Iklan Bedak Sejuk Dalam Google Adwords

Ini bukan memain, this is real business. Orang kita sudah tahu cara untuk mempromosikan produk ke serata dunia. Ini pentingnya ilmu .. saya tabiklah pada usahawan yang mempunyai iltizam untuk berjaya ini, hatta hanya menjual bedak sejuk secara online! Uh ... siap gunakan khidmat Google Adsense dan Adwords untuk pasarkan produk menerusi medium pengiklanan internet.

Ya. Saya patut ucapkan syabas kepada usahawan bedak sejuk ini. Setakat ini, saya lihat tak ramai yang gagah berani untuk mencuba pengiklanan seperti ini. Apatah lagi dari seorang wanita yang boleh saya anggap sebagai usahawan IKS. Jual bedak sejuk je pun ... hebat kan?

Iklan Bedak Sejuk Dalam Adwords

Iklan Bedak Sejuk Dalam Adword
Selalunya iklan Adsense dan Adwords lebih kepada syarikat, jenama dan produk besar. Tetapi kali ini, iklan bedak sejuk dari usahawan ini sudah mula menapak di dalam beberapa blog dan laman web khususnya yang berbahasa Melayu. Kalau tak, saya sering nampak hanya iklan daripada beberapa produk affiliate sahaja yang keluar, terutama daripada beberapa internet marketer yang hebat.

Buat yang tidak tahu, Adwords merupakan cabang pengiklanan online di dalam Google. Kalau anda mahu iklan keluar di dalam platform pengiklanan Adsense, maka bolehlah mencuba.

Tips Buka Akaun Percuma Adwords

Satu tips daripada saya, anda hanya perlu buka akaun percuma dengan Adwords ini. Dan langgan mailing-list daripada mereka. In Sha Allah, nanti dalam beberapa waktu pihak Adwords akan menghubungi anda menerusi email untuk memberikan tawaran menarik bagi pengiklanan di platform mereka. Menariknya lagi, anda mungkin dapat mencuba cabang pengiklanan Google ini secara percuma!
Cara untuk kembangkan bisnes menerusi Google Adwords
Oh ya, lagi satu .. setup akaun Google untuk bisnes anda. Bina Google Page, letakkan nama dan alamat bisnes anda dalam peta Google. In Sha Allah, banyak manfaat akan anda dapat kelak. Lagipun, ianya percuma ... rugi tak cuba.

Bila dah buat page, bisnes anda boleh muncul begini di Google, dan paling menariknya ialah .. andai anda ada blog bisnes, blog niaga, blog jual produk anda ... dengan 'keyword' tentang bisnes ada ... in Sha Allah, anda boleh dapat free marketing hanya dengan info yang dicari oleh pengguna internet menerusi enjin carian Google.
Letakkan bisnes di internet secara betul
Banyak dah usaha untuk meningkatkan bisnes IKS seperti wanita yang jual bedak sejuk ni ... sebelum ini pun siap ada tawaran percuma tukarkan blogshop biasa menjadi sebuah laman web perniagaan percuma, yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Kalau anda merupakan usahawan IKS atau ada bisnes, ada produk yang mahu pengiklanan yang targeted menerusi enjin carian, blog dan laman web yang menggunakan platform Adsense untuk pengiklanan, mungkin boleh mencuba iklan Adwords ini. Mulakan dengan bajet kecil dulu, dan dapatkan tawaran menarik daripada mereka seperti saya nyatakan tadi.
Iklan Bedak Sejuk Dalam Google Adwords
Namun, elok dulu anda belajar dan cari ilmu mengenai Adwords ini. Anda perlu belajar cara nak letak iklan dalam Adwords, dan perlu tahu mengenai Adsense. Jangan masuk kolam yang dalam kalau tak pandai berenang .... ingat tu .. kena cari ilmu. Dan dalam hal ini, jika mahu bisnes dan produk anda terpangpang di beribu-ribu blog di Malaysia, seperti iklan bedak sejuk wanita seperti ditunjukkan di atas .. maka ambil inisiatif untuk dapatkan ilmu Google Adwords dan Adsense.

Belajar Adwords Secara Percuma

Berminat nak tahu dan belajar cara nak beriklan menerusi Adwords tak? Meh meh .. muat turun percuma ebook di bawah ini yang ditulis oleh Wan Mus, seorang dikenali sebagai Sifu Adwords. Ia adalah langkah permulaan dan pengenalan belajar tentang Google Adwords di sini:


{ 11 comments.. read them below or add one }

kak syah kak syah April 14, 2016
Salam HH

Iklan adwords ni hanya utuk orang bisnes saja ke?
husna zahidi husna zahidi April 14, 2016
bagusnyaa.. slalu tgk iklan mesti biasa² je.. haha..
yang baik yang baik April 14, 2016
Bedak sejuk kot... hebatlah dah masuk pasaran antarabangsa nieh.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah April 14, 2016
Hebat bedak sejuk pun dah main benda ni sekarang. Mudah masuk pasaran global macam ni.
Digital Valley Digital Valley April 14, 2016
rugi sape tak belajar Adwords ni..aku dah pegi kelas aritu..org jual keropok,jual parang pun ada buat Adwords..yang syoknya bleh set sendiri kat mana kita nak letak ads tu..ehehe.itu rahsia..:P
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 14, 2016
Ohh tak semestinya. Nak promote blog pun boleh. :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 14, 2016
Boleh la dijadikan hiburan dan penyeri ... silap2 lebih ramai orang suka iklan tu dan klik!!
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 14, 2016
Kena belajar. Siapa yang belajar ilmu marketing ni .. boleh berjaya, in Sha Allah.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 14, 2016
Kan seronok bila kita dah tahu selok belok teknik marketing online ni. Jadi, adalah kelebihan pada orang lain.
Cukai Pendapatan Cukai Pendapatan April 18, 2016
macam mana nak dapat adwords free?
Mrs. A Mrs. A April 18, 2016
Wah! advanced pemikiran owner bedak sejuk tu.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.