Tentu ramai blogger yang sudah tahu mengenai Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 yang dibawakan oleh mStar Online dan Suria FM. Dalam anugerah tersebut, ada kategori Blog Pilihan Online 2016. Ia sekarang berada di dalam fasa pengundian, di mana blog final yang tercalon perlu mendapat undian tertinggi agar dinobatkan sebagai Blog Pilihan Online 2016.

Saya sebenarnya baru tahu akan kewujudan anugerah ini. Al maklumlah, saya bukan pengikut setia mStar Online, dan bukan juga pendengar Suria FM. Jadi, memang ketinggalan keretapi berbatu-batu jauhnya .. haha. Saya dapat tahu pun disebabkan ada beberapa rakan blogger menaikkan status berkaitan Anugerah Pilihan Online 2016 ini di media sosial. Mulanya tak ambil tahu sangat, tetapi selepas pemilihan blog untuk berada dalam top 5, barulah saya jenguk laman web anugerah ini di mStar Online.

Blog Manakah Patut Dipilih Dalam Anugerah Pilihan Online 2016?

Blog Manakah Patut Dipilih Dalam Anugerah Pilihan Online 2016?
Blog Manakah Patut Dipilih Dalam Anugerah Pilihan Online 2016?
Wah. Tersenarai adalah 5 blog pilihan yang memang hebat-hebat belaka dalam Anugerah Pilihan Online 2016 ini. Dan pastinya setiap blog yang disenaraipendek sebagai top 5 itu mempunyai puluh ribuan pengikut di media sosial dan juga di blog. Kalau tidak, takkanlah blog-blog tersebut boleh mendapat undian tertinggi untuk berada di top 5 kan kan?

5 Blog Pilihan Online APO 2016

Blog yang tersenarai sebagai top 5 blog pilihan online APO 2016 ialah:
  • Blog Ben Ashaari
  • Blog Cik Epal
  • Blog Emas Putih
  • Blog Sensasi Selebriti oleh Budiey
  • Blog Siakap Keli

Kalau blog saya bertanding, memang lingkuplah. Tak boleh nak lawan dengan blog-blog yang sudah dikira tahap selebriti online ni. Lagipun, tengoklah senarai anugerah yang ada .. banyaknya lebih kepada dunia hiburan dan mengambil kira populariti. Blog macam saya, dan macam kebanyakkan dari anda (blogger) .. memang tak layaklah. Pengikut blog ciput ... jangan berangan nak bertanding .. kui kui kui.

Apapun, saya ucapkan sekalung tahniah pada blog rakan blogger yang berjaya tersenarai top 5 tu. Memang hebat. Memang popular. Memang ada pengaruh. Jadi memang selayaknya berada sebagai top 5 blog pilihan online.

Tips Memilih Blog Pilihan APO2016

Sekarang, tiba masanya untuk memilih siapa yang patut dinobatkan sebagai benar-benar pilihan terbaik dalam blog pilihan online APO 2016. Cadangan saya untuk memilih....
  • Undi blog yang memberikan impak positif setiap kali membaca isi kandungan blog tersebut
  • Undi blog yang ada bukan sekadar bergantung kepada populariti jumlah pengikut
  • Undi blog yang memanfaatkan atmosfera online untuk menyebarkan sesuatu yang baik
  • Undi blog yang pemiliknya ada karisma dan boleh dijadikan ikon blogger
  • Undi blog yang boleh mencerminkan bahawa dunia blog adalah sesuatu yang positif untuk semua orang
Biar anda membuat undian dengan adanya sebab yang bagus, bukan sebab blogger tu pernah keluar majalah, akhbar atau muncul di kaca TV. Bukan juga sebab blog itu ada pengikut yang ramai. Bukan juga sebab anda terhutang budi dengan apa yang telah dilakukan oleh blog tersebut.

Mungkin cadangan saya tu tak boleh 'makan' sebab sedar bahawa undian boleh dilakukan setiap hari. Andaikata sesebuah blog itu ada 1000 pengikut setia, maka mudahlah dapat 1000 undian setiap hari! Janji pemilik blog rajin ingatkan followernya untuk undi setiap hari.

Apa yang perlu dilakukan oleh kita sebagai rakan blogger, adalah memastikan undian diberikan kepada yang benar-benar layak. Jadi, andai ada kelapangan bolehlah membuat undian di laman mStar Online untuk kategori yang saya maksudkan. Nak undi kategori lain tu ... terserah ... huhu..

Selamat mengundi. Boleh buat undian di laman ini - http://apo.mstar.com.my/undi.aspx


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau blog HH tersenarai mesti saya undi =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha .. tak mo la. Ini bukan platform untuk blog macam blog saya.

      Padam
  2. HEBAT2 SEMUA ...http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula pasal .. memang blog power2 yang ada kesan pada masyarakat

      Padam
  3. ok..saya dah undi untuk bloggers2 otai ni...terbaik!

    BalasPadam
  4. Semuanya hebat-hebat. Undi mana yang boleh memberi kebaikan buat diri blogger.

    BalasPadam
  5. Tahun depan, jika ada lagi bro HH kena masuk. Nanti ramai yang undi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement