunci itu tersangatlah penting untuk memastikan apa yang ada di internet ini disampaikan dan ditujukan kepada kumpulan sasaran sebenar.

Cuba lihat sekali lagi contoh bagaimana SEO ini mempengaruhi apa yang orang nak tahu menerusi enjin carian ..
Untuk menjadi pakar seo Malaysia sebenar, bukan setakat bijak memanipulasi kata kunci, tetapi perlu tahu kehendak pencari maklumat, jadi perlu ada aspek kemanusiaan untuk membolehkan sesebuah entri itu berjaya memanfaatkan orang lain.

Teknik SEO ada banyak, ada cara baik, ada cara kotor. Pilih mana-mana satu .. tetapi kena pastikan apa yang ingin disampaikan itu diterima oleh mereka yang benar-benar mahu tahu, barulah anda boleh dianggap sebagai pakar SEO sebenar.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Terima kasih. Walaupun ia adalah benda yang diulang, tapi bagus untuk ingat kembali apa yang dimaksudkan SEO dan kelebihannya pada blogger

      Padam
  2. Terima kasih . Tidak semudah yang disangka.

    BalasPadam
  3. terima kasih sifu HH atas info dan tunjuk ajar.

    saya ada satu entri yang sangat melekat di enjin carian Google sekarang-duda terlajak laris hehe.

    BalasPadam
  4. Betul tu bro HH. Sekarang cabaranya lebih lagi bila nak bersaing dengan sosial media.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer, sekarang sosial media pun dah ada cara untuk berada di enjin carian.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement