09 April 2016

Jadual Tren ETS KTM Mulai Januari 2016

Tips Bercuti - Perkhidmatan tren ETS atau Electric Train Service oleh KTM semakin mendapat sambutan daripada masyarakat sejak diperkenalkan. Isteri saya sendiri merupakan pengguna tetap perkhidmatan ini yang bermula dari KL Sentral hingga ke Padang Besar. Malah perkhidmatan ETS sudah ditambah dengan melibatkan stesen Gemas, Negeri Sembilan.

Terkini, perkhidmatan EST melibat lebih 15 perjalanan satu hari (ulang alik) melibatkan stesen Padang Besar, Butterworth, Ipoh, KL Sentral, dan Gemas. Pecahan jadual perjalanan tren ETS KTM 2016 adalah seperti ditunjukkan di bawah ini.

Jadual Tren ETS KTM Mulai Januari 2016

Jadual Tren ETS KTM Mulai Januari 2016
Perkhidmatan tren ETS oleh KTM di Semenanjung Malaysia kini meliputi (klik pada imej jadual perjalanan tren EST untuk paparan lebih jelas):

Jadual Tren ETS Arah Utara

  • Ipoh - Padang Besar (1x)
  • KL Sentral - Ipoh (9x)
  • KL Sentral - Butterworth (3x)
  • KL Sentral - Padang Besar (2x)
  • Gemas - Padang Besar (1x)
  • Gemas - Butterworth (1)
Jadual ETS Arah Utara

Jadual Tren ETS Arah Selatan

  • Ipoh - KL Sentral (8x)
  • Butterworth - KL Sentral (2x)
  • Padang Besar - Gemas (1x)
  • Padang Besar - KL Sentral (3x)
  • Padang Besar - Ipoh (1x)
  • Butterworth - Ipoh (1x)
Jadual ETS arah Selatan

Untuk memudahkan anda menyemak kekosongan dan jadual tren ETS setiap hari, anda boleh login ke sistem online tiket KTM menerusi pautan berikut - https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx

Anda boleh muat turun jadual tren ETS KTM (kuatkuasa Januari 2016) di atas (save-as) dan cetak untuk panduan dan rujukan anda.

Semoga bermanfaat.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

13 Komen

Terima Kasih Info Yang Berguna..

apa yang penting tiket ETS gua dah beli nak pegi SBB nanti.ehehee

Terima
Kasih atas info. Belum pernah lg naik ETS huhu..teringin juga satu hari nnt

Untunglah ada orang supot

Tq HH atas info yg berguna.. Belum berkesempatan naik ETS ni..
Btw, salam kenal dari saya, Azhan. First time komen kat blog Hasrul Hassan..

Trylah .. ambil tren dari Kl ke Ipoh pun ok .. 2 jam je naik ETS Gold ... leh sembang ngan pramugari cantik.

Jom teh tarik kat tempat saya .. huhuu tak pun jumpa je kat Ipoh naik tren ETS ni.

salam. maaf. nk tnya. etd gold tu utk siapa ya ? hrga lain ya ? kami sekeluarga plan nak ke padang besar bulan 3. yg akan trlibat.antrany umi saya yg sakit kaki.dah tua. akk ipar mngndung. apa cdangan tuan ? kami dri johor.

ETS Gold tu ekspress .. lebih cepat dari tren ETS biasa. Jadi harganya sedikit mahal sbb kurang berhenti di stesen2 KTM. Dari segi kemudahan lebih kurang je, seat mungkin lebih selesa.


EmoticonEmoticon